pongkol | Jk pangkal (pokok), umbi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akar tunjang | akar yg tumbuh pd pangkal pokok terus ke dlm tanah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menggelang | (Tani) membuang kulit di sekeliling pangkal pokok supaya mati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sirih kakap | sirih kerakap (daun sirih pd bahagian pangkal pokok, kasar dan keras). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kakap IV | ; sirih ~ sirih kerakap (daun sirih pd bahagian pangkal pokok, kasar dan keras). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
banir | akar yg keluar ke atas tanah spt papan (pd pangkal pokok beringin dll); tinggi ~ tempat berlindung prb tiap-tiap hal yg istimewa itu ada faedahnya asal tahu menggunakannya;berbanir mempunyai banir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbutir | berbentuk atau berupa biji-biji kecil: Taburkan baja ~ itu di keliling pangkal pokok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perdu | 1 bahagian pangkal pokok: ~ manggis. 2 kelompok pokok yg tumbuh berumpun-rumpun: ~ buluh. berperdu tumbuh sbg perdu; tumbuh dlm bentuk perdu; berumpun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tunggul I | 1. pangkal pokok kayu yg masih tertinggal dlm tanah (setelah ditebang): ia duduk di atas sebuah ~ kayu; ~ punggur pangkal batang kayu yg sudah mati; 2. batang padi (lalang dll) yg tertinggal setelah dituai atau disabit: ~ padi; 3. pancang, tongkat (utk menambatkan perahu dll); ~ kayu ditarah pelicin, (dia) elok juga, jangankan manusia = ~ itu kalau dipakai, elok juga prb perempuan yg buruk itu akan cantik juga kelihatannya apabila diberi pakaiĀan yg elok; ~ terbakar di tengah huma prb rupa seseorang yg sangat hitam; berunding dgn ~ prb perihal menanyai dan memberi nasihat kpd seseorang yg hanya mendiamkan diri (tidak menjawab, membantah, atau mengiakan); bertunggul ada tunggulnya; ~ pemarasan prb pekerjaan yg tidak sempurna; penunggul kayu yg agak berat tempat menambatkan kerbau dll (supaya jangan pergi jauh); ~ gobek kayu utk mengeluarkan sirih dlm gobek; kayu ~ tonggak pd empang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pangkal pokok | sesuatu yg menjadi sebab (pokok, punca) percakapan (perbuatan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |