parah | 1 terlalu sangat (sakitnya dll); teruk benar (kecederaannya): Dlm kemalangan itu, seorang gadis Cina telah cedera ~. 2 susah atau sukar benar keadaannya: Keadaan kewangannya ~ benar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
parah | 1 terlalu sangat (sakitnya dll); teruk benar (kecederaannya): Dlm kemalangan itu seorang gadis Cina telah luka ~. 2 susah atau sukar benar keadaannya: Keadaan kewangannya ~ benar. | Kamus Pelajar |
parah | 1. teruk atau berat sangat (luka, penyakit): mereka cedera ~; penyakit lemah jantungnya bertambah ~; 2. susah, sukar, teruk (keadaan dll): penghidupannya sudah ~; rumah kita ini sudah ~ benar; Ramli betul-betul sudah ~ mengikuti permainan kami; pd hari pengumuman keputusan perbicaraan dan hari-hari seterusnya perangai ibunya semakin ~; memperparah menjadi lebih parah; keparahan perihal atau keadaan parah: tindakan tersebut boleh menyebabkan tumbuhan itu sembuh atau ~ penyakitnya akan berkurang; ~ ekonomi kerana naik turunnya harga pasaran bahan-bahan eksport. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penorehan parah | penorehan pokok getah dgn tujuan utk mendapatkan pengeluaran susu yg sangat banyak (cara ini akan merosakkan pokok getah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
luka parah | luka yg sangat besar, luka yg sangat berbahaya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pirih | Jh 1. parah, teruk (kerugian, penyakit dll); 2. letih, tewas (perlawanan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperparah | menjadi lebih parah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penorehan | ~ parah penorehan pokok getah dgn tujuan utk mendapatkan pengeluaran susu yg maksimum (cara ini akan merosakkan pokok getah). | Kamus Pelajar |
keparahan | perihal atau keadaan parah: tindakan tersebut boleh menyebabkan tumbuhan itu sembuh atau ~ penyakitnya akan berkurang; ~ ekonomi kerana naik turunnya harga pasaran bahan-bahan eksport. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelobak | Kl 1. luka parah; 2. koyak, rosak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |