mahsyar | tempat berkumpul: padang ~ padang tempat orang-orang yg telah mati berkumpul pd hari kiamat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tandus | tidak ditumbuhi apa-apa: padang ~ padang yg tidak ditumbuhi apa-apa. menanduskan menyebabkan tandus: Kemarau yg panjang telah ~ kawasan itu. ketandusan keadaan tandus. penandusan perihal atau proses menjadi (menjadikan) tandus: Mengharamkan penebangan pokok secara berleluasa dpt mencegah ~ hutan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tandus | 1. tidak ditumbuhi apa-apa (tanah); padang ~ padang yg tidak ada tanamannya; 2. sedikit pun tidak ada lagi, habis langsung, licin-licau (wang, harta, dll); menanduskan menyebabkan tandus; ketandusan 1. perihal tandus, ketiadaan sama sekali: ‘Dilema Melayu’ ditulis dlm masa ~ daya dan kepapaan bangsa; 2. telah habis langsung (bkn idea, modal, bakat dsb), mengalami keadaan tandus, kehabisan: universiti itu mempunyai ramai pelajar dan tidak ~ bakat; benarkah beliau telah diperalatkan oleh kumpulan serpihan yg sudah ~ idea perjuangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padang | 1. tanah yg lapang, lapangan; ~ bola padang tempat bermain bola sepak; ~ belantara = ~ gurun = ~ tiah tanah luas yg tidak dikerjakan; ~ jarak = ~ tekukur padang atau tanah luas yg ditinggalkan (tidak dikerjakan); ~ (kapal) terbang lapangan terbang; ~ mahsyar padang tempat berkumpul pd hari kiamat; ~ minyak tanah luas yg ada minyak tanah di dlmnya; ~ pasir tanah pasir yg sangat luas; ~ ragut = ~ rumput ternak kawasan tanah yg ditumbuhi rumput dan tumbuh-tumbuhan serupa yg sesuai utk diragut oleh binatang ternakan spt lembu dan biri-biri; ~ rumput padang yg ditumbuhi rumput; ~ tandus padang yg tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan; ~ tembak padang tempat berlatih menembak; ~ usaha lapangan atau lingkungan pekerjaan; 2. Kd sawah, bendang; ~ perahu di lautan, ~ hati di fikiran prb a) demikian luas hati itu, berapa banyak pun fikiran masuk di dalamnya; b) fikirkan sungguh-sungguh sebelum melakukan sesuatu menurut kehendak hati; di ~ orang berlari, di ~ sendiri berjingkat prb suka menerima hak orang sahaja tetapi tidak memberi hak sendiri; lain ~ lain belalangnya, (lain lubuk lain ikannya) prb lain negeri lain adat resamnya; tersesak ~ ke rimba prb habis ikhtiar (akal) hingga tidak ada daya upaya lagi; berpadang mempunyai padang, ada padangnya; diberi ~ luas prb diberi kebebasan utk memilih apa kehendaknya; orang menebus ~ senang, orang diberi beroleh sahaja prb sesuatu yg telah menjadi hak milik kita boleh dibahagikan sesuka hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padang jarak padang tekukur | kawasan yg luas yg ditinggalkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tiah | = padang ~ sl padang pasir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpadang | mempunyai padang, ada padangnya; diberi ~ luas prb diberi kebebasan utk memilih apa kehendaknya; orang menebus ~ senang, orang diberi beroleh sahaja prb sesuatu yg telah menjadi hak milik kita boleh dibahagikan sesuka hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belantara | 1. sangat luas (bkn hutan, laut, padang dsb): lebih kurang lima, enam, tujuh hari, mereka akan belayar dlm laut ~; hutan ~ = rimba ~ rimba raya, hutan yg luas dan tebal; padang ~ ark a) padang pasir; b) padang dan hutan; 2. hutan yg luas: segala kenderaan telah dapat melalui bukit dan ~ dgn kemajuan yg dicapai; 3. ki keadaan (jahil, ragu-ragu dsb) yg keterlaluan: pendapatnya memanglah berhasil menebas ~ keraguan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padang belantara | ark a) padang pasir; b) padang dan hutan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tandus | tidak ditumbuhi apa-apa: padang ~ padang yg tidak ditumbuhi apa-apa. ketandusan keadaan tandus. | Kamus Pelajar |