rapat bukit | sj tumbuhan (pokok yg kayunya boleh dibuat rumah), rengas, kayu paruh-paruh, Melanochyla angustifolia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rapat III | ; ~ bukit sj tumbuhan (pokok yg kayunya boleh dibuat rumah), rengas, kayu paruh-paruh, Melanochyla angustifolia; kayu ~ sj tumbuhan (pokok menjalar yg kulitnya dibuat ubat), akar serapat putih, akar gerip putih, Parameria bata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gagak | 1. sj burung dendang berbulu hitam berkilat dan berbunyi garuk; ~ paruh besar, Corvus macrorhynchos; ~ hutan = ~ paruh rampai, Corvus enca; 2. = ~ gunung sj burung, Cissa chinensis; 3. = ~ paruh emas sj burung, Urocissa flavirostris; ~ bersuara murai prb seorang yg hodoh rupanya tetapi mempunyai suara merdu dan budi bahasa yg baik; ~ lalu punggur rebah prb orang yg ingin menunjukkan kuasanya (berlaku tidak adil kpd yg lemah); ketika ~ putih bangau hitam prb pd zaman dahulukala; selama hitam ~, selama air mengalir jua prb kekal abadi (selama-lamanya); spt burung ~ pulang ke benua prb walaupun sudah merantau tidak berubah keadaannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sudu I | 1. paruh yg lebar (paruh itik dll); 2. alat (drpd tempurung, tembikar, logam, dll) utk mencedok gulai dll, camca, senduk, alat pencedok (drpd daun pisang dll); 3. = ~ hati tulang hulu hati (tulang dada yg di bawah sekali); menyudu 1. mematuk dgn sudu (itik dll): bunyi hirupannya macam bunyi itik ~; 2. mencedok dgn sudu; tersudu sudah disudu, dapat disudu; sudah tidak ~ oleh angsa, baharu diberikan kpd itik prb barang yg tiada berguna kpd orang kaya (mulia) itu barulah diperoleh orang miskin (hina). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memagut | mengenakan paruh atau mulut pd sesuatu dgn cepat; mematuk dgn paruh (bkn ayam dll); menggigit (bkn ular); mencatuk: Burung kakaktua itu terus ~ mata anak raja itu sehingga buta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cotok | paruh binatang (spt yg terdapat pd ayam, burung dsb). mencotok mematuk (dgn paruh); memagut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pagut | ; memagut mengenakan paruh atau mulut pd sesuatu dgn cepat; mematuk dgn paruh (bkn ayam dll); menggigit (bkn ular); mencatuk: Burung kakaktua itu terus ~ mata anak raja itu sehingga buta. pagutan hasil memagut; patukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pagut; memagut | mengenakan paruh atau mulut pd sesuatu dgn cepat; mematuk dgn paruh (bkn ayam dll); menggigit (bkn ular); mencatuk:<i> Burung kakaktua itu terus ~ mata anak raja itu sehingga buta.i> pagutan hasil memagut; patukan. | Kamus Pelajar |
cotok | paruh binatang (spt yg terdapat ayam, burung dsb). mencotok mematuk (dgn paruh); memagut. | Kamus Pelajar |
patuk | ; mematuk 1 memagut dgn paruh; mencatuk: Ayam ~ cacing. 2 memukul ke depan (bkn picu senapang dll). patukan gerakan paruh ketika mematuk; pagutan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |