Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sistem pertelagahan(contention system)Sistem pengendalian sistem bas yang membenarkan dua peranti data atau lebih berebut untuk menghantar data pada masa yang sama melalui saluran sepunya.Kamus Komputer
pertelagahan(contention)Keadaan yang terjadi dalam penghantaran data sistem telekomunikasi komputer berbilang titik apabila lebih daripada satu pangkalan cuba menghantar data pada masa yang sama melalui satu saluran penghantaran sepunya.Kamus Komputer
mod pertelagahan(contention mode)Mod yang digunakan dalam sistem bas yang membenarkan dua atau lebih peranti data berebut untuk menghantar data pada masa yang sama melalui saluran sepunya.Kamus Komputer
pencongan(skew)Perbezaan masa di antara ketibaan isyarat yang sama pada dua tempat yang berlainan atau lebih, sedangkan isyarat tersebut seharusnya tiba serentak. Pencongan membuatkan litar menjadi tidak stabil dan mungkin gagal.Kamus Komputer
capaian rawak(random access)Kaedah pencapaian data yang mempunyai masa capaian yang sama untuk semua kedudukan ingatan. Pencapaian ini dilakukan tanpa memeriksa semua ruang ingatan, dan tidak pula bergantung pada kedudukan jasmani ingatan atau kedudukan ingatan yang dicapai sebelumnya.Kamus Komputer
dupleks setengah(half-duplex)Kemampuan menghantar dan menerima data melalui rangkaian telekomunikasi yang sama, tetapi mengikut arah sehala sahaja pada satu-satu masa.Kamus Komputer
hadap1. bahagian sebelah muka, muka, depan: wang tembaga zaman dahulu sama sahaja ~ belakangnya; seratus penjajap di kanan, seratus penjajap di kiri, seratus penjajap di ~, seratus penjajap di belakang; 2. arah atau hala tujuan; hidupnya sekarang satu ~ sahaja hidupnya menuju satu tujuan (jurusan) sahaja; tak tentu ~ a) tak tentu arah tujuan; b) tidak berbuat sesuatu apa pun; semua pendapat mereka satu ~ sahaja satu sahaja arah maksudnya; berhadapan 1. = ~ dgn bertentangan (dgn), bersemuka (bertemu muka) dgn: maka ~lah kedua-dua pihak rakyat itu lalu berperang; dia duduk ~ dgn saya; ~ manis mulutnya bila bertemu muka; manis mulutnya; ~ muka bertemu muka; 2. = berhadap-hadapan ber­ten­tangan hadap satu sama lain, berdekatan dan bertentangan: mereka duduk dua baris ~; memuji atau mengeji biarlah dibuat ~; menghadap 1. (bahagian muka atau depan­nya) menghala ke: orang Islam sembahyang ~ kiblat; rumah peranginan itu ~ ke laut; ~ surut melihat ke belakang; 2. datang menemui (raja atau orang besar-besar), menjelang, ada atau sedang berhadapan dgn raja (orang besar-besar): ~ ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; pd ketika itu baginda sedang di­hadap orang banyak; 3. datang ke (mah­kamah, pejabat, dll): ia diperintahkan ~ ke mahkamah utk memberi keterangan; 4. ditujukan kpd (perbahasan dlm surat kiriman drpd yg muda terhadap yg tua), dialamatkan kpd: ~ ke hadapan ayahanda; menghadapi 1. berada bertentangan (ber­hadapan) dgn, duduk dll dgn muka ke hala sesuatu: di dlm kedai itu duduklah mereka ~ sebuah meja; mereka berdiri beramai-ramai ~ runtuhan rumah yg ditimpa pohon kelapa itu; 2. berjumpa (berhadapan) dgn, bersemuka (dgn): nampak benar takutnya waktu ~ orang banyak itu; 3. menemui atau menem­puh (bencana, bahaya, kesukaran, dll), di­timpa (diancam) oleh, menanggung; ~ per­soalan yg rumit; ~ kesulitan; ~ tuduhan membunuh; ~ maut; 4. melawan, bertanding dgn, menentang: ~ musuh; ~ pasukan lawan; menghadapkan 1. menghalakan, meng­arah­­­kan (sesuatu ke): maka meriam pun di­hadapkan orang arah ke laut; 2. menujukan (pertanyaan, tuduhan, dll): hampir semua yg hadir ~ pertanyaan kpd ahli forum yg kedua sahaja; tuduhan yg dihadapkan ke­pada­nya sangat berat; 3. membawa ke muka (pengadilan, orang yg bertang­gung­jawab, dll), membawa utk dipertemukan dgn: ia telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh; 4. memperlawankan, memper­tanding­kan, mempertentangkan: dlm pusing­an pertama, pasukan Malaysia akan di­ hadap­kan dgn pasukan bola sepak dr Negeri Thai; memperhadapkan 1. menjadikan ber­ha­dap-­hadapan, mempertemukan, menye­mu­ka­­kan; 2. mengemukakan (membentang­kan, me­majukan) perkara dll: ~ beberapa ca­dangan kpd ahli-ahli jawatankuasa utk dibahaskan; terhadap 1. berkenaan, mengenai, tentang: pandangannya ~ gadis itu tidak berubah, bagaimana dahulu begitulah sekarang; 2. kepada, akan: cintanya ~ gadis pilihannya sendiri tetap bersemarak dlm dadanya; ia mempunyai rasa perikemanusiaan drpd seorang manusia ~ manusia juga; 3. dihadapkan (ditujukan, dihalakan), tertumpu: hatinya sudah ~ ke Lampung, angan-angannya sudah ke galas; hadapan 1. bahagian sebelah muka, depan (lwn belakang): dia berdiri di ~ saya; pintu ~ rumah itu sentiasa terbuka; ke ~ a) ke depan, ke muka; b) (pd permulaan surat bererti) kepada: ke ~ sahabatku yg diingati; 2. yg akan datang; masa (zaman) ~ masa (zaman) yg akan datang; hadap-hadapan; nasi ~ sajian nasi pulut yg dihidangkan di muka pelamin waktu pe­ngantin sedang bersanding; penghadapan tempat menghadap (raja): Betara Majapahit pun duduk di ~ dihadap orang banyak; balai ~ ruang tempat mengha­dap raja di dlm istana atau di tempat raja bersemayam.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas