medan | /médan/ 1 tanah lapang tempat mengadakan perlumbaan dll; padang; gelanggang: ~ perang kawasan tempat berperang. 2 lingkungan atau bidang sesuatu perkara: ~ politik lapangan politik; ~ orang pandai-pandai lingkungan pergaulan orang pandai-pandai. ~ elektrik ist kawasan yg mengandungi cas elektrik yg disebabkan pengaruh sesuatu jasad yg mempunyai cas elektrik. ~ graviti ist kawasan di sekitar sesuatu jasad yg sesuatu jasad lain mengalami daya tarikan graviti terhadap jasad tsb. ~ magnet kawasan di sekeliling magnet yg ada daya magnetnya atau ada tarikan magnetnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pandai | 1. cerdik, pintar: semua orang menerimanya menjadi ketua kerana ia ~; orang ~-~ orang yg terpelajar (berilmu); bijak (cerdik) ~ a) bijak (cerdik) dan pandai, terpelajar b) orang yg terpelajar, cendekiawan; 2. bijak, cekap, mahir: begitu ~ ia berpura-pura; 3. boleh, mampu, sanggup: sekarang dia sudah ~ membuatnya sendiri; 4. sesuka hati (ikut mana yg difikirnya elok), sekehendak hati: selama ini, ~ kakaklah memelihara ibu; 5. orang yg mahir dlm pertukangan dll, tukang, ahli; ~ besi tukang besi; ~ canai tukang mencanai pisau; ~ emas tukang emas; ~ hidup a) pandai mengendalikan penghidupannya (tidak boros dll); b) pandai bergaul dgn orang lain supaya tidak dibenci dll; ~ jatuh bp pandai mencari alasan dll utk menyelamatkan diri; ~ kayu tukang kayu; ~ lukis ark orang yg pandai membuat gambar, jurulukis, tukang lukis; ~ membawa untung sedar akan diri dan pandai mengambil hati orang supaya disukai dll; ~ tenggang (akal) pandai mencari akal; ~ ubat ahli ubat; ~ menyipat, tidak ~ menarah prb tahu menyuruh (memerintah) tetapi tidak tahu membuat kerja; ~ makan, ~ simpan prb pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia; sepandai-pandai bagaimana (betapa) pandai sekalipun: ~ tupai melompat, sekali akan gawal juga; berpandai-pandai Mn melakukan sesuatu tanpa berunding dahulu dgn orang lain: ~ engkau mengajak lakimu; memandai, memandai-mandai membuat sesuka hati, mengikut fikiran sendiri: kebanyakannya itu, kerananyalah yg ~ sendiri; ~ diri berpandai-pandai; memandaikan 1. sl membuat, membina; 2. menjadikan pandai: amanat guru adalah utk ~ murid; kepandaian kecerdikan, kemahiran, kepintaran: ada wang tetapi tidak ada ~, tidak boleh jadi juga; berkepandaian mempunyai kepandaian (kemahiran): ia tiada ~ suatu apa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sarjana | 1. orang yg pandai-pandai (bijak), ahli dlm ilmu pengetahuan, cendekiawan; 2. gelaran orang yg telah melengkapi pelajaran di universiti (telah mendapat ijazah); ~ muda gelaran orang yg telah mendapat ijazah pertama di universiti (sebelum ijazah sarjana); kesarjanaan 1. pengetahuan dan kemampu-an seseorang sarjana, kepandaian, keahlian: ~ ini penting di universiti; 2. hal-hal yg ber-kaitan dgn sarjana: nyatalah bahawa buku ini ialah sumbangan besar dlm perkem-bangan dan ~ Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sarjana | 1 orang yg ahli dlm sesuatu ilmu pengetahuan; orang yg pandai-pandai. 2 gelar utk orang yg telah mendapat ijazah “Master” atau “Doktorandus” atau “Doktoranda” dr universiti: ~ muda gelar utk orang yg telah mendapat ijazah pertama dr universiti. kesarjanaan hal-hal yg berkaitan dgn sarjana; keahlian; kepandaian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sarjana | 1 orang yg ahli dlm sesuatu ilmu pengetahuan; orang yg pandai-pandai. | Kamus Pelajar |
pendeta | (pendéta) 1. orang yg banyak ilmu (pandai-pandai); 2. ulama agama Hindu (Kristian dll); 3. orang yg bertapa (dlm cerita-cerita lama); kependetaan 1. sbg seorang pendeta: mereka lebih mengutamakan hidup ~; 2. darjah kebijaksanaan pendeta: rangkap-rangkap yg manakah yg buruk baiknya perlu dinilai oleh pendeta mengikut ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diri I | 1. batang tubuh, orang seorang, empunya badan: apalah nasib ~ku ini merantau di tempat orang, pandai-pandai membawa ~; nama (peng)ganti ~ Id kata ganti (aku, engkau, dll); nama ~ nama khas (Ali, Busu, Perak, dll); 2. sendiri (bukan orang lain), badan sendiri: membunuh ~; menyerah ~; memohon ~ meminta izin hendak pulang atau beredar; 3. sl awak, kamu, engkau (semua): hai Dang Saji, Dang Merdu! Bermainlah ~ barang rupanya di hadapan Tun Tuah ini; kedirian ark peribadi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerdik | 1 lekas mengerti dan pandai mencari akal; berakal; pintar: Anak-anak yg ~ telah dpt melompat darjah. 2 banyak tipu muslihatnya; pandai berputar belit; licin; licik: Orang lurus makanan orang ~. ~ buruk pandai atau suka menipu. ~ pandai (orang yg) cerdik lagi pandai; (orang yg) terpelajar; cendekia. mencerdikkan menjadikan seseorang cerdik: Kita hendaklah berusaha menuntut ilmu kerana ilmu tidak turun dr langit utk ~ insan. kecerdikan 1 sifat atau keadaan cerdik; kepintaran. 2 sifat atau keadaan pandai menipu; kelicinan. secerdik-cerdik bagaimana cerdik sekalipun: ~ dia, akhirnya tertipu juga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
piawai | 1 pandai melakukan sesuatu; pintar: pasukan tentera yg ~. 2 diterima sbg yg rasmi dan sah (bkn sesuatu sukatan, mutu barang-barang dll); standard: waktu ~ waktu yg rasmi bagi sesuatu kawasan. 3 yg ditetapkan atau yg menjadi asas (bkn sesuatu sukatan, mutu dll) kerana sudah diuji. bungkal yg ~ a. anak timbangan yg betul. b. keputusan yg adil. piawaian yg berhubung dgn hal-hal piawai: Pusat ~ Malaysia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pakar | 1 pandai sekali; banyak pengetahuannya; mahir; bijak: Dia memang ~ dlm bidang pertanian. 2 orang yg ahli dlm sesuatu bidang: ~ ekonomi; Bapanya ~ dlm bidang perubatan. kepakaran pengetahuan dan kemahiran seseorang pakar: Pelantikan beliau sbg pensyarah di universiti itu merupakan satu penghormatan terhadap ~nya dlm bidang bahasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |