Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pakatan antara dua pihak atau lebih utk melakukan sesuatu perbuatan dgn tujuan utk memu­daratkan pihak ketiga, atau utk maksud yg tidak sah di sisi undang-undang, atau utk mem­perdayakan badan kehakiman atau kehakim­an semu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pakat
Kata Terbitan : sepakat, bersepakat, menyepakati, kesepakatan, persepakatan, berpakat, pakatan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pakatan sulitpakatan antara dua pihak atau lebih utk melakukan sesuatu perbuatan dgn tujuan utk memu­daratkan pihak ketiga, atau utk maksud yg tidak sah di sisi undang-undang, atau utk mem­perdayakan badan kehakiman atau kehakim­an semu.Kamus Dewan Edisi Keempat
penangkapanperihal menangkap, peme­gangan, penahanan, dll: pakatan sulit itu gagal dan ~ beramai-ramai telah dijalan­kan;Kamus Dewan Edisi Keempat
komplot, 1 = komplotan kumpulan orang yg bertujuan melakukan kejahatan; kumpulan sulit yg berniat jahat; kumpulan samseng. 2 rancangan atau pakatan sulit bertujuan melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan dsb): Satu ~ yg hendak menimbulkan kekacauan telah diketahui polis. Beliau mendakwa ada ~ yg berusaha menimbulkan permusuhan antara kita semua. berkomplot bermuafakat utk melakukan kejahatan (jenayah, kekacauan, dsb): Kesemua yg ditangkap itu dituduh menjalankan gerakan haram dgn ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pakatan1. perjanjian: ~ keselamatan Asia; 2. persekutuan yg bermaksud jahat, komplot: ~ utk membunuh Presiden; ~ sulit pakatan antara dua pihak atau lebih utk melakukan sesuatu perbuatan dgn tujuan utk memu­daratkan pihak ketiga, atau utk maksud yg tidak sah di sisi undang-undang, atau utk mem­perdayakan badan kehakiman atau kehakim­an semu.Kamus Dewan Edisi Keempat
tangkap~ basah ditangkap ketika seseorang sedang melakukan kesalahan (khasnya dlm kes khalwat); ~ buta ki menuduh orang dgn sembarangan sahaja; ~ gambar mengambil gambar; ~ gunting sj gerakan utk mengenakan lawan dlm silat; ~ lelong membeli barang yg dilelong; ~ muat mengambil mana yg sempat (ada) sahaja; ~ wap tidak berhasil atau sia-sia sahaja (perbuatan);bertangkap sl berkelahi seorang melawan seorang, bergelut, bergomol, bergusti: kedua-duanya ~, bergigit sama bercucuran darah; bertangkap-tangkapan saling bertangkap (bergelut): dua ekor harimau yg tengah ~ dgn hebat; menangkap 1. memegang sesuatu dgn tangan atau alat, memegang sesuatu yg ber­gerak cepat dll (dan tidak melepaskan­nya), me­m­erangkap binatang dsb: sukar utk ~ harimau; tempat ~ ikan; 2. menadah atau menyambut barang yg bergerak cepat atau yg dilemparkan: kamu dapati susah sangat hendak ~ bola apabila sebelah mata kamu ditutup; 3. mendatangi (menemui dsb) dan menahan orang yg berbuat kejahatan (melaku­-kan perbuatan jenayah dll), memberkas: se-baik-baik dia membuangkan pistolnya sahaja, mata-mata gelap itu ~nya; 4. mengam­­bil sbg tawanan, menawan: maka lasykarnya hulu-balang kedua itu semuanya habis dapat ditangkap oleh rakyat; 5. menerima atau memetik (siaran radio dll)): pembicaraan ini dapat ditangkap melalui mikrofon kita yg ter­sembunyi; 6. menerima atau dapat menger­ti (memahami, mengetahui, dll): dia masih tidak dapat ~ maksud kata-kata pengemis itu; 7. mencerap (dgn pancaindera), menang­gap: hanya beberapa orang yg dapat ~ maksud kata-katanya; 8. memberi hasil, mengena (pancing, jerat, dll): kailnya tidak ~; ~ angin ki tidak mendapat hasil sedikit jua pun; ~ bayang-bayang sia-sia sahaja; menangkapi menangkap berkali-kali, me­nangkap banyak-banyak, banyak yg ditang­kap: semua penjahat perang ditangkapi; menangkapkan menangkap sesuatu utk orang lain; tertangkap sudah ditangkap, terdapat, ter­kena (jerat dll), tertahan, tertawan; ~ basah = ~ tangan ditangkap (diketemui) sedang melakukan sesuatu (biasanya kejahatan); ~ muka bertemu muka dgn tiba-tiba; tangkapan 1. apa yg ditangkap, pendapatan menangkap, mangsa, tahanan: telinganya menangkap sesuatu yg menarik hati, tetapi ~ itu kurang jelas; 2. dlm keadaan tertang­kap, dlm tahanan: selepas drpd ~, aku sedar bahawa perjuangan kita hanya perjuangan kosong sahaja; ketangkapan (kena) penyakit yg datang dgn mengejut (dan boleh menyebabkan orang yg menghidapinya mati), apopleksi; penangkapan perihal menangkap, peme­gangan, penahanan, dll: pakatan sulit itu gagal dan ~ beramai-ramai telah dijalan­kan; penangkap 1. orang yg menangkap; ~ ikan nelayan; 2. alat utk menangkap; ~ suara alat utk menerima suara; sepenangkap sehasta (dr siku hingga ke buku jari).Kamus Dewan Edisi Keempat
pakat1. muafakat, pembicaraan, perundingan: Sabariah dan Mak Minah telah putus ~; 2. ark perjanjian; sepakat setuju, sependirian, seia sekata: saya ~ seratus peratus dgn Yahya; mereka hampir ~ mengatakan bahawa Aini sedang bertengkar; kata ~ persetujuan; bersepakat semuafakat, sepakat, setuju; menyepakati menyetujui: mereka mengandaikan bahawa tidak ada isu yg tidak dapat disepakati; kesepakatan perihal sepakat (semuafakat), persetujuan: mesti diminta dahulu ~ kaum kerabat; Majlis Bahasa Indonesia dan Malaysia berjaya menghasilkan ~ utk mewujudkan keselarasan ejaan antara kedua-dua negara itu; persepakatan permuafakatan, persetujuan; berpakat bermuafakat, berunding: ada yg ~ akan pergi mandi-manda di pulau itu; memakati 1. memuafakati, menyetujui; 2. menasihati; pakatan 1. perjanjian: ~ keselamatan Asia; 2. persekutuan yg bermaksud jahat, komplot: ~ utk membunuh Presiden; ~ sulit pakatan antara dua pihak atau lebih utk melakukan sesuatu perbuatan dgn tujuan utk memu­daratkan pihak ketiga, atau utk maksud yg tidak sah di sisi undang-undang, atau utk mem­perdayakan badan kehakiman atau kehakim­an semu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas