Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tilikan1 pandangan atau penglihatan yg sungguh-sungguh. 2 hasil menilik; tenungan; ramalan: Mengikut ~ ahli nujum, putera itu akan menjadi raja yg masyhur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengantar1 pandangan umum yg ringkas ttg isi buku, ceramah, dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tilikan1. pandangan, pelihatan: licin muka ~ manusia, suci hati ~ Tuhan; 2. tenungan, ramalan, telahan: ~nya tidak menyimpang, belum setahun berlalu kejadian telah ber­laku; 3. = penilikan pimpinan, pengen­dalian, kawalan, pengawasan: Marah Adil dimintanya agar belajar berniaga lebih dahulu di bawah ~nya dan pimpinannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
antar; pengantar 1 pandangan umum yg ringkas ttg isi buku, ceramah, dsb. kata ~ kata alu-aluan oleh tokoh tertentu (yg mengandungi kata pengenalan atau ulasan) utk sesebuah buku dsb; mukadimah. 2 sesuatu (bahasa) yg digunakan utk menyampaikan maklumat, spt ilmu pengetahuan: Bahasa Melayu digunakan sbg bahasa ~ di sekolah itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melingar1. tidak tetap (pandangan); 2. memalingkan pandangan dgn cepat.Kamus Dewan Edisi Keempat
lingar; melingar 1. tidak tetap (pandangan); 2. memalingkan pandangan dgn cepat.Kamus Dewan Edisi Keempat
pandangpenglihatan terhadap sesuatu: melayangkan ~ melihat jauh-jauh; selayang ~ penglihatan sepintas lalu. berpandang-pandangan saling melihat; sama-sama melihat antara satu dgn yg lain: Orang besar-besar itu pula ~ antara satu dgn yg lain. memandang 1 menggunakan mata utk mengetahui; melihat: Perempuan tua itu ~ muka Abdullah dgn mata yg tidak berkelip-kelip. 2 menyetujui menerima sbg; menganggap: Saya ~nya sbg adik saya sendiri. 3 mengambil berat atau mengambil kira ttg; mempedulikan; memikirkan: Keadilan tidak ~ pangkat atau harta. ~ berat menganggap penting. ~ enteng (mudah, ringan) menganggap enteng (mudah, ringan). ~ rendah tidak menghormati; menganggap rendah. ~ serong menganggap tidak baik atau tidak jujur; tidak mempercayai. ~ tinggi menaruh rasa hormat (terhadap seseorang). memandangkan membuat pertimbangan berdasarkan sesuatu: ~ kemahiran dan pengalamannya yg luas, beliau dilantik sbg pengurus. terpandang 1 dpt dilihat; kelihatan; tampak: Tiba-tiba ~ olehku ular sawa melulur kambing. 2 tidak sengaja atau tiba-tiba saja memandang: Apabila keluar dr biliknya, ia ~ akan seorang gadis yg cantik. pandangan 1 apa-apa yg dipandang; sesuatu yg dipandang. 2 hal memandang; renungan: Ia memusatkan ~nya pd pengemis itu. 3 apa-apa yg difikirkan ttg sesuatu; anggapan: ~nya terhadap masalah pendatang haram masih tetap tidak berubah. ~ darat pandangan yg jelas mengenai sesuatu kawasan. berpandangan mempunyai anggapan atau pendapat (ttg sesuatu); berpendapat: Beliau ~ bahawa segala usaha akan ada hasilnya. pemandangan 1 kebolehan memandang; kekuatan mata utk memandang: ~nya sudah kabur. 2 keadaan alam sekeliling yg dpt dipandang: Di Malaysia, terdapat banyak ~ yg cantik dan menarik. 3 perbuatan (cara, hal dsb) memandang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
silap1. salah pandangan atau perasaan (dgn yg sebenarnya); ~ faham tidak memahami apa yg sebenarnya; 2. sl sulap, sunglap: tukang ~; 3. = ~ hati tidak ingat apa-apa (kerana terlalu marah dll); 4. salah yg tidak disengajakan, khilaf: kalau saya tidak ~, umurnya baru tiga puluh tahun; ~ gayung Kl telah melakukan sesuatu yg salah; ~ langkah tidak mengambil tindakan, keputusan dsb yg betul sehingga boleh men­datangkan kesan yg buruk; ~ mata a) sj permainan yg mengelirukan pandangan or­ang lain (membuat sesuatu yg aneh-aneh dll), sulap, sunglap; b) salah pandangan; c) silau; d) agak lupa, tidak sedar; ~ cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja prb memperkatakan sesuatu perkara hendaklah hati-hati benar kerana buruk pa­dahnya; ~ mata, pecah kepala prb kalau ku­rang hati-hati tentu akan mendapat bencana; menyilap menjadikan silap (pandangan dll), mengelirukan, menipu; tersilap (telah) melakukan kesalahan dgn tidak sengaja, tersalah, terkhilaf; kesilapan perihal silap, kekeliruan, ke­khilafan; penyilap 1. tukang silap mata, tukang sunglap; 2. penipu.Kamus Dewan Edisi Keempat
pandangan1 apa-apa yg dipandang; sesuatu yg dipandang. 2 hal memandang; renungan: Ia memusatkan ~nya pd pengemis itu. 3 apa-apa yg difikirkan ttg sesuatu; anggapan: ~nya terhadap masalah pendatang haram masih tetap tidak berubah. ~ darat pandangan yg jelas mengenai sesuatu kawasan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengisarkan1 menjadikan berpusing (bkn roda dll); memutarkan. 2 memindahkan atau mengubah (mengalih) kedudukan sesuatu: ~ pandangan mengalih pandangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas