berpakai | 1. = berpakai-pakai (sedang) mengenakan pakaian: kira-kira pukul lima petang, Rijnhaard telah berpakai-pakai; 2. Mn masih dijalankan (digunakan), masih terus berlaku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pakai | 1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja; dipakai bp didengar (diberi perhatian): teguranku tidak sedikit pun ~nya; berpakai 1. = berpakai-pakai (sedang) mengenakan pakaian: kira-kira pukul lima petang, Rijnhaard telah berpakai-pakai; 2. Mn masih dijalankan (digunakan), masih terus berlaku; memakai 1. mengenakan (meletakkan) pakaian dll: ~ baju Melayu; ~ kasut; 2. menggunakan, melakukan sesuatu dgn: ~ senjata; jalan bahasa spt yg dipakai oleh orang Melayu; ~ bau-bauan; ~ adat; ~ pembantu; ~ faham dengki-mendengki; 3. menjadikan sbg gundik: perempuan-perempuan muda yg disukai oleh ketua-ketua lanun itu biasanya menjadi gundik atau dipakai oleh mereka; 4. menggunakan ilmu (azimat, tangkal, dsb) utk menjaga badan (diri dsb); memakaikan 1. mengenakan baju dll pd: ia telah dipakaikan pula baju dan seluar yg labuh dan besar; 2. menggunakan (mempergunakan) pd: diberinya sebilah keris yg bernama Tanjung Lada, maka dipakaikan oleh Apu itu kpd anaknya; 3. ark memakai; terpakai 1. dipakai: apa yg telah disebutkan tentang sistem otot dahulu ~ juga pd sistem saraf; 2. sudah dipakai: wang yg ~ hanya sebahagian sahaja; pakaian 1. sesuatu yg dipakai (baju, seluar, kasut, dll); 2. sesuatu yg biasa digunakan (dilakukan), amalan, kebiasaan: mencarut, memaki, memanglah ~nya; silat pencak serta tipu peperangan ~ sekalian raja besar-besar; ~ adat pakaian yg biasa dipakai pd waktu upacara yg beradat; ~ angkatan pakaian kebesaran (rasmi) yg lengkap; ~ basahan pakaian biasa yg dipakai hari-hari (utk bekerja dll); ~ dunia (hidup) adat kebiasaan dunia (hidup); ~ kebesaran pakaian yg dipakai pd majlis-majlis rasmi; ~ kuda alat perkakas atau abah-abah kuda (tali kekang dll); ~ seragam pakaian yg serupa (polis, tentera, dll); ~ siap pakaian yg dibuat mengikut ukuran standard dan bukan mengikut ukuran individu; berpakaian 1. ada pakaiannya, memakai pakaian: seorang muda ~ rapi; 2. mengenakan pakaian; pemakaian 1. perihal (perbuatan, cara, dsb) memakai atau menggunakan, penggunaan: berbagai-bagai perkara yg sering menimbulkan kekeliruan dr segi ~ dibincangkan secara terperinci; ~ bahasa; ~ pesawat jet; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll; sepemakaian selengkap pakaian dll; pemakai 1. (orang dll) yg memakai atau menggunakan: ~ bahasa; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll; 3. orang yg suka menghias diri: dia tu memang ~ orangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menelanjangi | 1. menanggalkan (segala pakaian dll) yg dipakai: ditelanjanginya anaknya itu; 2. merampas segala pakaian (perhiasan dll) yg dipakai: ~ penumpang-penumpang dr barang-barang mereka; 3. ki membukakan (rahsia, kejahatan, dll), mendedahkan hingga diketahui orang segala-gala yg dirahsiakan: beliau telah pernah ~ keadaan masyarakat di Kampung Kambing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telanjang | 1 tidak bertutup dgn pakaian (bkn tubuh); bogel: Saya tidak suka mandi ~. ~ bulat (bogel) tidak mempunyai suatu apa pun (pakaian) di badan. 2 tidak bersarung (ttg keris, pedang dsb). bertelanjang berada dlm keadaan telanjang; berbogel: Orang yg tidak siuman itu suka ~ drpd berpakaian. menelanjangi 1 menanggalkan atau melucutkan segala pakaian yg dipakai; menjadikan (seseorang) telanjang: ~ bayi utk dimandikan. 2 merampas segala pakaian atau barang hingga habis semuanya. menelanjangkan menjadikan diketahui perkara atau apa-apa yg dirahsiakan: ~ keadaan masyarakat di kawasan itu. ketelanjangan keadaan atau perihal telanjang; keadaan diketahui dan bukan rahsia lagi: ~ perkara itu merupakan sesuatu yg tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu. penelanjangan perbuatan, perihal dsb menelanjangi atau menelanjangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
siap | 1 sudah disediakan dan tinggal menggunakan atau memakainya saja; sudah sedia: Makanan sudah ~, marilah kita makan. 2 sudah selesai dikerjakan dll: Sudah dua tahun dikerjakan, bangunan itu masih belum ~ lagi. 3 = ~ sedia sudah bersedia utk melakukan sesuatu dll: Mereka sudah ~ utk menentang musuh. ~ pakai (sudah) siap atau sedia utk dipakai (digunakan): baju ~ pakai. bersiap 1 bekerja utk mengemaskan atau utk mengatur sesuatu: Encik Ahmad ~ menghamparkan tikar lalu mempersilakan tetamu naik. 2 bersedia menghadapi sesuatu; berjaga-jaga; berwaspada: Masing-masing pun ~ menunggu serangan musuh. menyiapkan 1 mengurus sesuatu supaya siap teratur; menyediakan: Isterinya sedang ~ sarapan. 2 menyelesaikan sesuatu pekerjaan dll; menyudahkan: Kami terpaksa ~ sebuah rumah dlm masa enam bulan. mempersiapkan mengusahakan supaya bersiap: Bala tentera dipersiapkan utk menghadapi musuh. persiapan perbuatan atau hal bersiap; persediaan: Mereka sedang menjalani latihan sbg ~ utk menyertai sukan Olimpik nanti. penyiapan perbuatan atau hal menyiapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
napkin | 1 lampin kain atau lampin pakai buang. 2 kertas atau kain yg digunakan semasa makan utk mengesat mulut atau tangan atau utk melindungi bahagian depan pakaian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
napkin | 1. lampin kain atau lampin pakai buang; 2. kertas atau kain yg digunakan semasa makan utk mengesat mulut atau tangan atau me-lindungi bahagian depan pakaian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepada | 1. kata utk menyatakan arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan: jangan berbuat jahat ~ orang; 3. daripada, pada: baginda memohon Siantan ~ Betara Majapahit; ia penolong ~ Pegawai Daerah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rebek | (rébék) Jw 1. compang-camping, rompang-ramping (pakaian dll); 2. buruk, usang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
poket I | (pokét) 1. kantung yg dijahit pd pakaian (seluar, baju dsb) tempat menaruh sapu tangan, duit, dompet dsb, kocek, saku: seluarnya mempunyai banyak ~; 2. kantung pd pintu kereta, beg pakaian dsb; 3. beg jaring kecil pd meja biliard, meja snuker dsb tempat bola dimasukkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |