Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sangat marah (benci); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sangat marah atau sangat benci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panas (adjektif)
1. Bersinonim dengan hangat: panas kuku, pesam, pesam kuku, panas pesam, suam, suam-suam kuku,
Berantonim dengan sejuk

2. Bersinonim dengan demam: hangat, dedar, radang, gerah, palak,
Berantonim dengan kebah

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan panas terik, berbahang, berkuap, bekuan cerah, terang,
Berantonim dengan redup

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sangat marah, berang, membara, naik darah, menggelegak, mendidih,

5. Bersinonim dengan genting: sengit, tegang, meruncing, hangat, kebal, berbahaya,

6. Bersinonim dengan sial: mendatangkan bala, merugikan, menyusahkan, tidak menguntungkan, suih,

Kata Terbitan : panas-panas, berpanas, memanaskan, kepanasan, pemanasan, pemanas,

Puisi
 

Sapa-sapa di tepi mahligai,
     Urat nanas jadikan ijuk;
Ilmu apa adik pakai,
     Hati yang panas menjadi sejuk.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bembam bukan terung.

Bermaksud :

Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan dengan sesuka hati. (Biasa juga: Nak bembam bukan terung). bembam (membembam) = membakar di dalam abu panas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
marah Iberasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka: ayah dan ibunya ~ kepadanya; per-kataan yg akhir itu ditekannya mengeluarkan suara ~ sedikit; ~ku kpd orang-orang Jepun yg mengebom padang kapal terbang Sungai Petani belum lagi hilang; kena ~ diberangi (digusari); naik (bangkit, timbul) ~ menjadi marah; kemarah-marahan sangat marah; memarahi marah kpd, memberangi, meng­gusari: dia sendiri terasa salah kerana ~ adik-nya; budak-budak yg bergayut itu telah dima-rahi oleh konduktor bas tersebut; memarahkan 1. (naik) marah kerana sesuatu: dia cuba hendak mengambil buku lain, tetapi Kintan segera ~nya; 2. menyebabkan jadi (naik) marah: perbuatan Wak Salleh menge-mis setiap minggu itu ~nya benar; marahan Jk enggan (tidak mahu) bercampur dgn orang lain kerana marah; kemarahan perihal marah, keberangan, ke­gusaran: perkara ini mungkin menimbulkan ~ orang kampung; pd saat itu, hilang ~, lemah segala sendi anggota; pemarah 1. orang yg cepat atau lekas marah: apakah suaminya ~ dan pencemburu? 2. ber­sifat atau lekas marah; amarah.Kamus Dewan Edisi Keempat
gusarberasa panas hati atau marah: Mengapa tuan ~ terhadap saya? menggusari berasa panas hati atau marah terhadap; memarahi: Dia berasa tidak senang kerana digusari gurunya. menggusarkan menyebabkan berasa gusar: Rengek anak kecil itu ~nya. kegusaran keadaan atau rasa gusar; kemarahan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gusarberasa panas hati atau marah: Mengapa tuan ~ terhadap saya? menggusari berasa panas hati atau marah terhadap; memarahi: Dia berasa tidak senang kerana digusari gurunya. menggusarkan menyebabkan berasa gusar: Rengek anak kecil itu ~nya. kegusaran keadaan atau rasa gusar; kemarahan.Kamus Pelajar
marah1 = kemarahan perasaan panas hati atau perasaan tidak senang hati kerana dihina (dikeji, diperlakukan kurang baik dll); perasaan yg menyebabkan seseorang mahu berkelahi: ~nya kpd pemuda yg kurang ajar itu masih belum hilang lagi. 2 (berasa) panas hati kerana dipermain-mainkan dll; (berasa) berang: Ia ~ sekali mendengar jawapan orang itu. memarahi melarang atau menegur seseorang dgn menuturkan kata-kata yg kasar; memberangi: Dia ~ adiknya kerana memecahkan botol dakwatnya. memarahkan menimbulkan marah; menyebabkan menjadi marah: Ucapannya itu telah ~ kaum keluarganya. kemarahan perasaan marah; kegusaran. pemarah orang yg cepat atau lekas marah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
radang1. panas badan, gerah, meriang, palak; naik ~ marah sungguh, panas hati, geram; 2. (Ubat) keadaan sesuatu bahagian badan atau organ menjadi bengkak, merah, panas, gatal dan sakit akibat jangkitan atau kecederaan: ~ paru-paru; ~ lidah penyakit bengkak-bengkak pd lidah (kerana kekurangan vitamin B2); ~ paru-paru sakit bengkak pd paru-paru, pneumonia; ~ tenggorok bengkak pd tenggorok, bronkitis; sakit ~ penyakit yg disebabkan oleh bengkak; meradang 1. radang: badannya ~; 2. naik radang, marah sungguh, panas hati: banyak orang yg ~ dan marah-marah apabila menerima surat dr pejabat kerajaan yg ditulis dlm bahasa Inggeris; meradangkan marah kpd, panas hati kpd: apa yg kauradangkan? keradangan 1. perihal radang, kemarahan: dlm pertemuannya nanti, dia akan dapat me­le­paskan kegeraman dan ~nya; 2. (Ubat) (keadaan) radang: jangkitan kuman pd salur-an pernafasan mengakibatkan ~ dan ke-bengkakan di saluran telinga tengah; kemeradangan perihal meradang; peradangan berkaitan dgn, menyebabkan jadi, atau cenderung menimbulkan radang (bkn penyakit): hepatitis adalah penyakit ~ di bahagian hati; peradang orang yg lekas panas hati (lekas marah): dia memang ~ benar orangnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
radang1 panas badan spt ketika akan demam: naik ~ marah sekali; panas hati. 2 bengkak yg agak merah dan terasa sakit kerana dijangkiti kuman: ~ lidah (penyakit) bengkak pd lidah. ~ paru-paru (penyakit) bengkak pd paru-paru. meradang 1 berasa panas badan: Badannya ~. 2 naik radang; panas hati: Mereka ~ kerana menerima layanan yg buruk. Dia ~ kpd anaknya yg sering mencuri duit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
panas hatisangat marah atau sangat benci.Kamus Pelajar Edisi Kedua
panas hatisangat marah (benci);Kamus Dewan Edisi Keempat
menggusariberasa panas hati atau marah terhadap; memarahi: Dia berasa tidak senang kerana digusari gurunya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menggusariberasa panas hati atau marah terhadap; memarahi: Dia berasa tidak senang kerana digusari gurunya. Kamus Pelajar
12345678910

Kembali ke atas