lihai | C 1. bp tajam (senjata dll); 2. bp pintar, licin (pandai mengakali dll), pandai; kelihaian perihal lihai, kepintaran: ~nya dapat dibuktikan melalui peranannya di kampung itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
licik | 1 licin spt jalan berlumpur (terutama selepas hujan). 2 ki pandai mengakali atau menipu; curang. kelicikan keadaan atau sifat licik; kepintaran mengakali atau menipu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bodoh | tidak mudah mengerti ketika mempelajari sesuatu; tidak pandai: Orang ~ tidak dpt membezakan mana yg baik dan mana yg tidak. membodohkan, = membodoh-bodohkan 1 membiarkan bodoh; menjadikan bodoh. 2 menganggap bodoh; memperlakukan sbg orang bodoh: Jangan suka ~ orang lain. 3 menipu; mengakali. kebodohan sifat atau keadaan bodoh; kedunguan: Beliau tertawa memikirkan ~ Pak Kaduk yg mudik ke hulu ketika air surut. sebodoh-bodoh bagaimana bodoh sekalipun: ~ aku, aku tidak akan menyerah kalah begitu saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bodoh | tidak mudah mengerti ketika mempelajari sesuatu; tidak pandai: Orang ~ tidak dpt membezakan mana yg baik dan mana yg tidak. membodohkan, = membodoh-bodohkan 1. membiarkan bodoh; menjadikan bodoh. 2. menganggap bodoh; memperlakukan sbg orang bodoh: Jangan suka ~ orang lain. 3. menipu; mengakali. kebodohan sifat atau keadaan bodoh; kedunguan: Beliau tertawa memikirkan ~ Pak Kaduk yg mudik ke hulu ketika air surut. | Kamus Pelajar |
buaya I | 1. sj reptilia besar berkulit tebal, berbadan panjang dan hidup di air: Crocodilus spp.; jenis-jenisnya: ~ katak = ~ tembaga, Crocodilus porosus; ~ jolong-jolong = ~ jenjulung, Tomistoma schlegeli; ~ serunai, Crocodilus siamensis; 2. = ~ darat ki lelaki yg suka menukar-nukar pasangan wanitanya dan meninggalkan mereka setelah dinodai; adakah ~ menolak bangkai prb orang yg jahat tidak akan meninggalkan kesempatan utk membuat kejahatan; air tenang, jangan disangka tiada ~ prb orang yg tidak banyak cakap itu, jangan dipermudah (jangan disangka tiada berani dll); bergalah ke hilir tertawa ~, bersuluh di bulan terang tertawa harimau prb perbuatan yg sia-sia itu ditertawakan orang; kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ~, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil-kecil prb kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang besar, jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; tak akan terlawan ~ menyelam air prb tidak mungkin kita melawan orang yg kaya (berkuasa, pandai, dll); tak usah diajar anak ~ berenang, ia sudah pandai juga (sedia) prb tidak usah diajar orang yg sudah tahu; membuaya 1. menyerupai buaya, merangkak, meluncur; 2. berkelakuan spt buaya darat; membuayai 1. menipu, mengakali; 2. menggertak;kebuayaan sifat atau perbuatan buaya darat, sifat suka mempermainkan perempuan: ia hendak mendedahkan ~ pemuda-pemuda kota di dlm novelnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akal | 1. budi, fikiran: ceritanya termakan oleh ~; 2. daya upaya, ikhtiar; menjalankan bermacam-macam ~ menjalankan bermacam-macam ikhtiar; 3. muslihat, tipu daya: itu ~nya sahaja; ~ budi fikiran yg sihat; ~ bulus = ~ kancil = ~ ubi tipu muslihat yg licin; ~ dua jengkal berasa diri sama dgn orang lain; ~ geladak tipu muslihat yg jahat; ~ melintas fikiran yg mendatang; ~ sari sl satu hari nanti; ~ sejengkal berasa diri lebih drpd orang lain; ~ tiga jengkal berasa diri kurang drpd orang lain; ~ akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah dlm bersoal jawab; ~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba prb tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna; ilmu dan ~ dihalai-balaikan itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah menyelidiki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan; lubuk ~ tepian ilmu prb dikatakan kpd orang yg pandai; akal-akal pura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah; seakal; ~-akal = ~ budi = sebudi ~ sekuat-kuatnya, dgn segenap tenaga dan fikiran; berakal mempunyai akal (fikiran), cerdik (dapat berfikir), pandai mencari akal (ikhtiar): manusia ialah makhluk yg ~; mengakali 1. mencari akal (ikhtiar) utk melakukan sesuatu: diakalinya agar dapat mengahwini puteri itu; 2. menipu, memperdaya: tidak baik ~ cikgu; mengakalkan mencarikan ikhtiar (daya upaya); terakalkan dapat difikirkan oleh akal: apakah yg diliputi dan yg ~? | Kamus Dewan Edisi Keempat |