papan tanda | papan nama sesuatu tempat (kawasan, syarikat, dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
papan tanda | papan nama sesuatu tempat (kawasan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
betapa | 1. peri, alangkah: sekarang dia menyedari ~ mustahaknya papan tanda tersebut; ~ senangnya hati anak negeri; 2. sesuai dgn, seperti: maka nenek kebayan pun bersiaplah ~ adat kahwin anak raja besar-besar; 3. bagaimana, dgn cara apa: ~ halnya kita hendak membawa dia ke rumah sakit sedangkan kita tidak mempunyai kenderaan; 4. meskipun: ~ dicarinya, tidak juga ditemukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
neon | (néon) (Kim) unsur gas nadir, tidak berwarna, tidak berbau, wujud dlm atmosfera, digunakan dlm papan tanda dan lampu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menandakan | 1. menyatakan atau menunjukkan (bahawa), menjelaskan: kerusi-kerusi rotan telah kelihatan buruk ~ tidak berapa dijaga; 2. menjadi tanda (isyarat), memberi alamat bahawa: ia berdiam diri itu ~ bahawa ia sangat marah; 3. memberitahukan dgn menggunakan tanda (isyarat), membubuh tanda supaya diketahui (dimaklumi dll): panduan jalan raya ditandakan dgn papan-papan tanda; 4. membuktikan dgn: tidak ada buktinya ~ ia berdosa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
brakilogi | (Lin) bentuk ungkapan yg dipadatkan atau diringkaskan, yg biasanya tidak lengkap dr segi tatabahasa dan digunakan dlm pertuturan bahasa basahan atau jargon khusus, mis BERHENTI dan BERI LALUAN pd papan tanda jalan raya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membaca | 1. memerhatikan isi sesuatu yg tertulis atau tercetak dgn teliti dan memahamkan makna kandungannya: ~ akhbar (buku, novel, surat, dsb); 2. mengucapkan apa yg tertulis atau tercetak pd buku, papan tanda, dsb secara lisan (dgn kuat): ia ~, adik-adiknya mendengar; ~ khutbah berkhutbah; ~ al-Quran mengucapkan ayat-ayat suci al-Quran dgn kuat dan berlagu, mengaji al-Quran; 3. memahamkan makna sesuatu (spt tanda, huruf, dsb) tidak dgn mata tetapi dgn jari-jari: ~ Braille; 4. melihat dan mencatatkan angka yg ditunjukkan pd meter (termometer dsb): ~ meter elektrik; 5. membuat kesimpulan tentang sifat (tujuan, kehendak, dsb) seseorang dgn melihat seseorang secara luaran sahaja: drpd tutur katanya, saya dapat ~ hati budinya; ~ isi hati seseorang; bagaimana British ~ sikap orang Melayu sebelum Malayan Union? 6. mengucapkan baris-baris sajak dgn penuh perasaan di hadapan penonton, mendeklamasi: ~ sajak; 7. meneliti garis-garis pd tapak tangan utk meramalkan nasib seseorang: dia pandai ~ tapak tangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baca | ; ruang ~ bilik tempat membaca;membaca 1. memerhatikan isi sesuatu yg tertulis atau tercetak dgn teliti dan memahamkan makna kandungannya: ~ akhbar (buku, novel, surat, dsb); 2. mengucapkan apa yg tertulis atau tercetak pd buku, papan tanda, dsb secara lisan (dgn kuat): ia ~, adikadiknya mendengar; ~ khutbah berkhutbah; ~ al-Quran mengucapkan ayat-ayat suci al-Quran dgn kuat dan berlagu, mengaji al-Quran; 3. memahamkan makna sesuatu (spt tanda, huruf, dsb) tidak dgn mata tetapi dgn jari-jari: ~ Braille; 4. melihat dan mencatatkan angka yg ditunjukkan pd meter (termometer dsb): ~ meter elektrik; 5. membuat kesimpulan tentang sifat (tujuan, kehendak, dsb) seseorang dgn melihat seseorang secara luaran sahaja: drpd tutur katanya, saya dapat ~ hati budinya; ~ isi hati seseorang; bagaimana British ~ sikap orang Melayu sebelum Malayan Union? 6. mengucapkan baris-baris sajak dgn penuh perasaan di hadapan penonton, mendeklamasi: ~ sajak; 7. meneliti garis-garis pd tapak tangan utk meramalkan nasib seseorang: dia pandai ~ tapak tangan;membacai 1. membaca berkali-kali, mempelajari; 2. Jw menyindir-nyindir;membacakan membaca utk: ia ~ anaknya cerita-cerita dongeng;terbaca membaca secara kebetulan, terjumpa sesuatu (berita dsb) lalu membacanya: saya ada ~ tentang gejala yg serupa ini dlm alam bahasa Jepun; keterbacaan darjah betapa senang atau sukarnya memahami sesebuah teks;bacaan 1. bahan utk dibaca: di kapal itu, disediakan juga ~; ~ ringan bahan bacaan yg kandungannya bukan tentang hal-hal (perkara-perkara) yg serius atau yg (agak) sukar difahami; 2. cara membaca: ~ al-Quran akan diadili oleh pengadil antarabangsa; 3. hasil yg dibaca: jika alat menyukat perjalanan minyak menunjukkan ~ yg rendah, enjin hendaklah dihentikan; 4. yg digunakan utk membaca: bilik ~; bahan ~;pembacaan 1. perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) membaca (buku, akhbar, majalah, dsb): Hikayat Panji Semirang yg diusahakan ini ialah hasil drpd ~ hikayat-hikayat tulisan tangan; ~ akhbar dlm waktu pejabat tidak dibenarkan; suatu tugas besar perpustakaan awam berusaha menggalakkan ~ yg lebih luas di kalangan orang ramai; 2. perbuatan, perihal membaca (meter dsb): ~ meter dibuat setiap awal bulan; 3. perbuatan membaca (mendeklamasi): selain ceramah, akan diadakan pula ~ sajak;pembaca orang yg membaca: majalah ini banyak mempunyai ~nya; ~ pruf orang yg tugasnya membaca (meneliti) pruf dan membetulkan kesilapan yg didapati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanda I | 1. lambang atau simbol yg digunakan dlm tulisan yg mempunyai erti tertentu: kesilapan yg selalu dilakukan oleh kanak-kanak ialah meninggalkan ~ koma, noktah, seruan; 2. lambang dll yg digunakan utk mengenali (mengetahui, mengecam, dll) sesuatu; ~ pangkat tanda yg menunjukkan tingkatan dlm tentera dll; papan ~ papan nama sesuatu tempat (kawasan, syarikat, dsb); 3. perbuatan (suara dll) sbg isyarat, isyarat: ia mendehem sedikit akan jadi ~ bagi orang yg ada di atas rumah, bahawa ia telah datang; 4. alamat (akan berlakunya sesuatu dll): jika ada laki-laki yg dapat mengembalikan kepercayaanku yg telah rosak ini, maka itu ~nya aku akan mati; 5. barang apa yg menjadi keterangan sesuatu perbuatan, bukti: tidak ada ~-~ yg boleh dipegang yg menunjukkan ia mempunyai perhubungan dgn Kamal; 6. hal yg menunjukkan sesuatu (penyakit dll), gejala: ada tiga ~ utk mengenali penyakit baka sawan ini; ~ angka ganda (Mat) angka yg menunjukkan beberapa kali sesuatu angka digandakan; ~ baca = ~ bacaan tanda-tanda dlm tulisan (vokal pd huruf Jawi, noktah, koma, koma bertitik, dll); ~ bahagi tanda (÷) yg menun-jukkan bahawa sesuatu angka harus dibahagi; ~ bahaya tanda yg menunjukkan bahawa ada bahaya; ~ bertunang cincin dll yg menunjuk-kan seseorang itu telah bertunang; ~ beti bukti yg menunjukkan sesuatu kejahatan; ~ bukti penyataan telah berbukti; ~ cema bukti-bukti utk menuduh (mengadukan pd hakim); ~ cerai Id sempang utk memisahkan suku kata (huruf dll); ~ gambar Id lambang utk sesuatu parti atau calon dlm pilihan raya; ~ hayat = ~ hidup = ~ kenangan = ~ mata barang pem-berian utk peringatan; ~ hormat isyarat utk menghormati seseorang; ~ koma (,); ~ kali (darab) (×); ~ kurung ( ); ~ kurung dakap { }; ~ kurung siku [ ]; ~ kutip = ~ petik Id tanda pembuka kata (dlm tulisan “...”); ~ lahir tompok yg biasanya berwarna merah atau coklat pd kulit seseorang sejak lahir; ~ mati tanda º pd tulisan Arab yg menunjukkan bahawa sesuatu huruf itu mati; ~ niaga simbol (logo) atau perkataan yg telah didaftar mengikut undang-undang sbg tanda kepunyaan (hak) sesuatu kilang pembuatan (orang perseorangan dsb); ~ panah tanda penunjuk (®); ~ pangkat tanda yg menunjukkan pangkat (dlm tentera dll); ~ penghubung sempang utk menghubungkan suku kata (kata); ~ peringatan barang yg dipakai sbg peringatan; ~ perpuluhan tanda desimal; ~ pundak tanda pangkat pd bahu; ~ selar cap besi bakar (pd kulit); ~ serah wang perbelanjaan perkara menurut adat; ~ seru = ~ seruan (!); ~ tambah Id = ~ campur (+); ~ soal (?); ~ sudut (<); ~ tanya Id a) tanda soal; b) hal yg belum terang lagi (yg masih memerlukan penjelasan); ~ terima (penerimaan) surat tanda telah menerima wang dll, resit; ~ tinggi tanda yg menyatakan tinggi tempat (dr aras laut) dlm peta; bertanda 1. ada tandanya, bercap dgn (tanda nama dll): penutupnya ada ~ rusa, kotaknya dicetak dgn perkataan yg berbentuk lekuk dan warna-warni; 2. sudah bertunang; bertanda-tandaan bertukar cincin tanda (sbg bukti sudah bertunangan); menandai 1. membubuh tanda pd sesuatu (supaya dapat dikenali), memberi bertanda, menunjukkan (dgn tanda dll), membubuh cap, dll: mana-mana yg amat penting isinya, lalu dinyatakannya atau ditandai, supaya segera diperlihatkan kpd tuannya; 2. membubuh tandatangan, menandatangani (surat dll); 3. mengetahui atau mengenali sesuatu (dgn melihat tanda-tandanya), mengecam: hal ini boleh ditandai dgn rasa mual, sakit pinggang, sesak nafas, kaki membengkok, dsb; 4. memerhati (melihat) dgn teliti, mengamat-amati: marilah engkau kutandai supaya engkau kukenal; 5. mencatat supaya diketahui: pukul lapan pagi, cikgu mulai ~ kedatangan kanak-kanak; menandakan 1. menyatakan atau menunjukkan (bahawa), menjelaskan: kerusi-kerusi rotan telah kelihatan buruk ~ tidak berapa dijaga; 2. menjadi tanda (isyarat), memberi alamat bahawa: ia berdiam diri itu ~ bahawa ia sangat marah; 3. memberitahukan dgn menggunakan tanda (isyarat), membubuh tanda supaya diketahui (dimaklumi dll): panduan jalan raya ditandakan dgn papan-papan tanda; 4. membuktikan dgn: tidak ada buktinya ~ ia berdosa; tertanda 1. dibubuh tanda; 2. ditandatangani; pertandaan alamat, gelagat, isyarat; penandaan perihal menandai: titik digunakan utk menggantikan koma dlm ~ perpuluhan di Indonesia; petanda, pertanda 1. tanda, alamat: pertumbuhan badan-badan kesatuan sekerja merupakan ~ baik bagi membela nasib pekerja-pekerja; 2. (Palembang) ark pemberian ketika bertunang; penanda apa yg digunakan sbg tanda, sesuatu yg menandakan: lepaskan pula air dr dlm buret itu hingga sampai pd paras kertas ~ tabung uji kosong ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
papan I | 1. keping kayu yg nipis atau lebar; kilang ~ kilang utk membuat papan drpd kayu; rumah ~ rumah yg dindingnya drpd papan; 2. keping (penjodoh bilangan bagi petai, mercun, dll); ~ bam papan tumpuan kemudi atau tiang pd perahu (kapal); ~ batu papan drpd sj batu (utk menulis), batu tulis; ~ berapit papan di atas apit lempang; ~ canai papan utk mencanai; ~ catur papan utk permainan catur; ~ cuki papan utk permainan cuki; ~ dam papan utk bermain dam (tempat digerakkan buah dam); ~ dondang papan buaian (ayunan); ~ gentian sj papan yg dibuat drpd gentian selulosa (yg dipadatkan dgn menggunakan haba dan tekanan); ~ hitam = ~ tulis papan yg biasanya bercat hitam tempat menulis dgn kapur; ~ iklan papan besar tempat dipaparkan sesuatu iklan; ~ jongkang-jongket papan permainan kanak-kanak yg boleh turun naik; ~ karom papan dgn empat penjurunya berlubang (dan dibubuh jaring kecil) digunakan utk bermain karom; ~ kedua (Eko) papan penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur yg menyenaraikan saham syarikat sederhana dgn modal berbayarnya antara RM5 juta hingga RM20 juta; ~ kekunci alat yg mempunyai set kekunci yg digunakan utk memasukkan data ke dlm komputer; ~ kenyataan papan tempat ditulis atau ditampal kenyataan (larangan, pengumuman, dll); ~ keranda papan utk membuat keranda; ~ lantai papan yg digunakan utk membuat lantai; ~ lapis papan yg merupakan satuan drpd kepingan nipis papan; ~ lukis(an) papan tempat kertas disemat (direntangkan dll) supaya senang melukis; ~ nada (Muz) alat yg mempunyai set kekunci yg mengeluarkan nada berbeza apabila ditekan, mis pd piano, organ dsb; ~ notis papan kenyataan; ~ pembasuh papan tempat membasuh kain; ~ pemuka bahagian di dlm kereta dsb di bawah cermin depan yg menghadap pemandu, tempat terdapatnya pelbagai alat kawalan, suis, meter dsb; ~ serpai papan panel yg dihasilkan drpd gabungan serpihan bahan-bahan lain yg diikat dgn resin atau bahan pengikat lain; ~ tanda papan nama sesuatu tempat (kawasan); ~ utama (Eko) papan penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur yg menyenaraikan saham syarikat besar yg modal berbayarnya melebihi RM20 juta; sepapan sekeping: ~ petai; memapan mengenakan (memasang) papan utk lantai rumah dll; perut ~ Id perut keras; belayar sambil ~ prb melakukan dua pekerjaan (perkara) sekali gus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |