Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : denda atau ganti rugi (kerana melukai orang dll): membayar ~ yg patut; memampas membayar denda atau ganti rugi (kerana melukai orang dll); memampasi membayar pampasan (ganti rugi) kpd seseorang (kerana mengalami kemalangan, kerugian dsb): kerajaan akan ~ setiap tuan tanah yg tanah mereka terlibat dlm projek pelebaran jalan itu; pampasan 1. wang (barang dll) yg dibayar sbg ganti rugi: wang ~; ~ perang; 2. = pe­mampasan perihal membayar ganti rugi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ganti rugi yg dibayar oleh pihak tertentu kerana kecederaan, kemalangan dsb. memampas membayar ganti rugi (kerana kemalangan dsb). memampasi membayar ganti rugi (kerana kemalangan dsb) kpd seseorang: Kerajaan akan ~ setiap tuan tanah yg tanah mereka terlibat dlm projek tsb. pampasan wang dll yg dibayarkan sbg ganti rugi: ~ perang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pampas
Kata Terbitan : memampas, pampasan,

Peribahasa

Mencencang memampas,
     membunuh membangun.

Bermaksud :

Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Merebut merampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah encang memberi pampas). (Bandingkan dengan: Yang mencencang memampas). pampas = ganti rugi; membangun = denda, ganti rugi.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pampas IIkawasan padang rumput yg luas di Amerika Selatan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pampas Iganti rugi yg dibayar oleh pihak tertentu kerana kecederaan, kemalangan dsb. memampas membayar ganti rugi (kerana kemalangan dsb). memampasi membayar ganti rugi (kerana kemalangan dsb) kpd seseorang: Kerajaan akan ~ setiap tuan tanah yg tanah mereka terlibat dlm projek tsb. pampasan wang dll yg dibayarkan sbg ganti rugi: ~ perang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pampas IIdataran berumput yg luas di kawasan iklim sederhana di Amerika Selatan terutama di Argentina.Kamus Dewan Edisi Keempat
pampas Idenda atau ganti rugi (kerana melukai orang dll): membayar ~ yg patut; memampas membayar denda atau ganti rugi (kerana melukai orang dll); memampasi membayar pampasan (ganti rugi) kpd seseorang (kerana mengalami kemalangan, kerugian dsb): kerajaan akan ~ setiap tuan tanah yg tanah mereka terlibat dlm projek pelebaran jalan itu; pampasan 1. wang (barang dll) yg dibayar sbg ganti rugi: wang ~; ~ perang; 2. = pe­mampasan perihal membayar ganti rugi.Kamus Dewan Edisi Keempat
pampas IIkawasan padang rumput yg luas di Amerika Selatan.Kamus Pelajar
pampas Iganti rugi yg dibayar oleh pihak tertentu kerana kecederaan, kemalangan dsb. memampas membayar ganti rugi (kerana kemalangan dsb). pampasan wang dll yg dibayarkan sbg ganti rugi: ~<i> perang.i>Kamus Pelajar
salah I1. tidak benar, tidak betul: dia boleh membezakan antara yg ~ dan yg benar; jawab-an kamu ~; 2. tidak tepat (sasaran, maksud, dll), tidak kena: kakinya terkehel kerana ~ menendang bola; 3. tidak baik, tidak layak, tidak patut, cacat, cela: Kolonel Farquhar itu pergi ke Siak meminta tempat hendak membuat negeri di Tanjung Jati, akan tetapi ~nya di sana apabila musim utara terlalu amat besar ombaknya; ~ sedikit baginda tidak berputera sayang sedikit baginda tidak berputera; 4. perbuatan yg menyalahi hukum (aturan dll), perbuatan yg tidak patut (layak): itu ~nya sendiri; 5. = bersalah berbuat se-suatu yg menyalahi hukum (aturan dll), berbuat sesuatu yg tidak patut (tidak layak): lain yg ~, lain yg diseksa; dia didapati ~ kerana bersubahat dgn musuh-musuh negara; ~ adat tidak mengikut adat, melanggar adat; ~ agak = ~ duga = ~ kira = ~ sangka tidak betul telahannya; ~ ambil silap mengambil; ~ ambilan silap mengerti; ~ anggapan keliru; ~ angkuh Mn tidak patut pd pandangan orang; ~ asuhan tidak elok didikannya; ~ (sesat) air salah didikan (sukar utk diajar); ~ bantal berasa sakit pd tengkuk atau leher selepas bangun drpd tidur; ~ bawa tidak betul caranya mengamalkan sesuatu ajaran dsb; ~ bebal salah dan bebal, kesilapan dan kekeliruan kerana kebodohan; ~ benang Mn a) silap menenun sesuatu; b) sakit (badan); ~ besar kesilapan yg sangat besar; ~ cakap kesilapan ketika bercakap (menyebabkan orang lain sakit hati dll); ~ cerna sakit kerana tidak hadamnya makanan; ~ cetak kesilapan (yg dilakukan) pd waktu mencetak, ralat; ~ dengar tidak mendengar mesej, berita dsb dgn betul; ~ dorong terlanjur perbuatan; ~ duga silap menduga; ~ eja(an) silap mengeja; ~ faham tidak mengerti hal yg sebenarnya (silap mengerti); ~ gamak salah agak; ~ hati susah (sakit, men-dongkol, dll) hati; ~ jalan tersesat; ~ kain ter-selak kain (sehingga mendedahkan kemaluan atau pangkal paha); ~ kata tidak betul perkata-annya; ~ kena tidak kena pd tempatnya; ~ kira salah sangka, marah kerana salah mengerti; ~ laku kelakuan yg dianggap tidak bermoral atau tidak beretika: masalah ~ laku di kalangan pelajar yg merokok, menagih dadah, mencuri dan bergaduh; politik wang merupakan suatu kegiatan ~ yg serius yg boleh merosakkan perjuangan parti; ~ langkah a) silap melangkah; b) mendapat bencana dlm perjalanan kerana sial, sial; c) silap (tidak dgn sepatutnya) memulakan se-suatu; d) buruk perbuatan (maksud); ~ lihat = ~ mata = ~ pandang a) keliru pelihatan; b) melihat dgn maksud buruk; ~ mengerti salah tafsir; ~ mulut terlajak kata, terlepas cakap; ~ orang a) bukan orang yg dimaksudkan (kerana silap pandangan dll); b) bukan orang yg dapat dipermain-mainkan orang lain; ~ paduk tidak sepadan (pasangan suami isteri dll); ~ pakai silap memakai; ~ pandang menyangka orang yg dilihat sbg orang yg dikenali (sebenarnya tidak demikian); ~ periksa a) silap memeriksa; b) berbuat sesuatu yg tidak layak; ~ piantan bukan waktunya; ~ pilih tersilap memilih; ~ raba a) tersilap meraba; b) tuduhan (dakwaan) yg tidak tepat; ~ rasa a) perasaan yg tidak menyenangkan (buruk), berfirasat buruk; b) tidak senang hati; c) tidak tepat sangkaannya; ~ rupa (roman) Mn tidak layak pd pandangan orang; ~ sedikit a) berbeza sedikit; b) = ~nya sedikit sayang sedikit; ~ sangka tidak tepat sangkaannya, menyangka yg tidak benar; ~ semat salah faham; ~ sendi tergeliat, terseliuh; ~-silih bermacam-macam kesilapan; ~ tampa salah faham; ~ tanggap salah mengerti, salah memahami (sesuatu); ~ tangkap a) silap menangkap sesuatu atau seseorang; b) salah faham, salah mengerti; ~ tebak = ~ teka tidak benar telahan; ~ terima a) salah faham, salah mengerti; b) berasa marah kpd; ~ timbang a) silap menimbang; b) berat sebelah (men-jatuhkan hukuman dll); ~ tingkah tidak senonoh (tingkah laku), kurang sopan; ~ tubruk bp salah pegang; ~ urat terseliuh, tergeliat; ~ wisel Id, bp salah faham; ~ bunuh memberi balas, ~ cencang memberi pampas = ~ cencang memberi pampas, ~ bunuh membangun = ~ cotok berkudung paruh, ~ telan belah perut prb kesalahan mestilah dihukum menurut kadarnya (menurut adat yg telah ditetapkan); ~ makan memun-tahkan, ~ tarik mengembalikan, ~ langkah surut kembali prb kesilapan dlm sesuatu pekerjaan hendaklah dibaiki segera; jika ~ sebatang dicabut, ~ serumpun dibongkar, ~ separak dirambah prb hukuman haruslah dijatuhkan setimpal dgn kesalahan; berani kerana benar, takut kerana ~ prb bertindak kerana berada pd pihak yg benar; salah-salah 1. walaupun (sungguhpun, meskipun) salah: ~ dibebaskan juga; 2. jika tidak bernasib baik, jangan-jangan: ~ bersikap, takut akan tertuduh pula; bersalah 1. melakukan sesuatu yg salah (spt melanggar hukum dsb): jika aku yg ~, aku minta ampun; mereka menjatuhkan hukuman bunuh ke atas orang yg ~; 2. ada salahnya, mempunyai salah: sesiapa yg ~ lima, tidak akan lulus; bersalahan 1. berbeza drpd, berlainan: tempat itu sungguh baik, tiada ~ spt berita orang itu; 2. = bersalah-salahan ber­tentangan, tidak sesuai, tidak bersefahaman, berbantah: jangan kamu beri bercerai dan ~ ia dua bersaudara ini; menghukum sese-orang tanpa bukti yg nyata adalah ~ dgn hukum Allah; 3. Mn kurang sihat (badan); kebersalahan perihal (rasa, sikap dsb) ber-salah: kadang-kadang dlm penyaringan ini semacam terjadi ~; menyalah 1. menyimpang (halanya), menye-leweng; 2. tidak mengikut peraturan (undang-undang dll); 3. mengelak (tikaman dll), menangkis: Raja Ngah pun me­mejamkan matanya lalu menerkam, disalah oleh Bedurai; 4. Mn kurang sihat (badan); menyalahi 1. tidak mematuhi peraturan (undang-undang dsb), bersalahan dgn: adinda tiada mahu menyerangi tempat orang, ~ adat; unsur-unsur luar ini telah banyak ~ hukum morfologi; 2. tidak menyetujui, mem-bantah, menentang: Pateh itu orang besar, siapa dapat akan ~ katanya; 3. tidak mene-pati (janji dll); menyalahkan 1. menganggap salah: aku tidak mahu ~ sesiapa, baik pun engkau; 2. menangkis (tikaman, pukulan, dll), meng-elakkan: ia pun melompat ~ tikaman orang itu; 3. menyangkal (tuduhan dll), tidak mengakui; mempersalahkan menimpakan kesalahan kpd, menyatakan (seseorang dsb) bersalah: Kamallah yg harus dipersalahkan; tersalah 1. tidak sengaja membuat salah, tersilap: jikalau ada apa-apa yg ~ dan tersilap, saya pohonkan berbanyak maaf; menurutnya, penulis menggunakan kata-kata demikian kerana mereka ~ tafsir erti penggunaan bahasa dlm sastera; 2. tidak tepat; 3. tertuduh (melakukan kesalahan dll), disalahkan; ketersalahan perihal (atau keadaan) ter-salah: ~ ini akan membunuh seluruh generasi akan datang; kesalahan 1. perihal salah (perbuatan salah, kesilapan): lebih baik saudara mengaku sahaja ~ yg telah dilakukan itu; 2. di­persalahkan, dianggap salah, mendapat salah; pesalah orang yg didapati bersalah (kerana melanggar hukum dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas