Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Puisi
 

Kain berlipat dalam istana,
     Pakaian puteri raja kayangan;
Sepatah nasihat ilmu yang berguna,
     Secubit budi jadi kenangan.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Meragakan pakaian cantik kepada si buta.

Bermaksud :

Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan). (Biasa juga: Bersifat kepada si buta).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
korset(korsét) pakaian dalam utk membentuk pinggang dan punggung yg dipakai oleh wanita, sj bengkung, setagen.Kamus Dewan Edisi Keempat
sportifIB 1. mempunyai semangat sport (jujur dll); 2. cergas, tangkas, gagah: ada pemuda-pemuda ~ yg berlatih berlari dgn hanya memakai pakaian dalam.Kamus Dewan Edisi Keempat
sadariahAr sj baju dalam (pakaian orang Arab).Kamus Dewan Edisi Keempat
seluarsj pakaian, celana; ~ dalam = ~ katuk seluar yg dipakai yg ter-hampir sekali dgn bahagian kulit; ~ lemang seluar yg kecil kaki-nya; ~ panjang seluar yg panjang kakinya; ~ pendek (pandak, sampak) seluar yg pendek kakinya; berseluar memakai seluar: ia ~ panjang warna kuning.Kamus Dewan Edisi Keempat
babuJw perempuan yg bekerja sbg pembantu rumah, orang gaji, amah; ~ cuci babu yg kerjanya mencuci pakaian dll; ~ dalam = ~ jongos babu yg mengurus bilik; ~ tetek babu yg menyusui anak;Kamus Dewan Edisi Keempat
dalam I1. jarak (jauhnya) ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah, dsb), jarak (jauh­nya) ke tengah dr tepi atau pinggir se­suatu: ~ perigi itu kira-kira empat meter; 2. jauh ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah, dll) atau jauh ke tengah dr tepi atau pinggir (hutan dll), jauh jaraknya di antara paras permukaan dgn dasar, tidak cetek: lubang itu ~ sungguh; jangan suka berenang di tempat yg ~; 3. bukan sedikit, tidak sempit, lebih drpd sekadar yg perlu sahaja: dia mempunyai pengetahuan yg ~ tentang hal itu; 4. mengandungi makna yg tidak mudah difahami (bkn perkataan, ungkapan, dsb), lebih drpd yg terzahir: perkataan ini ~ mak­na­nya; 5. tidak ceper (leper), jeluk (bkn pinggan atau piring); 6. bahagian atau ruang (rumah, bilik, peti, almari, dll) yg lawannya luar: diambilnya sepucuk surat dr ~ laci itu dan dihulurkannya kpd saya; dia memasuk­kan bungkusan itu ke ~ keretanya; 7. yg ber­kaitan dgn atau terbatas pd ling­kungan se­suatu (spt negeri, keluarga, dll) itu sendiri: urusan ~ negeri; masalah ~ ke­luarga; 8. yg tidak nampak atau ketara dr luar: penyakit ~; 9. yg dipakai sebelum dipakai pakaian seleng­kapnya: baju ~; seluar ~; ~ ber­selam, dang­kal (cetek) berjingkat (ber­timba) prb berpada dgn yg sedikit; sedalam mencapai dalam atau sehingga dalam­nya (sebagaimana yg dinyatakan): di­galinya lubang ~ kira-kira dua meter;sedalam-dalamnya 1. seberapa dalam yg mungkin: menggali ~; 2. dgn seberapa teliti atau terperinci: perlu difikirkan ~ cadangan yg dikemukakan itu sebelum dibuat sesuatu keputusan;berdalam-dalam makin menjadi dalam (me­rebak, meluas, dsb), menjadi-jadi; mendalam 1. menjadi dalam atau lebih dalam (bkn lubang dsb), bertambah dalam: lukanya semakin ~ kerana tidak dirawat dan dibubuh ubat; 2. menjadi kukuh dan tidak mudah luput (bkn perasaan, kepercayaan terhadap sesuatu dll), menjadi berat, melarat (bkn penyakit dll): perasaan cintanya terhadap Bibah semakin ~; kebencian yg ~; tradisi lama di kampungku terlalu ~; 3. sampai ke peringkat yg terperinci (bkn kajian dsb), luas dan teliti (meliputi banyak aspek): kajiannya tentang sastera Melayu kurang ~;mendalami, memperdalami berusaha utk mengetahui (sesuatu) dgn lebih luas dan ter­perinci dgn mempelajari (mengkaji, menye­lidik, dsb) dgn teliti dan terperinci, menjadi­kan lebih sempurna atau terperinci (penge­tahuan dsb tentang sesuatu): mereka akan mengkaji lebih banyak buku dan kitab utk ~ pengetahuan mereka tentang agama Islam; masing-masing ~ bidang yg diminatinya;mendalamkan 1. menjadikan dalam atau lebih dalam (perigi, lubang, dll): beberapa orang pekerja sedang ~ telaga; 2. = mem­per­dalam ki menjadikan lebih dalam (pela­jaran, pengetahuan, penyelidikan, dsb): ia terus bekerja sambil ~ pengetahuannya tentang seni muzik; perkembangan pro­fesional memberi fokus kpd intelektualisme, iaitu kpd memperdalam dan memperluas bidang pengetahuan dan kemahiran pro­fesion;dalaman 1. isi perut; 2. yg tersembunyi dan tidak mudah difahami (bkn makna ayat, kata-kata, dsb): kita seharusnya menyelami makna ~ kata-kata yg diucapkannya itu; 3. (yg) berkaitan dgn atau perlu diuruskan dsb oleh sesuatu organisasi itu sendiri; struktur ~ (Lin) (dlm tatabahasa generatif) gambaran yg di­andaikan terdapat dlm struktur sesuatu ayat pd peringkat dasarnya (hubungan gramatis atau hubungan logik dijelaskan sebelum struktur ayat tersebut mengalami perubahan kerana peraturan transformasi);kedalaman 1. perihal dalam (budi bahasa, pengetahuan, pelajaran, dll): kedangkalan dan ~ ilmu pengetahuan seseorang; 2. ark terlalu dalam;pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpe­ngaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~;pendalaman perihal mendalamkan, tindak­an (proses dll) mendalamkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bajupakaian utk menutup badan; ~ alang baju kurung yg berlengan pendek; ~ anggerka ark baju dalam cara India; ~ antakesuma = ~ layang sl baju utk terbang; ~ antari = ~ lantari ark baju spt baju anggerka (cara Arab); ~ ayat = ~ pelias ark baju belah yg berazimat; ~ bajang = ~ bersayap ark baju belah yg menyerupai ekor burung layang-layang; ~ basterop Id baju yg tidak ada kolar dan lengan; ~ belah bakung ark baju yg berlengan pendek (berbelah di bahu); ~ belah benian = ~ bunian sj baju belah; ~ belah Bentan = ~ Bentan = ~ Mintan ark baju belah yg pergelangan lengannya berbelah; ~ besi baju drpd besi (dipakai dlm peperangan); ~ beskat = ~ weskot baju yg dipakai di bawah baju kot; ~ bidadar ark baju kot pengantin baru; ~ bakdung ark baju yg berbutang di belakang; ~ Cina baju potongan Cina; ~ dalam anak baju; ~ hujan sj baju labuh drpd bahan kalis air, mis plastik yg dipakai utk melindungi seseorang drpd dibasahi air hujan; ~ jas Id kot; ~ (kanji) perak = ~ kanji perap = ~ kain jiperak ark anak baju; ~ Johor a) baju Melayu yg tidak berkolar; b) baju kurung; ~ kebaya baju perempuan, yg pendek dan berbelah di bahagian dada; ~ kemeja baju potongan Eropah; ~ kepuk baju yg berleher tinggi; ~ kuntum sj baju potongan Melayu; ~ kurung baju yg tidak berbelah dada; ~ kutang anak baju (perempuan); ~ maskat ark baju dalam yg diikatkan di belakang; ~ Melayu baju laki-laki potongan Melayu; ~ monyet Id sj baju anak-anak (baju dan seluar bersambung); ~ panas a) = ~ sejuk b) anak baju; ~ pendapan = ~ pendepan = ~ pendipun = ~ mendipun = ~ jipun ark baju Sumatera yg dihiasi bunga drpd emas perada; ~ pesak sebelah ark baju belah yg dadanya dua lapis; ~ pokok ark baju belah yg tidak berlengan; ~ rantai sj baju besi drpd rantai kecil-kecil; ~ sejuk = ~ panas baju yg dipakai utk memanaskan badan; ~ seroja = ~ teratai ark baju Sumatera yg berbunga benang emas; ~ sikap sj baju Jawa berlengan panjang; ~ songsong barat sl baju antakesuma; ~ tapung sj baju Bugis; ~ Teluk Belanga baju Melayu; ~ toro ark baju Jawa yg dipakai oleh pelayan; ~ indah dr balai, tiba di rumah menyarungkan prb hukum yg telah putus dan tidak boleh dibanding lagi; bagai memakai ~ sempit prb perbuatan yg tidak sesuai dgn keadaan diri; mengukur ~ di badan sendiri prb kejahatan kita jangan dijadikan pengukur kejahatan orang lain (atau darjat kita jangan disamakan dgn darjat orang lain); mencabik ~ di dada prb meceritakan aib sendiri;berbaju memakai baju;membajui mengenakan (memakai) baju kpd: ~ boneka.Kamus Dewan Edisi Keempat
bikinipakaian yg terdiri drpd semacam coli dan seluar dalam, yg dipakai oleh wanita utk berenang atau berjemur;berbikini memakai bikini: banyak iklan menggunakan gambar wanita ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
bajupakaian utk menutup bahagian badan sebelah atas atau kadang-kadang juga utk menutup seluruh tubuh: ~ dalam; ~ hujan; ~ mandi; ~ tidur dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bajupakaian utk menutup bahagian badan sebelah atas atau kadang-kadang juga utk menutup seluruh tubuh: ~ dalam; ~ hujan; ~ mandi; ~ tidur dll.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas