Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kata sendi nama yg bererti di: ~ bulan Januari; dlm ~ itu sementara (sambil) itu; 2. kata sendi nama yg bererti terhadap: Bang Uda marah tak ~ Ida? 3. dalam, menurut, mengikut: ~ fikirannya; ~ hatinya; ~ sangkanya; 4. buat, bagi: ~nya dunia ini bukan tempat mencari kesusahan; 5. sl akan, untuk: bab ~ menyatakan; 6. dari, daripada: ~ bercerai mahulah mati; ~ jadi Komunis biarlah dia mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. tidak kurang dan tidak lebih, cukup: kaum kita hidup ~ dgn sesuap nasi; 2. berasa puas (senang), berasa cukup: hatinya belum ~; asal ada kecil pun ~ prb asalkan ada, tidak banyak, sedikit pun cukuplah; berpada mencukupi: dlm keadaan serba sederhana dan ~; berpada-pada 1. elok-elok cukup, tidak ber­lebih-lebihan: amatlah sukar hendak menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu ~ atau melebihi batasan-batasan yg dihadkan; 2. agak cukup (walaupun tidak banyak), luma­yan, sedang; memadai mencukupi, dapat mengisi atau memenuhi (kehendak, peraturan, dll): rang undang-undang ini ~lah diluluskan oleh Dewan Rakyat; makanan semata-mata tidak ~; memada-memadai membuat seelok-elok cukup sahaja; memadakan 1. menjadikan pada, meng­anggap pada: apabila malam, dipadakanlah tidur bertikar; 2. membiarkan, mendiamkan: orang tua mahulah sabar dan ~ kelakuan orang muda; 3. menjadikan puas, memuaskan: ~ hati; terpada; tak ~ tidak boleh ditandingi, terlalu sangat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sama-sama, ramai-ramai (melakukan sesuatu): ibu-ibu itu ~ duduk mengobrol; mereka ~ berebut minta makanan; burung-burung sudah ~ resah menunggu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya. 2 kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu. 3 kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 tidak kurang dan juga tidak lebih drpd yg patut; cukup: Asal ada, kecil pun ~. 2 berasa senang kerana sudah sampai hajatnya; puas: Dgn harta yg sebanyak itu, hatinya masih belum ~ juga. berpada-pada 1 tidak berlebih-lebihan melakukan sesuatu; berbuat sesuatu dgn seada-adanya: Buat baik ~, buat jahat jangan sekali. 2 cukup juga walaupun tidak banyak. memadai dpt mengisi atau dpt memenuhi kehendak dll; mencukupi: Segelen minyak petrol tidak ~ keperluan utk menghidupkan enjin kapal terbang yg besar. memadakan 1 menjadikan pada; menganggap cukup; mencukupkan: Dia ~ gajinya yg kecil itu dgn berjimat-jimat. 2 menjadikan puas; memuaskan: Dia berbuat begitu utk ~ hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pada

Puisi
 

Anak labi makan mengecap,
     Beri makan kelopak jantung;
Pada nabi saya mengucap,
     Pada Tuhan saya bergantung.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Mudah jua pada yang ada,
     sukar jua pada yang tidak.

Bermaksud :

Pada orang kaya segalanya mudah, pada orang yang miskin segalanya susah.

 

Lihat selanjutnya...(166)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memperpayahmenjadikan lebih payah: bukan sudah bonda katakan kerja baik pada-pada, jangan badan diperpayah;Kamus Dewan Edisi Keempat
paparan(display)1. Perwakilan data secara fizikal pada skrin atau pada salinan keras. 2. Lampu atau peranti penunjuk pada panel konsol sistem.Kamus Komputer
pencetak laser(laser printer)Pencetak tanpa hentaman yang mencetak dengan meletakkan imej cetakan pada dram berputar dengan menggunakan alur laser. Dram tersebut kemudian memungut serbuk toner pada kawasan yang terdedah pada sinar laser. Kawasan ini kemudian ditekap dan disatukan pada kertas untuk membentuk hasil cetakan yang jelas dan tajam.Kamus Komputer
beza jelas(contrast)1. Punat kawalan pada monitor yang boleh diselaraskan untuk mendapatkan paparan yang jelas imejnya. 2. Perbezaan antara warna atau kegelapan cetakan pada dokumen dan pada latar dokumen cetakan yang perlu dibezakan oleh sistem pengecaman aksara.Kamus Komputer
pengecaman tanda optik(optical mark recognition)Teknologi input yang membaca kesan tulisan pensil pada kedudukan tertentu pada borang dengan pengecaman fotooptik untuk ditukarkan kepada kod yang dapat diproses oleh komputer. Sistem ini kerap digunakan dalam pemeriksaan kertas jawapan soalan objektif, kertas jawapan tinjauan dan pada bil pembayaran. Singkatan OMR.Kamus Komputer
memadakan1. menjadikan pada, meng­anggap pada: apabila malam, dipadakanlah tidur bertikar; 2. membiarkan, mendiamkan: orang tua mahulah sabar dan ~ kelakuan orang muda; 3. menjadikan puas, memuas­kan: ~ hati;Kamus Dewan Edisi Keempat
salinan keras(hardcopy)Salinan imej output komputer yang dicetak pada kertas atau disalin pada filem, transparensi, atau bahantara fizikal lain.Kamus Komputer
tetingkap(window)1. Kawasan bersegi empat pada tabir paparan pengawas video yang memaparkan sebahagian daripada gambar atau teks terpilih bagi fail tertentu. Saiz tetingkap yang terbesar ialah seluas kawasan tabir pengawas. Lebih daripada satu tetingkap pelbagai saiz boleh wujud pada tabir pengawas pada satu-satu masa. 2. Peruntukan saiz mesej, data atau kedua-duanya ditetapkan oleh unit penerima pada unit penghantar dalam suatu protokol sistem rangkaian perhubungan komputer.Kamus Komputer
papar(display)Tindakan mewakilkan data yang boleh dilihat secara fizikal pada skrin atau pada salinan keras.Kamus Komputer
sektor rosak(bad sector)Sektor pada cakera yang tidak boleh dibaca atau ditulis dengan betul. Biasanya kerosakan pada sektor ini berpunca daripada kecacatan pada permukaan cakera dan ada kalanya sektor ini sengaja dirosakkan sebagai langkah keselamatan.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas