rombengan | 1. pakaian-pakaian yg sudah usang; 2. barang-barang yg lama atau rosak: barang-barang ~; tukang ~ pedagang barang-barang lama atau buruk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rombeng | (rombéng) robek, compang-camping: pakaian yg ~; merombengkan menjual (barang-barang lama atau buruk) kpd pedagang barang-barang lama; rombengan 1. pakaian-pakaian yg sudah usang; 2. barang-barang yg lama atau rosak: barang-barang ~; tukang ~ pedagang barang-barang lama atau buruk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
preman | (préman) 1. bukan tentera; orang ~ orang yg bukan anggota pasukan bersenjata; pakaian ~ pakaian bebas atau pakaian biasa (bukan pakaian seragam); 2. milik sendiri (bukan utk umum) persendirian; mobil ~ Id kereta kepunyaan sendiri (bukan utk kegunaan orang ramai). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seragam | 1 sama potongan dan sama warnanya (bkn pakaian dll): pakaian ~ pakaian tertentu yg dipakai khas oleh sesuatu golongan. 2 sesuai; sepakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kostum | 1. pakaian yg dipakai pd ketika tertentu (spt menghadiri upacara, jamuan, dll); 2. pakaian yg dipakai oleh pelakon-pelakon sandiwara, filem, dll; 3. pakaian perempuan potongan Barat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pakaian | 1. sesuatu yg dipakai (baju, seluar, kasut, dll); 2. sesuatu yg biasa digunakan (dilakukan), amalan, kebiasaan: mencarut, memaki, memanglah ~nya; silat pencak serta tipu peperangan ~ sekalian raja besar-besar; ~ adat pakaian yg biasa dipakai pd waktu upacara yg beradat; ~ angkatan pakaian kebesaran (rasmi) yg lengkap; ~ basahan pakaian biasa yg dipakai hari-hari (utk bekerja dll); ~ dunia (hidup) adat kebiasaan dunia (hidup); ~ kebesaran pakaian yg dipakai pd majlis-majlis rasmi; ~ kuda alat perkakas atau abah-abah kuda (tali kekang dll); ~ seragam pakaian yg serupa (polis, tentera, dll); ~ siap pakaian yg dibuat mengikut ukuran standard dan bukan mengikut ukuran individu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persalinan, persalin | 1. = pesalin sl seleng-kap pakaian (sbg hadiah): segala orang yg datang itu semuanya dianugerahinya pesalin; 2. pakaian utk bersalin: diambilnya pakaian dua ~, satu pakaian laki-laki dan satu pakaian perempuan; 3. perihal bersalin: ~ kulit itu berlaku hanya sehingga lipas itu bersayap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebesaran | 1. perihal (sifat dll) besar, kemuliaan, kehormatan: surat itu dijemput Raja Pasai dgn sempurna ~ dan sempurna kemuliaan; pakaian ~ pakaian yg dipakai ketika istiadat besar-besar; payung ~ payung istiadat raja-raja; 2. Jk terlalu besar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salin | tukar (pakaian, nama, dll), ganti (kenaik-an), tiru (tulisan, karangan, dll); (se)~ tak tumpah prb dua orang yg serupa benar; bersalin 1. bertukar (pakaian dll), berubah (warna, kulit, bulu, dll): dia mahu ~ pakaian; 2. bh melahirkan anak, beranak: maka permaisuri pun datanglah sakit hendak ~; bersalin-salin bertukar-tukar, berganti-ganti; menyalin 1. menukar (dgn yg lain), meng-ganti: pakaian hendaklah selalu disalin; 2. memindahkan (ke bekas, tempat lain, dll): penjaga kedai itu sedang ~ minyak ke dlm botol; 3. meniru, menulis (serupa dgn yg ada): bapaku diupah utk ~ hikayat-hikayat yg tua itu; 4. menterjemah: pd hari itu juga aku mulai ~ buku itu ke bahasa Melayu; menyalini, mempersalin, mempersalini sl memberi hadiah atau anugerah (dgn selengkap pakaian): maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kida Hindi spt pakaian dirinya; utusan hendak bermohon diri, dipersalin oleh ratu Bestari; mempersalinkan sl menghadiahkan seleng-kap pakaian, menganugerahkan: baiklah kita suruh paduka bonda sambut Tun Tuah supaya kita persalinkan dia; salinan 1. turunan (surat dll), halaman atau lembaran yg bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dgn yg asal: hanya ~-~ sijil sahaja yg perlu dihantar; 2. terjemahan; persalinan, persalin 1. = pesalin sl seleng-kap pakaian (sbg hadiah): segala orang yg datang itu semuanya dianugerahinya pesalin; 2. pakaian utk bersalin: diambilnya pakaian dua ~, satu pakaian laki-laki dan satu pakaian perempuan; 3. perihal bersalin: ~ kulit itu berlaku hanya sehingga lipas itu bersayap; penyalinan perbuatan dsb menyalin (sesuatu naskhah dsb); penyalin 1. orang yg menyalin (menterjemah dll): ~ hikayat tersebut ialah seorang peranakan; 2. alat atau mesin yg digunakan utk membuat salinan bahan bercetak dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pakai | ; memakai 1 memasang atau melekatkan sesuatu ke badan: ~ kasut; ~ baju. 2 menggunakan sesuatu utk tujuan tertentu; menggunakan (dlm erti yg luas): Kapal terbang ini tidak ~ kipas tetapi menggunakan jentera jet. Apabila mereka bertutur, mereka ~ bahasa Melayu. memakaikan 1 mengenakan atau memasangkan sesuatu pd: Ketika kita kecil-kecil dahulu, ibulah yg menyuapi kita dan ~ baju pd kita. 2 menguntukkan sesuatu supaya digunakan; memberikan sesuatu supaya dipakai: Kita tidak boleh ~ peraturan itu kpd rakyat di sini. terpakai sudah (telah) dipakai: kereta ~ kereta yg sudah dipakai oleh orang lain. pakaian 1 apa-apa (spt baju, seluar) yg dipakai di badan: Perajurit-perajurit itu berbaris di padang dan berjalan di jalan raya dgn ~ yg bersih dan kemas. 2 sesuatu yg biasa dilakukan atau diamalkan; amalan: Pencak silat merupakan ~ segala hulubalang Melayu. ~ basahan pakaian yg dipakai sehari-hari. ~ dunia (hidup) adat yg menjadi kebiasaan. ~ kebesaran pakaian yg dipakai di majlis-majlis rasmi. ~ seragam pakaian (spt pakaian tentera, pengakap) yg sama warna dan potongannya. berpakaian 1 memakai pakaian: Mereka semuanya ~ serba putih. 2 mengenakan pakaian ke badan: Tunggu sebentar, Ani masih sedang ~ di biliknya. pemakaian perbuatan (hal dsb) memakai atau menggunakan; penggunaan: ~ bahasa Inggeris di pejabat-pejabat kerajaan sudah berkurang. pemakai 1 orang yg memakai atau menggunakan: Bahasa Melayu mempunyai lebih kurang seratus empat puluh juta orang ~nya. 2 orang yg suka menghias diri atau suka berpakaian kemas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |