Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Tanjung Katung airnya biru,
     Tempat orang bermain mata;
Tinggal sekampung lagi dirindu,
     Apa lagi jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya,
     senyap;
ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. hingar = bising, gempar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
acang-acang (dlm) negeriorang yg dipercayai orang (penduduk) sekampung atau senegeri.Kamus Dewan Edisi Keempat
acang-acangMn pesuruh, orang kepercayaan; ~ alat orang yg mengatur peralatan; ~ (dlm) negeri orang yg dipercayai orang (penduduk) sekampung atau senegeri.Kamus Dewan Edisi Keempat
pecah belah1 tidak bersatu lagi: Kita sekampung hendaklah bermuafakat, jangan ~. 2 tidak teratur atau tidak terjaga baik-baik; kucar-kacir; porak-peranda: Sejak kedua-dua orang tua mereka meninggal, rumah tangga mereka ~. berpecah belah menjadi pecah belah; bercerai-berai. memecahbelahkan menyebabkan pecah belah; menjadikan bercerai-berai: Mereka bertujuan hendak ~ perpaduan orang-orang Melayu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
saudara1 orang yg sama ibu bapanya (atau ibu atau bapanya saja yg sama); adik-beradik: ~ku sembilan orang. 2 orang yg ada pertalian darah; keluar­ga: Dia ~ sepupu saya. 3 orang yg se­golongan (spt sedarjat, sekampung, seagama); teman; sahabat: Apa khabar ~-~ kita di kampung? ~ anjing saudara (adik-beradik) seibu tetapi berlainan bapa. ~ kandung adik-beradik seibu sebapa. ~-mara (daging) semua kaum keluarga yg jauh dan yg dekat. ~ seperjuangan teman yg sama-sama berjuang atau berusaha utk sesuatu tujuan. ~ susu orang yg bukan sau­dara kandung tetapi menyusu pd pe­rempuan yg sama. ~ tiri anak kpd ibu tiri atau kpd bapa tiri hasil drpd perkahwinannya yg terdahulu. bersaudara 1 ada sau­daranya (adik-beradiknya, kaum keluarganya): Aku tidak ~ lagi. 2 adik-beradik: anak raja empat ~. 3 berhubungan sbg saudara: Semua orang Islam ~. persaudaraan perhubungan kerana bersaudara; per­hubungan sbg saudara; perhubungan yg rapat sekali.Kamus Pelajar Edisi Kedua
saudara3 orang yg segolongan (spt sedarjat, sekampung, seagama dll); teman; sahabat: Apa khabar ~-~ kita di kampung? Kamus Pelajar
pecah belah1 tidak bersatu lagi: Kita sekampung hendaklah bermuafakat, jangan ~. 2 tidak teratur atau tidak terjaga baik-baik; kucar-kacir; porak-peranda: Sejak kedua-dua orang tua mereka meninggal, rumah tangga mereka ~.Kamus Pelajar
saudara1. orang yg sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yg sama), abang (kakak) atau adik: ia berazam utk menuntut bela atas kematian ~ perempuannya; 2. orang yg ada hubungan kekeluargaan, sanak: dia bukan ~ saya, hanya kenalan sahaja; 3. orang yg sama darjat (sekutu, segolongan, dll): ~ sekampung; 4. kawan, sahabat, teman: ~ sepermainan; 5. bh kata ganti diri kedua (spt awak, kamu, anda) yg digunakan ter-utamanya pd lelaki: ~, boleh saya tumpang bertanya? 6. tembuni, uri (yg keluar meng-iringi bayi yg lahir); 7. ki sesuatu yg hampir sama (keadaan, sifat, dll): menipu itu ~ mencuri; ~ angkat orang lain yg dipelihara oleh ibu bapa seseorang atau yg diakui sbg saudara sendiri; ~ anjing saudara seibu tetapi berlainan bapa; ~ baru (panggilan yg ditujukan kpd) orang yg baru memeluk agama Islam; ~ bau bacang (embacang) saudara yg telah jauh pertaliannya; ~ belahan saudara yg sama nenek moyangnya; ~ daging semua kaum keluarga jauh dan dekat; ~ dekat = ~ rapat saudara yg masih dekat; ~ dua pupu saudara yg datuk atau neneknya adik-beradik; ~ jauh = ~ renggang saudara yg telah jauh; ~ kandung (sekandung) saudara sendiri, saudara seibu sebapa; ~ kembar adik-beradik yg dilahirkan sbg anak kembar; ~-mara semua kaum keluarga (jauh dan dekat); ~ pungut saudara angkat; ~ pupu saudara yg masih dekat; ~ sejalan sejadi saudara yg sama ibu bapanya, saudara kandung; ~ seperjuangan teman yg sama-sama berjuang (berusaha, berjerih payah) utk sesuatu; ~ sepupu saudara yg datuk atau neneknya sama; ~ susu = ~ susuan = ~ setetek saudara yg bukan saudara sendiri tetapi menyusu pd perempuan yg sama; ~ tiri a) anak ibu atau bapa tiri; b) Id saudara drpd bapa (ibu) yg sama tetapi ibu (bapa) yg berlainan; bersaudara 1. mempunyai saudara: aku tidak ~ dan tidak berkeluarga; 2. adik-beradik: maka datang pula raja beruk empat ~; 3. ki mempunyai sifat (keadaan dll) yg hampir serupa: bakteria ialah sejenis tumbuhan yg ~ rapat dgn kulat; badan ~, emas takkan ~, kasih saudara sama ada prb bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan tetapi dgn mudah juga dapat diceraikan kerana orang lebih mengutamakan harta benda; saudara-bersaudara sl sesama saudara, adik-beradik: apa kerja kita berkelahi ~? bersaudarakan mempunyai (seseorang) sbg saudara: dia lebih rela ~ orang miskin drpd saudara-saudaranya yg hidup mewah dan angkuh itu; mempersaudarakan menjadikan (spt) ber-saudara: anakanda ini ayahanda persaudara-kan dgn anak ayahanda sekalian ini; persaudaraan perihal bersaudara, perhu-bungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum.Kamus Dewan Edisi Keempat
kenal1. dapat mengingat kembali, tahu (kerana sudah pernah berjumpa, mendengar, melihat dsb sebelumnya), cam: ia tidak ~ akan suara Daim kerana belum pernah bercakap-cakap dengannya; tidak ~ kasihan (malu, susah) tidak tahu kasihan (malu, susah); 2. tahu sedikit sebanyak tentang diri seseorang (sehingga boleh berhubung dengannya sbg sahabat), pernah berjumpa dan bercakap-cakap dgn seseorang sehingga boleh bersahabat dengannya: saya sudah ~ dia semenjak kecil lagi; barangkali kakak belum ~ saya ini siapa; ~ huruf tahu atau boleh membaca (walaupun pd peringkat rendah); belajar ~ bp mulai mengetahui; ~-~ Cina prb baru kenal (belum mesra lagi); berkenal = ~ dgn bersahabat (dgn), bergaul (dgn): ingin benar ia hendak ~ dgn semua jirannya; berkenalan bergaul atau berhubungan (dgn seseorang atau antara satu sama lain) sbg sahabat: lama sudah kami ~; tiada ~ sl tidak dapat ditentukan (dicamkan, diketahui) yg seorang drpd yg lain: maka segala orang yg berperang itu pun menjadi campur baurlah tiada ~ lagi; berkenal-kenalan, kenal-mengenal kenal antara satu sama lain, saling mengetahui (bersahabat, bergaul): maka sebab itulah menjadi ~lah bapaku dgn segala raja-raja negeri yg tersebut itu; kalau sekampung sudah tidak kenal-mengenal, tidak ada ertinya tinggal sekampung; mengenal 1. dapat mengetahui atau menge­camkan rupa seseorang atau sesuatu yg sudah diketahui sebelumnya, mengecam: semasa ia menyamarkan diri itu, tidak seorang pun yg ~nya; 2. kenal atau tahu akan, berhubungan (bergaul, bercakap-cakap) sbg sahabat dgn, berkenalan dgn: sahabatnya itu bukan baru sehari dua dikenalnya; tak ~ belas kasihan tidak mempunyai rasa belas kasihan; mengenali 1. kenal akan, mengenal: dia yg baru sahaja ~ pemuda itu telah sanggup menurut kata-katanya; 2. mengetahui (rupa­nya, sifatnya, tanda-tandanya, dll): aku akan mendapat kesempatan ~ sistem pendidikan di negeri-negeri yg akan kulawati; beliau dikenali sbg seorang yg dermawan; mengenalkan membuat seseorang kenal akan: hanya dgn ~ penduduk-penduduk luar bandar kpd perusahaan besar-besaran, barulah rakyat akan sedar; memperkenalkan 1. menyatakan atau mem­beritahukan nama seseorang (dan mungkin juga sedikit sebanyak keterangan tentang dirinya) kpd orang lain: pengerusi majlis ~ jemputan khas kpd para hadirin; sahabat-sahabatnya seorang demi seorang diperkenalkannya kpd aku; 2. mengusahakan (melakukan) supaya sesuatu itu diketahui orang, memberitahukan (dgn menerangkan dsb): Nabi menjalankan usahanya ~ agama Islam kpd orang-orang Madinah; ~ kaedah-kaedah mengajar sesuatu bahasa dgn menggunakan berbagai-bagai kemudahan; terkenal diketahui ramai atau di merata tempat, termasyhur, ternama: Hang Tuah, seorang pendekar Melayu yg ~ kerana kegagahan dan kepintarannya; Malaysia ~ dgn getah dan bijih timahnya; kenalan orang yg sudah dikenali, sahabat: Yusuf banyak ~nya di kota Betawi; surat ~ = surat perkenalan surat utk memperkenalkan diri seseorang; kekenalan dikenal, diketahui, ketahuan; perkenalan 1. perihal (perbuatan dll) mem­perkenalkan (seseorang kpd seseorang yg lain): orang itu mengangguk-angguk tanda bersedia menerima ~ itu; surat ~ surat kenal­an; 2. perihal berkenalan, perhubungan (pergaulan dsb) sbg sahabat: ~ kami memang sudah lama; semenjak ~ kami malam itu, tidak pernah aku berjumpa lagi dengannya; pengenalan 1. perihal mengenalkan; kad ~ kad yg mengandungi butir-butir tertentu diri seseorang (spt nama, tarikh lahir, alamat tempat tinggal, dll) utk makluman orang atau pihak yg berkaitan; 2. perihal (perbuatan dll) mengenal atau mengenali: botol-botol ubat itu dibubuh label utk ~; pengenal 1. ciri (tanda-tanda, sifat-sifat) utk mengetahui: tanda ~ pokok ini ialah daun kecil yg menyelimuti kuntum bunganya itu; ilmu ~ penyakit Id ilmu tentang menentukan jenis sesuatu penyakit berdasarkan gejala­-gejala (tanda-tanda) yg terdapat mengenai­nya; zat ~ Id pergabungan (persenyawaan) benda atau zat utk mengetahui sifat-sifat pergabungan kimia benda atau zat yg lain; 2. Mn ingatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pecah I 1 menjadi berbelah atau kecil-kecil: Pinggannya jatuh ke lantai lalu ~. 2 menjadi retak atau merekah kulitnya: Bibirnya ~ - ~. 3 terbelah kulitnya dan terkeluar isinya: Telur itu jangan dipegang kuat-kuat, nanti ~. 4 tidak bersatu lagi; terbahagi kpd beberapa golongan atau kelompok: Sampai di suatu simpang, pasukan askar itu ~ dua. 5 bermula (perang, darurat dll): Sebelum ~ perang Pasifik, Malaya diiktiraf sbg negeri Melayu. berpecah mengikut haluan masing-masing; berpisah: Di persimpangan itu mereka ~ ke arah masing-masing. berpecah-pecah bercerai-cerai menjadi beberapa kelompok (golongan). memecah menjadi pecah-pecah: Ombak ~ di pantai. memecahkan 1 menjadikan pecah; merosakkan dll hingga pecah: Siapa yg ~ piring itu? 2 menjadikan berpisah-pisah atau bercerai-cerai: Mereka telah ~ harta itu kpd tiga bahagian. 3 membuat keputusan atau kepastian ttg sesuatu masalah; menyelesaikan: Bagaimana caranya hendak ~ soal pemogokan ini? pecahan 1 benda yg sudah pecah atau yg sudah dipecahkan: ~ kaca. 2 angka yg bukan angka bulat spt ½, ¼, ¾, dll. ~ wajar pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya spt 1/3, 2/3 dsb. perpecahan perihal berpecah; keadaan pecah-pecah atau berpecah-pecah: Janganlah saudara cuba menimbulkan ~ di kalangan umat Islam. pemecahan perbuatan atau hal memecahkan (sesuatu). pemecah 1 orang yg memecahkan sesuatu: ~ amanah; ~ rahsia. 2 alat atau bahan yg digunakan utk memecahkan sesuatu: ~ batu; ~ lemak. pecah belah 1 tidak bersatu lagi: Kita sekampung hendaklah bermuafakat, jangan ~. 2 tidak teratur atau tidak terjaga baik-baik; kucar-kacir; porak-peranda: Sejak kedua-dua orang tua mereka meninggal, rumah tangga mereka ~. berpecah belah menjadi pecah belah; bercerai-berai. memecahbelahkan menyebabkan pecah belah; menjadikan bercerai-berai: Mereka bertujuan hendak ~ perpaduan orang-orang Melayu.Kamus Pelajar

Kembali ke atas