paduan | 1. yg telah dipadu, sesuatu yg telah disatukan (digabungkan dll): ~ suara; 2. persesuaian, kecocokan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sintesis | /sintésis/ 1 ist paduan beberapa unsur (sebatian dsb) utk membentuk sebatian lain yg lebih kompleks. 2 kesimpulan umum yg dibuat berdasarkan andaian (hukum dsb) yg lebih khusus. mensintesiskan menggabungkan atau memadukan unsur, sebatian dsb, terutamanya secara kimia, utk membentuk sebatian yg lebih kompleks. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
padu | 1. mampat, padat, pejal, tumpat: ~ spt batu dan besi; roti mudah dihancurkan di dlm tubuh kerana ia tidak ~; 2. telah bergaul (bercampur, bergabung) dan menjadi satu benar, sebati: anak sekolah, guru, buruh dan saudagar ~ dlm satu perarakan; bersatu ~ bersatu benar-benar; 3. ki kukuh (teguh, utuh) dan kuat: kesatuan yg ~; sepadu sebati, terserap, berjalin: ada lebih kurang 800 kata Sanskrit yg kekal ~ dgn kata-kata Melayu sekarang; pembangunan material dan spiritual hendaklah ~; bersepadu berkaitan erat (tidak terpisah-pisah) berjalin, bertahan erat (antara pelbagai unsurnya dsb): pembangunan secara ~ ini diharap dapat mewujudkan kesatuan sosial; mempunyai asas sumber asli yg ~ dgn struktur perindustrian; menyepadukan menjadikan sepadu atau bersepadu: kesemuanya telah dicampuradukkan dan disepadukan sehingga wujud satu keseimbangan atau tahap persamaan yg utuh dan berfungsi; tersepadu telah bersepadu: ini bermakna kaum bumiputera akan ~ dlm perkembangan ekonomi negara menjelang tahun 2020; kesepaduan keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yg utuh: malahan ~ komuniti itu diasaskan pd pertalian kekeluargaan; persepaduan perihal bersepadu (bangsa, masyarakat, dsb); penyepaduan proses menyepadukan, penyebatian; penyepadu orang, unsur, pihak dsb yg menyepadukan: syarikat itu merupakan syarikat ~ sistem yg terkemuka di negara ini; berpadu 1. bercampur menjadi satu, menjadi sebati: ketiga-tiga buah kesatuan itu telah ~ menjadi satu; zat besi mudah ~ dgn oksigen; 2. bercampur, bergaul: senyum dan tangis ~ menyambut kepulangannya; 3. menjadi beku dan keras (darah dll); 4. teguh (kukuh, utuh) dan kuat kerana sudah bersatu; ~ padan a) bergaul (bergabung, bercampur) dan menjadi satu benar; b) bermuafakat, bermesyuarat, berunding, memadankan (menyesuaikan) fikiran; ~ suara a) berduet; b) ki menjadi satu, berbaur: angin laut dan desir ombak ~ suara; memadu 1. melebur (emas); 2. melebur dan mencampurkan supaya bersatu (berbagai-bagai jenis logam); 3. mengikat (janji dll), menguatkan, mengukuhkan: ~ janji; kata sudah dipadu; negara-negara yg tidak memihak ~ tenaga utk memperkuat pengaruh mereka; 4. membandingkan, menyesuaikan, mencocokkan, memadankan; ~ pendapat mencocokkan pendapat; ~ hati menyatukan hati (kasih dll); ~ satu = menyatupadukan menjadikan bersatu padu, menyatukan sungguh-sungguh; memadukan menjadikan padu, menggabungkan supaya menjadi satu, mencampurkan, menyatukan: ~ fahaman semua manusia; memperpadukan menjadikan berpaduan: manusia berjaya ~ bahan-bahan asas ini menjadi satu bahan baru; terpadu sudah dipadu (digabungkan, disatukan, dll), tergabung; paduan 1. yg telah dipadu, sesuatu yg telah disatukan (digabungkan dll): ~ suara; 2. persesuaian, kecocokan; kepaduan kesatuan (pendapat, cita-cita, dll), kemuafakatan; perpaduan 1. penggabungan, peleburan; 2. persesuaian, kecocokan; 3. perihal berpadu (bergabung menjadi satu, sepakat, dll), persatuan: bahasa dan sastera adalah alat utk ~ kebangsaan; bahasa Melayu sbg bahasa yg boleh menjadi penggerak ke arah mencapai ~ nasional; pemaduan 1. perbuatan memadu(kan), penggabungan (peleburan dll) menjadi satu: air boleh dibuat melalui ~ hidrogen dan oksigen; 2. persesuaian, kecocokan; pemadu sesuatu yg memadukan: kuasa ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asimilasi | 1. proses menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup; 2. Id paduan bunyi (konsonan) spt ahlul-nujum menjadi ahlun-nujum; 3. pemaduan bermacam-macam jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu (spt pemaduan unsur-unsur drpd kebudayaan yg berlainan menjadi satu kebudayaan); berasimilasi berpadu menjadi satu;mengasimilasikan 1. menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup: jasad kita melalui kuasa ghaib yg maha penting, sentiasa ~ bahan-bahan mentah dan mati yg diterimanya; 2. menjadikan berasimilasi (berpadu, menyerap, dll), menyerapkan ke dlm suatu kesatuan (paduan dsb) yg lebih besar;terasimilasi telah diasimilasikan atau berasimilasi: glukos ~; pengasimilasian proses mengasimilasikan sesuatu: bagaimanapun, ~ maklumat itu bukanlah satu tugas yg sukar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cantuman | 1. = percantuman perihal bercantum, pertemuan, pertautan, pergabungan, perpaduan, penyatuan: aku akan terus berjuang utk ~ Singapura dgn Tanah Melayu; 2. = percantuman perihal mencantumkan bahagian-bahagian yg berlainan menjadi satu (motokar dll); 3. barang apa yg dicantumkan atau utk dicantumkan: biasanya barang-barang ini digunakan hanya sbg ~ yg tidak kekal; 4. perihal memindahkan (menumbuhkan) mata tunas suatu pokok pd pokok lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sintesis /sintésis/ | 1 ist paduan beberapa unsur (sebatian dsb) utk membentuk sebatian lain yg lebih kompleks. | Kamus Pelajar |
mengasimilasikan | 1 menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup: Jasad kita sentiasa ~ bahan-bahan mentah yg diterimanya. 2 menjadikan berpadu; menyerapkan ke dlm suatu kesatuan (paduan dsb) yg lebih besar: Unsur-unsur kebudayaan itu diasimilasikan dan dipersembahkan dlm festival tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nawaitu | Ar 1. aku berniat; 2. bp keinginan (kehendak dsb) yg terbit di dlm hati utk melakukan sesuatu, niat: buatlah kerja masing-masing dgn ~ yg ikhlas demi perpaduan bangsa sendiri; Allah sahaja yg maha mengetahui ~ kamu itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengasimilasikan | 1. menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup: jasad kita melalui kuasa ghaib yg maha penting, sentiasa ~ bahan-bahan mentah dan mati yg diterimanya; 2. menjadikan berasimilasi (berpadu, menyerap, dll), menyerapkan ke dlm suatu kesatuan (paduan dsb) yg lebih besar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gembleng (gembléng) | ; menggembleng 1. Jw menempa (besi) supaya menjadi tipis atau keras; 2. ki menyatukan atau memadukan (tenaga, modal, dll) utk melakukan (menghasilkan, memperteguh, dsb) sesuatu: penduduk kampung itu ~ tenaga utk membina jambatan itu; bank mempunyai peranan penting bagi ~ modal dlm negeri utk membiayai perusahaan; mengikut Paul Postal, tatabahasa transfomasi-generatif ~ ciri-ciri utama tatabahasa tradisional; gemblengan paduan, penyatuan: kisah keluarga itu dipaparkan dlm penceritaan yg tersusun kemas dgn ~ unsur-unsur ketegangan yg memanjang; penggemblengan perihal (perbuatan, usaha) menggembleng: utk mencapai kemajuan, ~ tenaga amat perlu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |