pangkin | 1. sj tempat spt para (biasanya di pasar) utk penjual meletakkan barang jualannya (spt ikan, sayur, dll); 2. = pangking. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merebahkan | 1. menjatuhkan, menumbangkan: ~ tiang rumah; 2. membaringkan, menidurkan: ~ diri di atas pangkin; 3. menyembelih (binatang besar): tahun itu juga perkahwinan berlangsung, ayah ~ seekor kerbau jantan besar; 4. ki menumbangkan (pemerintah dll), menggagalkan: ~ pemerintah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kolong I | 1. ruang atau bahagian di bawah sesuatu (mis di bawah rumah yg bertiang dll): ~ jambatan; ~ pangkin; ~ langit di bawah langit (di atas muka bumi); anak ~ Id anak yg lahir di tempat kediaman tentera, anak askar; 2. lubang yg memanjang spt terusan di dlm tanah, lombong, korok; ~ timah lombong (bijih) timah; Cina ~ orang Cina yg bekerja di lombong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baring | ; berbaring 1. merebahkan badan pd sesuatu (spt katil, bangku panjang, dsb) biasanya dlm keadaan menelentang: membaca buku sambil ~ di atas sofa; ~ mengiring berbaring dgn sisi tubuh kena pd lantai dsb; 2. = berbaring-baring merebahkan badan spt keadaan ketika tidur (utk merehat-rehatkan badan): selepas makan tengah hari, dia ~ di serambi rumahnya;bersebaringan berbaring bersama-sama di tempat yg sama;membaringkan meletakkan badan dlm keadaan berbaring: perempuan itu ~ anaknya di atas tikar;terbaring terletak (berada) dlm keadaan berbaring: sesudah dilanggar kereta dia jatuh ~ di jalan;perbaringan tempat berbaring (spt katil, pangkin, tilam, dsb): ketika itu aku di ~ kerana diserang demam kepialu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rebah-rebah | , rebah-rebahan berbaring-baring (kerana menghilangkan penat dll): dia sedang ~ di anjung rumahnya; merebahkan 1. menjatuhkan, menumbangkan: ~ tiang rumah; 2. membaringkan, menidurkan: ~ diri di atas pangkin; 3. menyembelih (binatang besar): tahun itu juga perkahwinan berlangsung, ayah ~ seekor kerbau jantan besar; 4. ki menumbangkan (pemerintah dll), menggagalkan: ~ pemerintah; rebahan 1. robohan, tumbangan; 2. tempat berbaring, pembaringan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |