mendodoikan | melagukan (menyanyikan) utk menidurkan anak, mendondong, mengulitkan: dr jauh kedengaran suara itu ~ anaknya dgn pantun-pantun tua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serangkap | 1. sepasang: lembing ~; 2. satu rangkap (pantun, sajak, dll); ~ pantun empat baris pantun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dodoi | lagu (nyanyi) yg didendangkan utk menidurkan anak, dondong, pengulit: maka Pangkulun pun minta halal segala dukung kilik, ~ dan lala serta air susu drpd ibunya; mendodoikan melagukan (menyanyikan) utk menidurkan anak, mendondong, mengulitkan: dr jauh kedengaran suara itu ~ anaknya dgn pantun-pantun tua; dodoian dodoi: ~ yg sumbang juga berguna kpd bayi yg mendengar perubahan rentak dan nada. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pantun | Hutang budi dibawa mati. berpantun 1 mengucapkan atau menyanyikan pantun. 2 berbalas-balas pantun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pantun | 1. sj puisi lama yg biasanya terdiri drpd empat baris dlm tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yg selainnya mengandungi maksudnya); berbalas ~ mengucapkan pantun bersambut-sambutan; 2. ark sj peribahasa yg digunakan sbg sindiran; 3. ark sbg jawaban kpd tuduhan dll; sepantun seperti, macam, seumpama; berpantun mengucapkan (menyanyikan) pantun: tiadalah pernah ia bertitah serta ~ seloka malam ini; berpantun-pantunan berbalas-balas pantun; memantuni menyindir (mengejek) dgn pantun; memantunkan mengarang (mencipta) pantun, menyatakan sesuatu dgn menggunakan pantun: maka dipantunkan orang, “Murah kata derji, Empat hasta, sehelai baju, Muda berusul Lela Manja, Bagai mutiara dlm teraju”; pemantun orang yg mengarang pantun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serangkai pantun | serangkap pantun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbalas pantun | mengucapkan pantun bersambut-sambutan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serangkap pantun | empat baris pantun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rangkai | beberapa benda yg dihubungkan (dikaitkan, dipautkan): lampu tiga se~; bentuk-bentuk penambah yg ditulis se~ dgn kata-kata dasar; se~ pantun serangkap pantun; ~ hati Mn kekasih; ~ kata kelompok beberapa kata; berangkai dirangkaikan (antara satu dgn yg lain), bersambung: Pasar Besar mempunyai kedai-kedai ~ yg menjual pelbagai jenis barangan; berangkai-rangkai bersambung-sambung, berkait-kait, berpaut-paut: huruf Rumi dituliskan ~; banjaran gunung yg ~; merangkaikan menghubungkan berangkai-rangkai, memautkan, mengaitkan: tulang belakang terjadi drpd beberapa kerat tulang yg dirangkaikan oleh urat tendon; Indonesia sedang ~ kerjasama dgn dua lagi anggota OPEC; menyerangkaikan menjadikan serangkai; rangkaian 1. hubungan, kaitan: tiap katanya mempunyai tugas penuh di dlm ~nya masing-masing; 2. sesuatu yg bersambung-sambung (berkait-kait): nyonya presiden dgn penuh rasa kasih sayang mengalungkan ~ puspa wangi pd ibu bapa; 3. untaian (kejadian dll), kumpulan (berbagai-bagai karangan dll), siri: orang Melayu menganggap bahawa sejarah atau ~ peristiwa sejarah lebih menghibur; ~ cerita James Bond; 4. hubungan susunan (huruf, kata, ayat): setiap kata mempunyai tugas penuh dlm ~nya masing-masing; ~ kata ungkapan; 5. (Mat) kumpulan atau untaian lambang atau angka yg menyatakan suatu jumlah, spt a(p + 2q) + 3b(4x + 2y); 6. sebilangan benda, peristiwa, dll yg bertalian: se~ harapan; Pulau Thursday terletak di se~ pulau di Selat Torres; 7. kumpulan atau sistem yg berhubungan antara satu sama lain: satu ~ kedai; satu ~ pemasaran yg dapat menyelaraskan keluaran; berangkaian mempunyai rangkaian: misi yg dimaksudkan itu menawarkan rumusan perniagaan ~ bersama rakan niaga yg lain; perangkaian perihal (proses, perbuatan dsb) merangkaikan sesuatu (spt sistem dsb); perangkai yg merangkaikan (menghubungkan); kata ~ (Lin) kata depan, mis dari, di dan ke. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpantun | 1 mengucapkan atau menyanyikan pantun. 2 berbalas-balas pantun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |