alahan | 1. parit-parit yg dikeringkan, bekas alur sungai; 2. bendungan, empangan, tebat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alah III | ; mengalah membendung (sungai utk mengambil ikan), menebat, mengempang; alahan 1. parit-parit yg dikeringkan, bekas alur sungai; 2. bendungan, empangan, tebat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebu | 1 penuh berisi dgn sesuatu; tersumbat (bkn hidung); terkambus (bkn parit); sendat: Perutnya ~. Parit yg ~ diperdalam. 2 ki sesak dada (spt orang akan menangis). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sebu | 1. penuh berisi: perut saya ~ dan kenyang sebagaimana ~ dan kenyangnya perut-perut Pak Menteri; 2. tersumbat (hidung, saluran, dll); 3. terkambus (parit, sungai, dll), sendat: parit yg ~ diperdalam; 4. ki sebak, sesak: Sharifah Aini tidak bersuara lagi, dadanya terasa ~ benar; menyebu mengisi penuh-penuh, memadat-kan, mengambus, menimbus: asap putih yg ~ tekaknya itu dihembusnya perlahan-lahan; menyebukan menjadikan sebu, menimbusi, menimbuni: serpih-serpih itu boleh ~ lubang, dan juga merosakkan mata alat pemotong; kesebuan perihal atau keadaan sebu: ke-upayaan parit dan sungai yg sedia ada tidak mencukupi, tambah pula dgn ~ kelodak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
parit | 1 alur yg dibuat utk mengalirkan air ke luar; longkang. 2 lubang panjang di tanah tempat berlindung atau tempat berkubu dlm peperangan. 3 tali air utk mengairi sawah dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
parit | 1 alur yg dibuat utk mengalirkan air ke luar; longkang. 2 lubang panjang di tanah tempat berlindung atau tempat berkubu dlm peperangan. 3 tali air utk mengairi sawah dll. | Kamus Pelajar |
parit | 1. alur (salur dll) utk mengalirkan air dll; 2. lubang yg panjang dlm tanah (sbg kubu dll); 3. alir, terusan air, tali air; 4. lubang tempat menggali bijih dll, lombong; 5. alur atau jalur pd kayu dll; 6. ark ranjau darat (laut); berparit mempunyai parit: kebun sayurnya agak luas, berpagar dan ~ di sekelilingnya; memarit membuat (menggali) parit; perparitan yg berkaitan dgn parit: masalah bekalan air dan ~; pelan-pelan ~; projek ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bandar II | parit, tali air: ~ sawah itu sudah ditutup; ~ sampah parit tempat membuang sampah; upah lalu ~ tak masuk prb tidak sedikit pun mendatangkan hasil;membandarkan mengalirkan (air ke); ~ air ke bukit prb pekerjaan yg sia-sia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebu | 1 penuh berisi dgn sesuatu; tersumbat (bkn hidung); terkambus (bkn parit); sendat: Perutnya ~. Parit yg ~ diperdalam. | Kamus Pelajar |
titi | = titian jambatan (drpd batang pokok, papan, dll), lorong kecil (sempit) yg dilapiki papan (batu dsb) tempat berpijak sewaktu berjalan: sepotong batang kelapa dijadikan ~ di atas parit itu; ~ udara jambatan udara; bertiti mempunyai (ada) titi: longkang yg besar itu tidak ~; bertitikan mempunyai sesuatu sbg titi: parit itu ~ batang pokok kelapa; meniti 1. berjalan di titi, berjalan di lorong (di jalan sempit) yg berlapikkan kayu (batu dsb): Saufi ~ batang kayu di atas sungai itu dgn hemat hingga sampai ke tebing; 2. ki menjalani, mengharungi (perlahan-lahan); 3. ki menjalar, merebak, meresap: perlahan-lahan ~lah perasaan kesedaran dlm dirinya; tiadalah hairan jika nama gadis itu ~ dr satu lidah ke satu lidah anak-anak muda; ~ buih a) sudah hampir separas bibir perahu dgn permukaan air (bkn perahu yg sarat); b) ki membuat sesuatu yg sukar; titian 1. titi; 2. ki sesuatu yg menjadi penghubung antara dua pihak dll; ~ berakuk tipu muslihat (utk memperdaya orang); ~ air polongan asap prb orang pengantara yg meno | Kamus Dewan Edisi Keempat |