pabrik | bangunan tempat membuat barang-barang dgn alat-alat mesin; kilang: ~ kain; ~ gula. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pabrik tenun | Id kilang barang tenun | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pabrik | IB kilang: ~ tebu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pabrik | bangunan tempat membuat barang-barang dgn alat-alat mesin; kilang: ~ kain; ~ gula. | Kamus Pelajar |
pipa pabrik | cerobong asap (kilang); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pipa | 1. buluh-buluh, pembuluh, paip; 2. a) alat penyambung rokok (drpd tulang dll), paip; b) = ~ tembakau alat drpd kayu dll utk menghisap tembakau, paip; 3. Id = ~ pabrik cerobong asap (kilang); 4. sl bekas yg bulat tempat mengisi sesuatu, tong: tiada terkira-kira tenggiri sampai dibuang ikannya, diambil telurnya sahaja, diisi ke dlm ~ bubuh garam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenun | barang ~ barang-barang yg dibuat drpd benang dll (kain, kapas, sutera, dll); abah-abah (alat, perkakas) ~ alat perkakas utk membuat kain (cita dll); industri (perusahaan) ~ perusahaan membuat barang tenun; kain ~ kain yg dibuat drpd benang; pabrik ~ Id kilang barang tenun; tukang ~ orang yg membuat kain (dgn menggunakan alat tenun);bertenun membuat barang tenun (kain dll): ada juga sedikit-sedikit orang ~ kain sutera; ~ sampai ke bunjainya prb mengerjakan sesuatu hendaklah sampai sempurna; menenun membuat barang tenun (drpd benang, sutera, dll): di kawasan ini ada pelbagai perusahaan spt ~ kain, memasang motokar dan membuat bateri; menenuni menggubah: aku dan kau ~ puisi demi puisi mencari intisari suatu nilai suatu erti;tenunan 1. cara menenun: kain ini ~nya halus; 2. hasil drpd menenun, barang-barang yg ditenun: kain ~ Jawa; penenunan 1. perihal (perbuatan, kerja, dsb) menenun: ~ linen dan penjahitan baju; 2. = pertenunan tempat (kilang dll) menenun; penenun orang yg menenun: kapas juga ada ditanam utk kegunaan ~ kain di negeri itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |