pancur | bp pancuran; memancur keluar atau memancar (air dll); terpancur keluar memancur, terpancar: dibukanya paip dan air pun ~lah ke badan Kadir; pancuran 1. air yg keluar memancur: bunyi ~ air; 2. cerat, paip air; 3. saluran tempat air dll mengalir (memancur): mereka telah pulang dr ~ mengisi perian betungnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pancur | 1 = pancuran hal atau keadaan keluar dr sesuatu dgn deras (bkn air dsb): bunyi ~ air. 2 = pancuran saluran yg mengalirkan air dgn deras; tempat air disalurkan supaya mengalir dgn deras: Emak masih di ~ membasuh kain. 3 = pancuran paip air. 4 alat utk menyalurkan susu getah ke dlm mangkuk; sudu getah. memancur keluar mengalir ke bawah dgn derasnya; memancar ke luar: Dr mulut patung itu, ~ air yg jernih. memancurkan mengalirkan ke bawah; mencucurkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pancur | 1 = pancuran hal atau keadaan keluar dr sesuatu dgn deras (bkn air dsb): bunyi ~ air. 2 = pancuran saluran yg mengalirkan air dgn deras; tempat air disalurkan supaya mengalir dgn deras: Emak masih di ~ membasuh kain. 3 = pancuran paip air. 4 alat utk menyalurkan susu getah ke dlm mangkuk; sudu getah. memancur keluar mengalir ke bawah dgn derasnya; memancar ke luar: Dr mulut patung itu ~ air yg jernih. memancurkan mengalirkan ke bawah; mencucurkan. | Kamus Pelajar |
pancuran | 1. air yg keluar memancur: bunyi ~ air; 2. cerat, paip air; 3. saluran tempat air dll mengalir (memancur): mereka telah pulang dr ~ mengisi perian betungnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjemput | 1. mencekut dgn hujung jari: ~ garam; 2. mengambil: ia ~ air di pancuran; 3. ki memetik, mengutip: kisah ini dijemput drpd Sejarah Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tadah | 1 menggunakan sesuatu utk menadah; menampungkan: Aziz ~ baldinya di bawah pancuran itu. | Kamus Pelajar |
menadahkan | 1 menggunakan sesuatu utk menadah; menampungkan: Aziz ~ baldinya di bawah pancuran itu. 2 mengangkat dan menelentangkan kedua-dua belah tangan spt akan menyambut sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menadahkan | 1 menggunakan sesuatu utk menadah; menampungkan: Aziz ~ baldinya di bawah pancuran itu. | Kamus Pelajar |
meningkat | 1. menginjak (tangga dll) utk naik ke atas, memanjat (pokok dll), menaiki (basikal dll): sedang mentuanya membawa perian dan labu ke pancuran, Basanai ~ pintu itu; 2. mencapai tingkat (angka dll), naik (meninggi, mengatas, dll), bertambah banyak (hebat, penting, dll): perbelanjaan utk pendidikan ~ dr setahun ke setahun; dgn ini jumlah kematian telah ~ ke angka 79 orang; keriangannya ~ dan ia berdiri memberi pidato tanpa rancangan; 3. berubah dlm keadaan (masa dll) yg lain: apabila ~ dewasa anak itu menjadi seorang pahlawan muda yg gagah berani; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paip | 1 saluran bulat drpd logam dll utk menyalurkan benda-benda cair atau gas: ~ minyak. 2 mulut tempat keluar sesuatu benda yg disalurkan; cerat pancuran air; pili. 3 alat drpd kayu dll utk menghisap tembakau. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |