palpitasi | ist denyutan jantung yg pantas, kuat atau tidak teratur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
palpitasi | (Ubat) denyutan jantung yg pantas, kuat atau tidak teratur, debaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
debaran | 1. debar: ~ jantung saya berkurang selepas mendengar penjelasannya; 2. (Ubat) denyutan jantung yg terlalu laju dan kuat, sehingga dirasai pesakit, palpitasi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
debar | denyut (jantung, nadi): ~ jantungnya makin cepat; berdebar, berdebar-debar berdenyut-denyut atau bergerak-gerak agak pantas (bkn jantung, kerana seseorang itu terperanjat, ketakutan, dsb): ketika hendak sampai di perkuburan, hatiku pun ~; mendebarkan menjadikan atau menyebabkan (jantung, nadi) berdenyut agak pantas (kerana timbul perasaan cemas, takut, dsb): penulis itu pandai benar mengarang cerita-cerita yg ~ jantung hati; saya baru saja mendapat berita yg ~; debaran 1. debar: ~ jantung saya berkurang selepas mendengar penjelasannya; 2. (Ubat) denyutan jantung yg terlalu laju dan kuat, sehingga dirasai pesakit, palpitasi; perdebaran denyutan (jantung, nadi) yg agak kencang, debaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |