Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj pisau besar, golok; jenis-jenisnya: ~ belitung, ~ candung, ~ lading, ~ puting, dll; ~ gabus menjadi spt ~ besi prb tidak disangka orang yg lemah menjadi kuat dan berkuasa; bagai ~ buruk, tali sabut tiada tergolok prb perihal orang yg lemah, pekerjaan yg ringan pun tiada terdaya melakukannya; belakang ~ pun jikalau diasah nescaya tajam prb a) orang yg bodoh kalau diajar betul-betul, pandai juga sudahnya; b) orang yg sabar (setia) kalau dihasut boleh juga menjadi jahat; spt ~ mata dua prb orang yg mendapat keuntungan drpd dua pihak; mendebek mata ~ prb melawan orang yg lebih berkuasa, kita juga yg menyesal; berparang 1. membawa (memakai atau menggunakan) parang: ada yg berlembing, ~ dan berkeris; 2. bergaduh atau berkelahi dgn menggunakan parang: hampir-hampir mereka ~ di sungai; memarang 1. menetak (memotong dll) dgn parang (golok dll): mereka meluru dan ~ kiri dan kanan; 2. memberi garisan panjang (mencoret) pd tulisan yg salah; memarangkan menetakkan (parang, golok, pedang): dihunuskannya pisau dr pinggangnya dan diparangkannya kpd anak kera itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj alat drpd besi yg bermacam-macam bentuknya tetapi lebih besar drpd pisau, digunakan utk memotong, sbg senjata dsb; sj golok: ~ lading; ~ puting. memarang memotong atau menetak dgn parang. memarangkan menggunakan sesuatu sbg parang utk menetak: ~ pedang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
parang (kata nama)
Bersinonim dengan bedama, bendo, candung, dodong, golok, kudi.,

Puisi
 

Bukannya parang hulu permata,
     Parang sakti tidak berulu;
Bukan sekarang saya berkata,
     Sudah terjanji dari dahulu.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Suruh kerja golok Keling,
     suruh makan parang puting.

Bermaksud :

Malas bekerja tetapi banyak makan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
parang II; ikan ~ = ikan parang-parang sj ikan laut, Chirocentrus dorab.Kamus Dewan Edisi Keempat
puting1 bahagian pangkal parang yg runcing yg dimasukkan ke dlm hulu:<i> parang i>~ parang yg tidak berhulu. 2 = ~ susu i>bahagian hujung tetek. 3 benda yg dibuat drpd getah utk dinyunyut oleh anak-anak kecil. 4 unjuran pd bahagian hujung kayu yg dimasukkan ke dlm lubang tanggam (utk membuat sambungan). ~ beliung angin yg sangat kencang yg dpt menumbangkan bangunan dan tumbuh-tumbuhan.Kamus Pelajar
latuk; parang ~ sj parang yg bengkok hujung­nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
lading I; parang ~ sj parang yg lebar dan melengkung di tengah-tengah; ~ tajam sebelah prb orang yg mahu menerima sahaja tetapi tidak mahu memberi; ~ tak tahu akan majalnya prb orang yg tidak insaf akan keadaan dirinya; belakang (punggung) ~ kalau diasah lama-lama tajam juga prb orang bodoh kalau diajar dgn baik akan men­jadi pandai juga; mencencangkan ~ patah prb berbangga dgn sesuatu yg tidak ada harga­nya (yg telah hilang harganya); memakuk dgn belakang (punggung) ~ prb membuat permintaan atau pertanyaan yg menyakiti hati orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
cokok IV; parang ~ sj parang yg cengkok.Kamus Dewan Edisi Keempat
puting1 bahagian pangkal parang yg runcing yg dimasukkan ke dlm hulu: parang ~ parang yg tidak berhulu. 2 = ~ susu bahagian hujung tetek. 3 benda yg dibuat drpd getah utk dinyunyut oleh anak-anak kecil. 4 unjuran pd bahagian hujung kayu yg dimasukkan ke dlm lubang tanggam (utk membuat sambungan). ~ beliung angin yg sangat kencang yg dpt menumbangkan bangunan dan tumbuh-tumbuhan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ikan parang-parangsj ikan laut, Chirocentrus dorab.Kamus Dewan Edisi Keempat
gigi parang-paranggigi yg berbentuk kecil-kecil dan runcing;Kamus Dewan Edisi Keempat
lading, = parang ~ parang yg lebar dan melengkung di tengah-tengah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pemparangikan parang-parang.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas