trengkas | (tréngkas) kaedah menulis dgn cepat dgn menggunakan palitan-palitan yg mudah atau simbol-simbol lain sbg menggantikan huruf, perkataan atau frasa; ilmu ~ pengetahuan mengenai kaedah menulis dgn cepat, stenografi; mengambil ~ membuat catatan sesuatu yg direncanakan (spt surat dsb) dlm tulisan trengkas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
palitan | hasil memalit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpalitan | diliputi dgn palitan: tubuhnya ~ lumpur, begitu juga baju dan seluarnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celorong-celoreng | (bkn baju askar) yg coraknya berupa palitan berbagai-bagai warna yg kehijau-hijauan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celorong | ; ~-celoreng (bkn baju askar) yg coraknya berupa palitan berbagai-bagai warna yg kehijau-hijauan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
palit I | sesuatu yg digunakan utk mengecat atau mewarnai (bibir, kening, dll); si ~ gila sl sj ubat guna-guna (pengasih); memalit mencalitkan (menyapukan) sesuatu (gincu dll) pd: kakinya disapu belaking, tubuhnya dipalit belacan; memalitkan mencalitkan (sesuatu) pd: ~ lipstik ke bibir; kemudiannya ia ~ perenjis yg basah ke atas dahi; terpalit 1. tercalit, tersapu: Tuan Sutan meraba-raba mukanya kalau-kalau ada lumpur ~; 2. ki terkait atau terlibat sama (dlm hal orang), terbabit; seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis ~ prb seorang yg membuat jahat (salah) semuanya mendapat nama buruk dll; palitan hasil memalit; berpalitan diliputi dgn palitan: tubuhnya ~ lumpur, begitu juga baju dan seluarnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |