menerkam | 1. melompati (utk menyerang, menangkap, dll), menerkap, menerpa: maka panglima-panglima itu pun ~lah menangkap Dewa Perkasa itu; dgn tiba-tiba ayam jantan hitam itu ~ ayam kami lalu mematuk kepalanya bertubi-tubi; 2. meluru kpd, menyerbu: anak raja tadi telah ~ datang ke pintu itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkam | menerkam 1. melompati (utk menyerang, menangkap, dll), menerkap, me-nerpa: maka panglima-panglima itu pun ~lah menangkap Dewa Perkasa itu; dgn tiba-tiba ayam jantan hitam itu ~ ayam kami lalu mematuk kepalanya bertubi-tubi; 2. meluru kpd, menyerbu: anak raja tadi telah ~ datang ke pintu itu; terkaman 1. hasil menerkam, serangan, serbuan: dgn mudah dia dapat mengelakkan ~ itu; 2. ki cengkaman, kekuasaan; berterkaman bersama-sama menerkam, banyak yg menerkam: ibu dan ayahnya ~ menerpa api yg cuba menjilat dinding. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berperi-peri | bersungguh-sungguh (mengatakan sesuatu dll): Yazid ~ mengajak kami minum di kedai kopi; ia ~ benar mengatakan berita itu palsu; hujah yg ~ dikemukakan oleh panglima-panglima tentera Rusia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peri II | sl kata; berperi berkata, berucap: bukan beta bijak ~, pandai menggubah madah dan syair; berperi-peri bersungguh-sungguh (mengatakan sesuatu dll): Yazid ~ mengajak kami minum di kedai kopi; ia ~ benar mengatakan berita itu palsu; hujah yg ~ dikemukakan oleh panglima-panglima tentera Rusia; memerikan 1. mengatakan, menceritakan, mengisahkan, menggambarkan (sesuatu hal): saya selalu membaca buku-buku cerita yg ~ kisah-kisah cinta; tidak dapat diperikan bagaimana hancurnya hatinya oleh perbuatan kekasihnya; 2. menerangkan, menghuraikan, menjelaskan; terperi, terperikan terkatakan, terceritakan, tergambarkan; tidak ~ tidak terkatakan (tergambarkan): adinda suka tidak ~; sedih hatinya bukan kepalang, tak terperikan; pemerian 1. perihal memerikan (mengisahkan), pengisahan; 2. penjelasan, penerangan, penghuraian: masalah pertama yg dihadapi oleh penyusun kamus dlm ~ makna ialah pemilihan atau penentuan makna sesuatu kata; pemeri yg menerangkan (menghuraikan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panglima Agung (Besar) | panglima tertinggi yg memerintah sesuatu angkatan tentera (drpd berbagai-bagai pasukan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panglima perang kanan (kiri) | panglima perang yg di bawah panglima besar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Tan Sri | gelaran utk orang yg menerima bintang Panglima Mangku Negara atau Panglima Setia Mahkota dr Yang di-Pertuan Agong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Tan; ~ Sri | gelaran bagi orang yg dianugerahi bintang Panglima Mangku Negara atau Panglima Setia Mahkota. | Kamus Pelajar |
Tan Sri | gelaran bagi orang yg dianugerahi bintang Panglima Mangku Negara atau Panglima Setia Mahkota. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Tan | ; ~ Sri gelaran bagi orang yg dianugerahi bintang Panglima Mangku Negara atau Panglima Setia Mahkota. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |