parap I | ; memarap memukul dgn barang yg tidak tajam (dgn sisi pedang dll), menampar, menumbuk: diangkat baginda tangannya diparap baginda, lalu putus pengait itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
parap II | singkatan tandatangan; memarap menurunkan parap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belantik parap | belantik yg menyebabkan binatang terkena tombak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memarap | menurunkan parap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
monogram | reka bentuk yg melambangkan parap (huruf pertama nama seseorang) yg biasanya digores pd sesuatu (spt pen, sapu tangan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belantik I | sj perkakas utk menangkap binatang dan biasanya dibuat drpd tali dan pembidas (kalau binatang itu tersentuh tali ia akan terkena tombak, peluru atau jerat); ~ batang belantik yg dibuat drpd buluh yg dilubangkan di samping; ~ bidas = ~ embat = ~ terbang belantik yg menjerat kaki binatang; ~ pangkung belantik yg menyebabkan binatang kena pukul di kepala; ~ parak = ~ parap = ~ paut belantik yg menyebabkan binatang terkena tombak; ~ pesawat belantik yg menyebabkan binatang kena peluru senapang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |