Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pacak;

Puisi
 

Sirih bertepuk pinang memusing,
     Pacak buluh di atas kota;
Tak boleh duduk hati runsing,
     Tak boleh tubuh nak tengok mata.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pacak IVJw; memacak menjantani (terĀ­nakan) utk membiakkan keturunan yg baik; pemacak binatang (lembu, kuda, dll) jantan yg dibela sbg baka (bibit).Kamus Dewan Edisi Keempat
pacak IIIMn recik, percik; memacak-macak merecik-recik.Kamus Dewan Edisi Keempat
pacak IIbiasa (mengerjakan sesuatu), cekap, mahir, pandai.Kamus Dewan Edisi Keempat
pacak1 benda tajam utk mencucuk sesuatu yg akan dipanggang dll; cucuk (spt lidi sate). 2 kayu dll yg tajam hujungnya; pancang. memacak mencucuk dgn benda tajam; menusuk dgn pacak: ~ sate. memacakkan memasukkan sesuatu benda tajam ke tanah dll; memancangkan (tiang dll): Dia ~ lembingnya ke tebing dan kemudian turun ke sungai. terpacak 1 telah dipacakkan; terpancang: Kayu-kayu yg ~ di tebing sungai itu telah hanyut dibawa arus. 2 berdiri tegak (tidak bergerak-gerak); terpaku: Kelihatan beberapa orang pengawal ~ di hadapan penjara itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pacak1 benda tajam utk mencucuk sesuatu yg akan dipanggang dll; cucuk spt lidi sate dll. 2 kayu dll yg tajam hujungnya; pancang. memacak mencucuk dgn benda tajam; menusuk dgn pacak: ~ sate. memacakkan memasukkan sesuatu benda tajam ke tanah dll; memancangkan (tiang dll): Dia ~ lembingnya ke tebing dan kemudian turun ke sungai. terpacak 1 telah dipacakkan; terpancang: Kayu-kayu yg ~ di tebing sungai itu telah hanyut dibawa arus. 2 berdiri tegak (tidak bergerak-gerak); terpaku: Kelihatan beberapa orang pengawal ~ di hadapan penjara itu.Kamus Pelajar
pacak I1. sesuatu yg panjang dan runcing, cucuk (ikan yg hendak dipanggang, sate, dll); 2. kayu (tongkat dll) yg tirus hujungnya, panĀ­cang; pak ~ orang yg tidak penting peranannya (watak tambahan dlm lakonan pentas dll); memacak mencucuk, menusuk: ~ ikan; ~ hari Kl menetapkan hari bulan; memacakkan memasang pacak (pancang dll), memancangkan: satu tiang yg tirus, panjangnya 1 meter dipacakkan di dlm air; ~ pancang; terpacak 1. telah dipacakkan, terpancang: dicabutnya turus pagar yg ~ itu; 2. ki terdiri tegak, terpancang, terpaku: ia melewati kedua-dua orang pengawal yg ~ spt tiang tiada bergerak-gerak itu; dia sudah nampak Bedah ~ di tepi pantai; 3. ki tepat: dia mesti berada di Kelab Golf jam lima ~ .Kamus Dewan Edisi Keempat
pak pacakorang yg tidak penting peranannya dlm sesuatu peristiwa (spt watak tambahan dlm lakonan pentas dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
pak pacakorang yg tidak penting peranannya (watak tambahan dlm lakonan pentas dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
memacakkanmemasang pacak (pancang dll), memancangkan: satu tiang yg tirus, panjangnya 1 meter dipacakkan di dlm air; ~ pancang;Kamus Dewan Edisi Keempat
pancangan1. pancang, pacak, tonggak; 2. yg telah dipancangkan; 3. sl tunangan: rajanya bernama Tengku Sultan Maha Mulia, ia ~ Tuan Puteri Sinar Bulan Gemilang Cahaya;Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas