pirih | Jh 1. parah, teruk (kerugian, penyakit dll); 2. letih, tewas (perlawanan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
parah | 1. teruk atau berat sangat (luka, penyakit): mereka cedera ~; penyakit lemah jantungnya bertambah ~; 2. susah, sukar, teruk (keadaan dll): penghidupannya sudah ~; rumah kita ini sudah ~ benar; Ramli betul-betul sudah ~ mengikuti permainan kami; pd hari pengumuman keputusan perbicaraan dan hari-hari seterusnya perangai ibunya semakin ~; memperparah menjadi lebih parah; keparahan perihal atau keadaan parah: tindakan tersebut boleh menyebabkan tumbuhan itu sembuh atau ~ penyakitnya akan berkurang; ~ ekonomi kerana naik turunnya harga pasaran bahan-bahan eksport. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
parah | 1 terlalu sangat (sakitnya dll); teruk benar (kecederaannya): Dlm kemalangan itu, seorang gadis Cina telah cedera ~. 2 susah atau sukar benar keadaannya: Keadaan kewangannya ~ benar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gelobak | Kl 1. luka parah; 2. koyak, rosak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
parah | 1 terlalu sangat (sakitnya dll); teruk benar (kecederaannya): Dlm kemalangan itu seorang gadis Cina telah luka ~. 2 susah atau sukar benar keadaannya: Keadaan kewangannya ~ benar. | Kamus Pelajar |
serius | (sérius) 1. sungguh-sungguh, benar-benar, tegas dan bukan main-main: ini suatu usaha yg murni dan sewajarnya diberi perhatian dan pemikiran secara ~; dia termenung seolah-olah berfikir dgn ~; kita hendaklah bekerja dgn ~; 2. genting, berat, dan parah kesannya: keruntuhan moral merupakan satu perkara yg ~ yg perlu diatasi; 3. (bkn penyakit, dsb) tenat, berat, teruk, parah: penyakit kansernya semakin ~; keseriusan keadaan serius, kesungguhan: ~ menghadapi sebarang kemungkinan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengejarkan | 1. menghantar atau membawa dgn seberapa segera (dgn terburu-buru): dia telah dikejarkan ke rumah sakit dlm keadaan luka parah; 2. membuat supaya mengejar (seseorang atau sesuatu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luka | 1 belah atau pecah pd kulit disebabkan oleh benda yg tajam (pisau dll): ~ parah luka yg sangat besar atau dalam. 2 mengalami cedera pecah atau belah pd kulit kerana kena benda tajam: Kakinya ~ ditusuk duri. ~ hati a. sakit hati atau tidak puas hati. b. kecewa atau sesal yg amat sangat. melukai 1 menyebabkan sesuatu jadi luka; mendatangkan luka pd: Pisau yg dibalingkan oleh musuh itu ~ kakinya. 2 menyakiti (hati): Kata-kata yg pedas itu ~ hatinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
luka | 1. belah (cedera, lecet, pecah) pd kulit sebab kena potong, kena tembak, dll: ~nya sangat dalam; ~ parah luka yg sangat besar, luka yg sangat berbahaya; 2. mengalami cedera (pecah, lecet pd kulit) sebab kena potong, kena tembak, dll: tangannya ~ kena kaca; 3. ki sakit, pedih (perasaan) kerana kecewa: hatinya ~; ~ bakar Id luka sebab kena api; ~ hatinya = hatinya ~ ki sakit hatinya; ~ sudah hilang parutnya tinggal juga prb sungguhpun orang yg berselisih (berbantah) sudah berdamai kembali, keadaan berikut tidak akan spt keadaan sediakala; lain ~ lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh prb orang lain yg membuat salah, orang lain yg berasa (susah dll); siapa ~ siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh prb orang yg berasa tersindir, dialah yg membuat sesuatu yg disindirkan itu; takkan serik ~ dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga prb kesukaran dlm sesuatu pekerjaan tidak akan menghalangi seseorang mengerjakannya utk mencari nafkah; berlukaan sl mendapat luka-luka: kedelapan hulubalang itu bertetakan pedang dan bertikam tombak, seorang pun tiada ~; berluka-lukaan sl saling mendatangkan luka (pd lawannya dll): maka Bugis melawanlah lalu bertikam ~; melukai 1. mendatangkan luka pd; ~ musuh mendatangkan luka pd musuh; 2. = melukakan menyakiti (hati): sindiran yg ~ hati dihamburkan kepadanya; ~ hati menyakiti hati; kelukaan kedukaan kerana kecewa: kau begitu teguh menghadapi ~ dlm menjalani kehidupan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jangkit | ; berjangkit, menjangkit 1. berpindah drpd seorang kpd seorang, menular, merebak: penyakit itu telah ~ ke kampung ini; 2. mengikut (tabiat, perangai, dll): tabiat itu telah ~ kpd anaknya; berjangkitan dijangkiti (penyakit, perangai, dll); keberjangkitan perihal berjangkit; menjangkiti menulari, merebak kpd: kami tidak mahu membiarkan kerja-kerja maksiat berlanjutan dan ~ orang ramai; menjangkitkan menularkan, merebakkan: ~ penyakit dgn jalan menyuntik; terjangkit dihinggapi penyakit dsb, dijangkiti, kejangkitan: umbai yg ~ oleh kuman umpamanya, boleh menimbulkan suatu keadaan yg diketahui sbg radang umbai; jangkitan kejadian (penyakit dsb) berjangkit; kejangkitan dihinggapi penyakit (yg berjangkit), ketularan: dia takut ~ penyakit itu kalau bergaul dgn mereka yg berpenyakit; penjangkitan perihal (perbuatan, proses, dsb) menjangkit: ~ penyakit itu tidak berhasil; sudah cukup utk menyebabkan ~ yg parah hingga boleh merugikan petani; perjangkitan perihal berjangkit; penjangkit yg menyebabkan berlakunya jangkitan, yg menyebabkan penjangkitan: nyamuk-nyamuk ~ penyakit ini mempunyai tempat biak yg tersendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |