pakat | 1. muafakat, pembicaraan, perundingan: Sabariah dan Mak Minah telah putus ~; 2. ark perjanjian; sepakat setuju, sependirian, seia sekata: saya ~ seratus peratus dgn Yahya; mereka hampir ~ mengatakan bahawa Aini sedang bertengkar; kata ~ persetujuan; bersepakat semuafakat, sepakat, setuju; menyepakati menyetujui: mereka mengandaikan bahawa tidak ada isu yg tidak dapat disepakati; kesepakatan perihal sepakat (semuafakat), persetujuan: mesti diminta dahulu ~ kaum kerabat; Majlis Bahasa Indonesia dan Malaysia berjaya menghasilkan ~ utk mewujudkan keselarasan ejaan antara kedua-dua negara itu; persepakatan permuafakatan, persetujuan; berpakat bermuafakat, berunding: ada yg ~ akan pergi mandi-manda di pulau itu; memakati 1. memuafakati, menyetujui; 2. menasihati; pakatan 1. perjanjian: ~ keselamatan Asia; 2. persekutuan yg bermaksud jahat, komplot: ~ utk membunuh Presiden; ~ sulit pakatan antara dua pihak atau lebih utk melakukan sesuatu perbuatan dgn tujuan utk memudaratkan pihak ketiga, atau utk maksud yg tidak sah di sisi undang-undang, atau utk memperdayakan badan kehakiman atau kehakiman semu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pakatan | 1. perjanjian: ~ keselamatan Asia; 2. persekutuan yg bermaksud jahat, komplot: ~ utk membunuh Presiden; ~ sulit pakatan antara dua pihak atau lebih utk melakukan sesuatu perbuatan dgn tujuan utk memudaratkan pihak ketiga, atau utk maksud yg tidak sah di sisi undang-undang, atau utk memperdayakan badan kehakiman atau kehakiman semu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pak IV | 1. ark pakatan (antara negara-negara dll), pakta, perjanjian; 2. bp tempat hiburan (permainan, judi, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekutu | 1. kawan yg turut sama dlm sesuatu pakatan (perniagaan, perusahaan, dll), teman yg turut dlm sesuatu pakatan (pergabungan dll): kabilah banu Bakar ~ kaum Quraisy; negara-negara ~; 2. turut terlibat atau ber-salah (dlm kejahatan dll): orang yg menerima rasuah itu dianggap ~ dgn pemberi rasuah; 3. gabungan (drpd beberapa negeri, badan, dll), syarikat: Raja Sharif Hussain menyata-kan perlawanannya terhadap Turki dan menggabungkan diri dgn pihak ~; bersekutu 1. berkawan (utk melakukan se-suatu), bersahabat: Vietnam dan Malaysia ~ dlm perjuangan mengekalkan kebebasan dgn keperibadian sendiri; 2. bergabungan dgn (supaya lebih kuat, besar, dll), bersatu, bersepakat: mereka telah ~ dgn kabilah-kabilah Arab utk menyerang Madinah; negeri-negeri ~; 3. merupakan pergabungan (perhimpunan), berkelompok: gajah ialah binatang yg hidup ~; menyekutui 1. mengawani (menemani) dlm sesuatu pakatan; 2. bersekutu (bersahabat, bersubahat, dll) dgn; menyekutukan menganggap sbg sekutu (bersekutu): jangan sekali-kali ~ Allah dgn sesuatu yg lain; persekutuan 1. pergabungan (persatuan dll) utk kepentingan bersama ahli-ahli; 2. pergabungan negara-negara dll: P~ Tanah Melayu; 3. Id syarikat perdagangan (perusahaan dll), perkongsian; penyekutuan proses (perbuatan) menyekutukan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyekutui | 1. mengawani (menemani) dlm sesuatu pakatan; 2. bersekutu (bersahabat, bersubahat, dll) dgn; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerukunan | 1. perihal hidup rukun, kesepakatan: ~ hidup dlm masyarakat; 2. perasaan rukun (bersatu hati). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersubahat | 1 berasa syak; berasa ragu-ragu. 2 bekerjasama dlm sesuatu pakatan jahat dll: Orang-orang yg ~ dgn musuh akan dihukum bunuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sekutu | 1 kawan(-kawan) yg turut serta dlm sesuatu pakatan; orang yg menjadi teman utk melakukan sesuatu: Dlm peperangan dunia kedua dahulu, Itali telah menjadi ~ Jerman. | Kamus Pelajar |
komplot | , 1 = komplotan kumpulan orang yg bertujuan melakukan kejahatan; kumpulan sulit yg berniat jahat; kumpulan samseng. 2 rancangan atau pakatan sulit bertujuan melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan dsb): Satu ~ yg hendak menimbulkan kekacauan telah diketahui polis. Beliau mendakwa ada ~ yg berusaha menimbulkan permusuhan antara kita semua. berkomplot bermuafakat utk melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan, dsb): Kesemua yg ditangkap itu dituduh menjalankan gerakan haram dgn ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
subahat | 1 perasaan kurang percaya; ragu-ragu; syak. 2 orang yg bekerjasama dlm sesuatu perbuatan jahat (spt bekerjasama dgn musuh). bersubahat 1 berasa syak; berasa ragu-ragu. 2 bekerjasama dlm sesuatu pakatan jahat dll: Orang-orang yg ~ dgn musuh akan dihukum bunuh. persubahatan perbuatan bersubahat: ~nya dgn kumpulan itu telah lama diketahui polis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |