pandu | 1 = pemandu orang yg menunjukkan jalan; penunjuk jalan: Mereka berburu binatang dan mengambil upah menjadi ~ di dlm hutan. 2 kapal yg menunjukkan jalan di pelabuhan. 2 pertubuhan antarabangsa yg bertujuan mendidik ahli-ahlinya supaya berdisiplin serta berdikari dll; pengakap: ~ puteri pengakap wanita. berpandu menggunakan penunjuk jalan; ada pandunya: peluru ~. berpandukan menggunakan sesuatu sbg ikutan; berpedomankan: Membina rumah dgn ~ pelan. memandu 1 menunjukkan jalan: Siapa yg akan ~ kita di sana nanti? 2 mengendalikan (kenderaan) supaya bergerak mengikut arah yg betul; menjalankan (kereta dll): ~ kereta dgn cermat supaya jiwa selamat. 3 berlaku sbg ketua kpd; menjadi ketua kpd sesuatu pergerakan dll; memimpin: Dialah yg ~ rakyat menentang penjajahan. 4 ki membawa ke arah yg benar; menunjukkan jalan: Agama yg dibawa oleh rasul itu diperlukan oleh manusia utk ~ dan mengawal akal. panduan 1 sesuatu yg dijadikan pegangan atau ikutan; petunjuk: Pegawai-pegawai pertanian sentiasa memberikan ~ kpd orang-orang kampung ttg cara menjaga tanam-tanaman mereka. 2 kata-kata, petunjuk dsb yg diberikan utk memandu; hasil memandu: Dgn ~ anak Sayid Abu, rombongan Abdullah pergi mengadap Raja Kampung Laut. pemandu 1 orang yg memandu atau yg menunjukkan jalan; pandu: Mereka menjadi ~ kpd tentera pihak Berikat. 2 orang yg menjalankan atau membawa kenderaan: ~ teksi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pandu I | 1. = pemandu orang yg menunjukkan jalan (di laut dll), perintis jalan: hamba sanggup menjadi ~ kpd ketua-ketua kita itu; 2. kapal yg menunjukkan jalan (di pelabuhan), mualim; 3. Id anggota pasukan pengakap; ~ puteri anggota pasukan pengakap wanita; berpandu memakai penunjuk jalan; peluru ~ peluru yg boleh dikawal secara elektronik semasa penerbangannya utk menuju ke arah sasarannya; berpandukan 1. memakai penunjuk jalan; 2. memakai sesuatu sbg petunjuk (pedoman, pimpinan, dll): membina jambatan ~ pelan; memandu 1. memimpin: dialah yg ~ angkatan sepuluh orang itu ke Pulau Tioman; 2. membawa (kereta, kapal terbang): ~ kereta dgn laju; memandukan menunjukkan (kapal dll) jalan, memimpin (kapal dll); panduan 1. orang yg menunjukkan jalan, pengiring; 2. pedoman, petunjuk, pimpinan: Quran ialah kitab Islam yg mengandungi segala ~ bagi umat Islam; 3. sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama,alamat, butir-butir, dll); ~ telefon buku yg mengandungi nombor telefon dan alamat pemunyanya; kepanduan perihal pandu; pemanduan perbuatan memandu (kereta, kapal,dll): ia akan lebih awas dgn ~ keretanya; pemandu 1. orang yg memandu (menunjukkan jalan), pandu, perintis jalan: mereka menjadi ~ kpd gerila-gerila Indonesia; 2. orang yg memandu atau membawa (kereta,kapal terbang, dll): ~ bas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panduan | 1 sesuatu yg dijadikan pegangan atau ikutan; petunjuk: Pegawai-pegawai pertanian sentiasa memberikan ~ kpd orang-orang kampung ttg cara menjaga tanam-tanaman mereka. 2 kata-kata, petunjuk dsb yg diberikan utk memandu; hasil memandu: Dgn ~ anak Sayid Abu, rombongan Abdullah pergi mengadap Raja Kampung Laut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
panduan | 1. orang yg menunjukkan jalan, pengiring; 2. pedoman, petunjuk, pimpinan: Quran ialah kitab Islam yg mengandungi segala ~ bagi umat Islam; 3. sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama,alamat, butir-butir, dll); ~ telefon buku yg mengandungi nombor telefon dan alamat pemunyanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
garis I | 1. tanda yg panjang halus yg dibuat pd sesuatu permukaan, garisan: melukis dr ~ A ke ~ B; 2. calar: ~-~ di badannya masih kelihatan akibat kena rotan; 3. kedut pd kulit muka; 4. tanda yg panjang halus pd tapak tangan; 5. (dlm beberapa permainan) tanda yg dibuat utk membatasi gelanggang atau bahagian-bahagiannya, garisan; 6. baris pertahanan (kubu dll), garisan: pasukannya dapat menembusi ~ pertahanan musuh; 7. had, batas, ketentuan: kita harus menunaikan tugas kita menurut ~-~ yg telah ditentukan;~ akhir baris penghabisan dlm perlumbaan; ~ bahagi garis yg membahagi dua sesuatu sudut; ~ belakang barisan yg tidak terlibat langsung dlm medan perang; ~-~ besar perkara-perkara yg mustahak; ~ depan a) barisan yg paling depan; b) garis pertahanan yg menghadapi musuh; ~ haluan = ~ panduan panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan; ~ miring garis yg condong ke bawah dan menyerong; ~ pemisah garis (batas, sempadan, panduan) yg memisahkan sesuatu dgn yg lain; ~ pusat garis yg menerusi pusat dan disempadankan oleh lilitan bulatan; ~ rentas garis yg menghubungkan dua titik pd bulatan; ~ sendeng (Mat) hipotenus; ~ sentuh garis yg menyentuh suatu titik pd lilitan bulatan; ~ singgung garis yg bersentuhan (terlalu rapat); ~ tegak garis lurus yg membuat sudut 90° dgn garis yg lain; ~ tengah Id garis pusat; bergaris mempunyai garis: kad ~;bergaris-garis banyak garisnya; menggaris membuat garis; menggariskan 1. membuat garis pd (sesuatu), menandakan (sesuatu) dgn garis: ~ perkataan-perkataan yg dieja salah; 2. menyatakan aspek-aspek atau ciri-ciri utama sesuatu (biasanya secara am atau tidak terperinci): Rancangan Malaysia Kelima ~ beberapa dasar, strategi, dan program utama; garisan 1. tanda yg halus panjang pd sesuatu permukaan yg tidak ada tebalnya dan lebarnya, garis: beberapa ~ berwarna hijau terdapat pd kertas itu; 2. coret panjang yg dibuat utk menandai batas atau sempadan, garis: dia menendang bola itu keluar ~; 3. barisan kubu utk bertahan, deretan benteng utk mempertahankan kawasan yg dikuasai, garis: pasukan komando kita telah berjaya menawan ~ musuh; ~ bujur (Geog) garis di peta dr kutub utara sampai ke kutub selatan; ~ lintang (Geog) garis di peta yg selari dgn khatulistiwa;~ penamat garis yg menandakan tempat berakhirnya perlumbaan; ~ pusat garis pusat; ~ rentas garis rentas; ~ sejajar = ~ selari dua garis yg sama jarak antaranya;penggaris = kayu ~ kayu berskala utk membuat garis atau mengukur panjang garis dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panduan | 1 sesuatu yg dijadikan pegangan atau ikutan; petunjuk: Pegawai-pegawai pertanian sentiasa memberikan ~ kpd orang-orang kampung ttg cara menjaga tanam-tanaman mereka. 2 kata-kata, petunjuk dsb yg diberikan utk memandu; hasil memandu: Dgn ~ anak Sayid Abu, rombongan Abdullah pergi mengadap Raja Kampung Laut. | Kamus Pelajar |
manual | 1. buku yg mengandungi panduan dan maklumat utk melaksanakan sesuatu; 2. dilakukan atau dikendalikan dgn tangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panduan pengguna(user guide) | 1. Lihat manual pengguna. 2. Catatan dalam perisian komputer bagi membantu pengguna menggunakan kemudahan perisian dengan betul. | Kamus Komputer |
menara | 1 bangunan yg tinggi: ~ Eiffel; ~ api rumah api utk panduan kapal. 2 bahagian bangunan yg tinggi (spt di masjid, di gereja). ~ kawalan menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya bagi perlepasan dan pendaratan kapal terbang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
damping | dekat; hampir; karib: Dua orang sahabat itu amat ~. berdamping 1 berada dekat (dgn); berdekat; berapat-rapat: Dia ~ dgn adiknya semasa menonton televisyen. 2 bergaul; bercampur: Jangan sekali-kali ~ dgn orang jahat. berdampingan 1 berada dekat dgn; berdekatan; berhampiran: Mereka berjalan ~. 2 bersama-sama; bergandingan: Bangsa-bangsa asing hidup ~ dgn bangsa Melayu di Malaysia ini. mendampingi mengikut serta atau menyertai dekat-dekat; menemani: Dia selalu ~ gadis itu. mendampingkan membuat (meletakkan dll) supaya berdekatan; merapatkan: Kanak-kanak itu ~ boneka kpdnya. perdampingan keadaan berdamping: ~ dua sahabat itu semakin hari semakin rapat. pendamping orang yg sering mendampingi seseorang, biasanya yg dpt memberikan nasihat, panduan, manaikkan semangat dsb. ~ bahasa orang yg turut serta dlm sesuatu perbincangan utk memberikan nasihat, panduan dsb dr segi kebahasaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |