[pa.la] | ڤالا
Definisi : sj tumbuhan (pokok, bunga dan buahnya), Myristica fragrans; ~ burung = ~ paya sj tumbuhan (pokok kecil), penarahan kikik, pendarah kikik (paya), Knema intermedia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pa.la] | ڤالا
Definisi : ; sepala, sepala-pala, pala-pala kalau hendak (terlanjur, terpaksa), kalau benar-benar: ~ jahat, jangan alang kepalang; ~ bapa hamba mengasihi hamba, hantarkanlah hamba kpd ayah hamba; ~ mandi, biar basah prb jika hendak melakukan sesuatu biarlah betul-betul sampai kesudahannya (jangan setengah-setengah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pa.la] | ڤالا
Definisi : pada (tidak kurang dan tidak lebih), cukup; memala-malai 1. memada-madakan (mencukup-cukupkan) mana-mana yg ada sahaja; 2. melakukan (mengerjakan, mencuba, dll) sedikit-sedikit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pa.la] | ڤالا
Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan (pokok, bunga, atau buahnya), Myristica fragrans. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[pa.la] | ڤالا
Definisi : ; sepala, pala-pala, sepala-pala jika hendak atau terpaksa benar-benar; kerana sudah terlanjur ...: ~ mandi, biar basah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)