panggang | ; memanggang memasak sesuatu di atas bara api dsb: ~ ayam. pemanggang alat yg digunakan utk memanggang sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
panggang peringgi | baru hendak masak (padi dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panggang | memanggang memasak sesuatu di atas bara api: ~ ayam. pemanggang alat yg digunakan utk memanggang sesuatu. | Kamus Pelajar |
panggang | yg dimasak (dipanaskan, didinginkan) di atas bara api: ayam ~; ikan ~; pulut ~; ~ peringgi baru hendak masak (padi dll); jauh ~ dr api prb tidak kena atau jauh drpd yg dimaksudkan; memanggang 1. memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api: ~ ikan; 2. Mn membakar: maka berkedut-kedut yg hitam dipanggang cahaya matahari; dipanggang tiada hangus prb beberapa kali menempuh kesusahan (bahaya) tetapi selamat; terlampau panggang jadi hangus prb terlalu meninggikan diri jatuh juga akhirnya; panggangan 1. bahan yg dipanggang; 2. hasil memanggang; pemanggangan perihal (proses atau perbuatan) memanggang; pemanggang alat (penyepit) yg digunakan utk memanggang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bulang panggang | cara mengikat taji di atas taji; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ayam panggang | daging ayam yg dipanggang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ayam percik | ayam panggang yg disaluti sos atau kuah yg dibuat drpd santan dan rempah-ratus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tubing II | ikan panggang (dihidangkan dgn bawang dan sambal). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ayam peranggang | ayam panggang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peranggang | ; ayam ~ ayam panggang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |