panel /panél/ | kumpulan orang yg dipilih utk memberi ceramah serta menjawab pertanyaan dll dlm sesuatu perjumpaan. | Kamus Pelajar |
panel kawalan pengendali(operator control panel) | Panel pada konsol pengendali yang menempatkan suis kawalan, papan kekunci, pengawas video, dan penunjuk taraf sistem bagi membolehkan pengendali sistem mengawasi perjalanan sistem dan campur tangan apabila perlu. | Kamus Komputer |
panel depan(front panel) | Bahagian hadapan konsol sistem yang memegang suis, peranti input, peranti penunjuk, dan paparan. Rupa bentuk panel ini direka bentuk supaya nampak lebih kemas dan cantik kerana panel ini merupakan bahagian hadapan sistem yang boleh dilihat oleh orang ramai. | Kamus Komputer |
panel | /panél/ kumpulan orang yg dipilih utk memberi ceramah serta menjawab pertanyaan dll dlm sesuatu perjumpaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
panel belakang(back panel) | Bahagian belakang kotak penyalut komputer yang menempatkan palam untuk penyambungan persisian komputer. | Kamus Komputer |
panel | 1. kumpulan orang yg membincangkan sesuatu tajuk, biasanya berkaitan dgn politik, ekonomi, dll di hadapan para pendengar atau penonton; 2. kumpulan orang yg dilantik atau dipilih utk melakukan tugas tertentu: beliau dilantik menjadi ketua ~ jurulatih sepenuh masa; 3. kepingan kayu atau papan yg disambung-sambung dan digunakan utk menghias dinding. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panel | 1. Bahagian konsol komputer yang mempunyai bahagian paparan dan peranti input untuk membolehkan operator komputer berinteraksi dengan sistem. 2. Barisan orang yang bertugas menilai cadangan projek. | Kamus Komputer |
lampu aktiviti(activity light) | 1. Lampu kecil atau LED, biasanya berwarna kuning atau merah, pada panel hadapan atau rak belakang komputer untuk menunjukkan keaktifan pemproses. 2. Lampu kecil atau LED berwarna kuning atau merah pada panel hadapan pemacu cakera untuk menunjukkan keaktifan pengawal pemacu cakera ketika membaca atau menulis data pada cakera. | Kamus Komputer |
alan | sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, Shorea albida; ~ batu sj tumbuhan (pokok yg kayunya dibuat papan, kayu kumai, papan panel, dll), empenit, meraka, meraka alan, sengawang, seriagawan, Shorea sp.; ~ bunga sj tumbuhan (pokok yg kayunya dibuat papan lapis, papan panel, kayu kumai, dll), meranti bunga, Shorea sp. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
papan serpai | papan panel yg dihasilkan drpd gabungan serpihan bahan-bahan lain yg diikat dgn resin atau bahan pengikat lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |