dinihari | (hari, waktu) fajar belum menyingsing, lebih kurang pukul 3-5 pagi, pagi-pagi benar: pertempuran itu mula berlaku pd waktu petang dan melarat hingga waktu ~; hulu ~ lebih kurang pukul 3.30 pagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pagi-pagi buta | pagi-pagi sangat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pagi-pagi buta (hitam) | pagi-pagi sekali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
murai | sj burung yg berkicau (pagi-pagi hari), Copsychus saularis musicus; bunyi ~ waktu pagi-pagi benar; ~ bakau sj burung, Pachycephala cinerea; ~ batu sj burung a) = ~ hutan sj burung, Copsychus malabaricus; b) burung kapas, Lalage nigra; ~ belanda sj burung, Zoothera citrina; ~ belukar sj burung, Tarsiger cyanurus; ~ gajah sj burung, Irena puella; ~ kampung sj burung yg berkicau (pagi-pagi hari), Copsychus saularis; ~ rimba sj burung, Pycnonotus plumosus; ~ sampah sj burung, a) Acrocephalus arundinaceus; b) Alcippe cinerea; burung ~ bangau = ~ ekor gading sj burung, merbah ekor gading, Tersiphone paradisi; bagai ~ dicabut ekor prb perempuan yg suka bercakap banyak; ~ berkicau hari siang prb sesuatu yg sudah terang dan nyata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pagi-pagi | 1. pagi benar (kira-kira pukul enam), pagi sekali: ~ ia pergi ke pasar; 2. terdahulu drpd waktunya, awal lagi: pergilah ~ supaya tentu dapat bas; ~ buta (hitam) pagi-pagi sekali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pagi-pagi | 1 waktu pagi benar; pagi sekali: ~ lagi, dia sudah bangun. 2 lebih awal drpd waktunya; awal-awal lagi: Kalau takut kehabisan tiket, pergilah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pagi-pagi | 1 waktu pagi benar; pagi sekali: ~ lagi dia sudah bangun. 2 lebih awal drpd waktunya; awal-awal lagi: Kalau takut kehabisan tiket, pergilah ~. | Kamus Pelajar |
pagi | waktu selepas matahari terbit (kira-kira dr pukul enam hingga pukul sepuluh): sarapan ~; ia pergi ~ tadi; ~ petang tiap-tiap pagi dan petang; usahlah teman dimandikan ~ prb janganlah dipermainkan dgn pujian yg berlebih-lebihan; sepagi, sepagian sepanjang (seluruh) pagi: ~ itu, sesudah kejadian malam itu, tidak demikian lakunya; pagi-pagi 1. pagi benar (kira-kira pukul enam), pagi sekali: ~ ia pergi ke pasar; 2. terdahulu drpd waktunya, awal lagi: pergilah ~ supaya tentu dapat bas; ~ buta (hitam) pagi-pagi sekali; kepagian 1. terlalu pagi, pagi benar; 2. terlalu awal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
besok pagi | esok pagi-pagi hari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pagi | sebahagian drpd waktu dlm satu hari, iaitu selepas tengah malam sehingga tengah hari: Mereka telah pulang ke kampung pd pukul 8.00 ~ tadi. ~ buta pagi benar; sebelum matahari terbit. pagi-pagi 1 waktu pagi benar; pagi sekali: ~ lagi, dia sudah bangun. 2 lebih awal drpd waktunya; awal-awal lagi: Kalau takut kehabisan tiket, pergilah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |