kedai pajak | pajak gadai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pak III | IB pajak; ~ temurun Id pak (pajak) atas tanah yg berlanjutan turun-temurun; mengepak 1. memajak; 2. bp memborong; mengepakkan menyerahkan atau memborong sesuatu dgn cara pak (pajak). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pajak kenderaan | Id pajak (cukai) yg dikenakan ke atas kenderaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketetapan pajak | Id taksiran pajak (cukai dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedai | bangunan tempat menjual barang-barang, gerai, toko; rumah ~ bangunan tempat tinggal dan juga berniaga; ~ bar kedai tempat menjual minuman keras; ~ kopi kedai tempat menjual minuman dan kuih-muih; ~ lesen gerai tempat menjual makanan dan minuman; ~ makan kedai tempat menjual makanan (nasi dll); ~ minyak kedai tempat menjual minyak petrol; ~ pajak pajak gadai; ~ runcit kedai yg menjual barang-barang sedikit-sedikit kpd pengguna; ~ serbaneka kedai yg menjual aneka jenis barang; ~ urup- urup tempat menukar wang; berkedai 1. membeli-belah di kedai; 2. mempunyai kedai, berniaga di kedai, membuka kedai: tidak banyak orang Melayu yg ~ di sana; ~ kopi menjual minuman dan kuih-kuih di kedai; mengedaikan menunjukkan (mempamer kan) barang-barang dagangan: di pasar telah disediakan tempat ~ barang-barang itu; terkedai telah dikedaikan, telah dipamerkan (bkn barang-barang dagangan dll): barang lukisan dan ukiran, sekaliannya ~ dgn permainya; kedaian 1. tempat berkedai; 2. almari dll tempat mempamerkan barang-barang dagangan: mereka melihat-lihat barang-barang yg tersusun dgn baik dlm tiap-tiap ~; perkedaian 1. perihal berkedai; 2. tempat berkedai, 3. sj tempat di kedai utk mempamerkan barang-barang dagangan; 4. barang yg dikedaikan (dipamerkan); pekedai penjual di kedai, orang yg berkedai; ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecilan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenderaan | kenaikan (spt motokar, bas, kereta api, basikal, dll), tunggangan (spt kuda, gajah dll): jalan raya masih sibuk dgn ~ dan tentera Jepun yg maju ke Selatan; pajak ~ Id pajak (cukai) yg dikenakan ke atas kenderaan; ~ awam = ~ umum kenderaan utk orang ramai (yg disewakan kpd orang banyak); ~ berat kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan melebihi lima tan, spt bas dan lori; ~ pacuan empat roda kenderaan bermotor yg keempat-empat rodanya mempunyai kuasa utk menggerakkan atau menjalankan kenderaan; ~ ringan kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan kurang drpd lima tan, spt kereta, van dan motosikal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pajak judi | rumah tempat berjudi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pajak gadai | a. hak atau kuasa utk membuka rumah gadai. b. = rumah ~ kedai tempat menggadaikan barang-barang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pajak | 1 hak utk mengusahakan sesuatu dgn membayar sewa: Apabila sampai musim penyu bertelur, kerajaan mengeluarkan tawaran ~ utk kawasan tempat penyu bertelur itu. 2 wang yg wajib dibayarkan kpd kerajaan kerana sesuatu hal; cukai: ~ tanah; ~ jalan. ~ gadai a. hak atau kuasa utk membuka rumah gadai. b. = rumah ~ kedai tempat menggadaikan barang-barang. ~ judi rumah tempat berjudi. memajak mengusahakan atau mengendalikan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll: Saudagar yg banyak modal ~ kawasan pantai itu hingga tiga empat batu panjangnya. memajakkan menyerahkan sesuatu hak atau kuasa kpd orang lain dgn mengambil sewa: Mereka kemudian ~ kawasan itu kpd orang lain. pemajakan perbuatan (hal dsb) memajak atau memajakkan. pemajak orang yg memajak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pajak perponding | cukai tanah dan cukai pintu (cukai rumah); | Kamus Dewan Edisi Keempat |