pamah | 1. lembah, tanah yg rendah; 2. rendah (tanah): tanah yg ~; kawasan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berliput | 1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh: kebanyakan tanah pamah di lembah sungai ~ tebal dgn tanah lanar; 2. ki terselindung, tersembunyi: kata raja kata ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelembahan | 1. tanah rendah (di perkakian gunung atau bukit), tanah pamah (di kiri kanan sungai): di kebanyakan ~ sungai, tanahnya kaya dgn lanar; Merbok ialah sebuah pekan kecil di ~ Gunung Jerai, 2. ki jurang kehidupan, tempat yg paling rendah atau hina: kerana drpd pelembahan datangku, dan ke pelembahan aku mesti kembali; maka bebaslah mereka bergelumang dlm ~ maksiat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lembah | 1. tanah rendah (di perkakian gunung atau bukit), tanah pamah (di kiri kanan sungai): di kebanyakan ~ sungai, tanahnya kaya dgn lanar; Merbok ialah sebuah pekan kecil di ~ Gunung Jerai, 2. ki jurang kehidupan, tempat yg paling rendah atau hina: kerana drpd pelembahan datangku, dan ke pelembahan aku mesti kembali; maka bebaslah mereka bergelumang dlm ~ maksiat; ~ silikon kawasan tempat bertumpunya pelbagai industri yg berkaitan dgn teknologi maklumat; berlembah ada atau terdapat lembah (bkn tanah): kawasan itu rendah dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melantai | 1. membuat (memasang) lantai; 2. rata (tanah dll) spt lantai, pamah, tidak tinggi rendah; sudah patah baru hendak ~ prb sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lembang | 1 lekuk (ttg tanah, dahi dll). 2 menjadi lekuk atau dalam kerana dilalui air dll. melembang menyebabkan jadi lembang; melekukkan. lembangan tanah pamah yg rendah: ~ Murray-Darling mendapat hujan sedikit saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lembang I | 1. lekuk (tanah dll): tatkala anak raja itu jadi, ditumpu oleh bidannya akan kepala baginda, menjadi ~ sama tengahnya; 2. menjadi dalam (tanah yg dilalui air dll); 3.= lembangan tanah pamah yg rendah, lembah; melembang menyebabkan jadi lembang, melekukkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liput | ; berliput 1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh: kebanyakan tanah pamah di lembah sungai ~ tebal dgn tanah lanar; 2. ki terselindung, tersembunyi: kata raja kata ~; meliputi 1. menutupi, memenuhi: daratan kita sekarang pd suatu masa dahulu diliputi air; 2. ki menyeluruhi, melingkupi, menyelubungi: rancangan pembangunan yg menyeluruh ~ segenap daerah dan pelosok; wajah isterinya diliputi kemuraman; terliput 1. tertutup oleh sesuatu (air dll); 2. termasuk atau terlingkung (dlm sesuatu kawasan dll): di dlm nama-nama, ~ selebih-lebih sifat drpd segala sifat kelebihan dan kesempurnaan; liputan 1. sesuatu yg meliputi (menyeliputi, memenuhi, menutupi) sesuatu: ~ salji di kemuncak gunung; 2. = ~ berita perihal membuat laporan tentang sesuatu peristiwa atau satu siri peristiwa (dlm jurnal, akhbar, dsb): dia ditugaskan membuat ~ dlm persidangan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanah | 1 lapisan bumi yg di atas sekali (tempat orang mendirikan rumah, bercucuk tanam dll): Beliau telah membeli sebidang ~ seluas lima ekar di Sabak Bernam. 2 kawasan bumi yg bersempadan, yg diperintah oleh sebuah kerajaan atau yg diduduki oleh sesuatu bangsa: ~ Melayu; ~ Jawa. 3 warna dasar pd kain dll. ~ datar (pamah) tanah yg rata. ~ gambut tanah lembut yg bercampur dgn tumbuh-tumbuhan yg reput. ~ gembur tanah yg subur yg terdiri drpd campuran pasir, tanah liat dan bahan organik yg reput. ~ jajahan negeri (negara) yg dijajah oleh negara asing. ~ liat tanah yg lekat apabila basah dan menjadi keras apabila dipanaskan (biasanya digunakan utk membuat bata dll). ~ merah tanah liat yg di dlmnya terdapat zat besi dan biasanya digunakan utk membuat jalan. ~ pusaka tanah yg diwarisi turun-temurun. ~ rizab tanah simpanan atau tanah yg dikhaskan utk sesuatu tujuan atau utk sesuatu golongan. ~-tanih segala macam tanah. ~ tumpah darah tempat seseorang dilahirkan. ~ usang tanah yg tidak subur lagi. ~ wakaf tanah yg didermakan utk kegunaan orang ramai. bertanah mempunyai tanah; memiliki tanah: Orang-orang yg tidak ~ hendaklah diberi tanah hutan yg baru dibuka supaya mereka dpt bercucuk tanam, berkebun dan berladang. pertanahan hal-hal mengenai tanah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tambak I | 1. timbunan tanah dll utk menahan air, bendung, benteng, gili-gili; 2. jalan dll yg dibuat drpd timbunan tanah dll menyeberangi selat (tanah bencah dll): kalau hendak membuat jalan kereta api di tanah pamah pula, maka terpaksa dibuat ~ yg bertepi curam; 3. kolam di tepi laut (diberi berbatas) utk memelihara ikan, tebat; menambak 1. menimbunkan (melonggokkan) tanah dll supaya tinggi: ia melihat tanah yg tinggi spt ditambak; 2. menimbun (lubang dll) dgn tanah dll, menimbus: jika jalan itu becak hendaklah ditambak supaya air hujan tidak bertakung; 3. menurap jalan dll dgn tanah, melepa, menampali; 4. membina tambak pd, membuat benteng pd, membentengi dgn tambak: mereka sedang ~ tebing sungai itu dgn tanah; 5. ki memberi (barang) banyak-banyak kpd, menghadiahkan banyak-banyak; 6. ki melepa ubat pd, membubuh ubat (pd luka dll); 7. ki menahan atau menyekat sesuatu (supaya jangan keluar dll), membendungi; ~ gunung menggarami laut prb memberi pertolongan kpd orang yg sekali-kali tidak perlu ditolong; penambak sesuatu yg dijadikan tambak (tanah, batu, dll): tanah itulah hendak dibuatnya ~ di seberang sini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |