Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pasang I 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berpasang-pasang1. banyak pasang, bebe­rapa pasang: ~ kasut yg dibelinya; 2. berdua­-dua, sepasang-sepasang: kasut itu disusun ~; mereka datang ke kelab malam itu ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
berpasang-pasang1 berdua-dua; sepasang-sepasang: Kemudian mereka pun menari ~. 2 beberapa pasang: ~ kasut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berpasangan; berpasang-pasang 1. banyak pasang, bebe­rapa pasang: ~ kasut yg dibelinya; 2. berdua­-dua, sepasang-sepasang: kasut itu disusun ~; mereka datang ke kelab malam itu ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
berpasang; berpasang-pasang 1. banyak pasang, bebe­rapa pasang: ~ kasut yg dibelinya; 2. berdua­-dua, sepasang-sepasang: kasut itu disusun ~; mereka datang ke kelab malam itu ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
rabung1. puncak bumbung rumah; air pasang ~ pasang yg naik tinggi-tinggi; bercakap ~ bercakap besar (banyak); 2. jalur tanah tinggi yg panjang, barisan bukit, kemuncak bukit; 3. Kd terlalu ramah, bercakap banyak; merabung membumbung tinggi, memuncak, meninggi; air pasang ~ air pasang rabung; perabung, perabungan puncak atap rumah, puncak bumbung rumah; ~ limas (panjang) Id bumbungan rumah yg berbentuk limas (panjang); berperabungkan mempunyai perabung: ruang tetamu bersiling tinggi yg berhiaskan kayu dan ~ konkrit.Kamus Dewan Edisi Keempat
sorong1. = sorongan gerakan (bergeser) ke hadapan; kotak ~ (sorong-sorong, sorongan) laci meja; 2. tolak (ke hadapan), dorong: maka disuruh baginda ~, tiada tersorong; ~ dayung menolak air dgn dayung, melais; air ~ buih air pasang turun; angin ~ buritan angin yg bertiup dr belakang perahu; kereta ~ kereta yg beroda dan ditolak dr belakang; 3. rasuah, sogok; kena ~ menerima rasuah; tahan jerat ~ kepala prb hendak mencelakakan orang, tetapi diri sendiri yg mendapat celaka; menyorong, menyorongkan 1. menolak (menolakkan) ke hadapan, mendorong: ter­dengar kerusi disorong tarik; maka disuruh baginda ~, tiada tersorong; ~ dayung me­nolak air dgn dayung, melais; 2. memberikan, mengunjukkan, menghulurkan: Wan Derus mengajak gurunya duduk sambil ~ tepak sirih; ~ tangan menghulurkan; 3. memberi rasuah, menyogok: segala saudagar itu ~, ada yg seratus, ada yg dua ratus; 4. meng­ajak, mempelawa, menganjurkan: ~ damai; 5. memberikan dgn paksa, memaksa-maksa­kan, menyodorkan; 6. bk menyetubuhi; 7. mulai (pasang atau surut): air telah mulai ~ pasang; tersorong 1. dapat disorong, terdorong, ter­tolak: maka disuruh baginda sorong, empat lima puluh orang tiada ~; 2. Mn terlanjur atau terlepas (kata dll); bajak sudah ~ ke bencah prb sudah tidak dapat ditarik kembali; tersorong-sorong tersua-sua, terdorong­-dorong, tersodor-sodor (diri dll); hidung tak mancung pipi ~ prb a) suka ikut campur dlm urusan orang lain; b) suka menonjol-nonjol­kan diri; sorongan 1. dorongan, tolakan: di satu se­lekoh, ia terpaksa melambatkan ~ basikal­nya; 2. yg disorong (disorongkan); 3. pem­berian, hadiah: pengemis itu menyambut ~ itu dgn penuh syukur.Kamus Dewan Edisi Keempat
bodek(bodék)1. bk kemaluan laki-laki; 2. = sakit ~ burut: burut atau ~ ialah penyakit pasang-pasang; 3. bp mengangkat, mengampu, mencari muka: dia kuat ~, sebab itu dapat naik pangkat;membodek menyanjung, memuji dsb seseorang dgn tujuan mendapatkan sesuatu daripadanya, mengampu: sesiapa yg pandai ~ ketua, barangkali dialah yg akan mendapat penghargaan;pembodek orang yg suka membodek, pengampu.Kamus Dewan Edisi Keempat
pasang II1. naik atau menjadi bertambah (air laut, sungai), lwn surut: apabila air ~ , tidak mungkin kita menyeberangi kuala sungai itu; 2. ki semakin kuat (bkn penyakit); ~ anak air pasang kecil yg berlaku pd suku pertama (pengakhir) bulan; ~ bah air pasang yg mengakibatkan bah (tenggelam); ~ besar (perbani) air pasang besar pd masa bulan muda (atau penuh); ~ keling air pasang besar sekali; ~ kering air surut (timpas); ~ menyurut air pasang yg sedang naik (di laut); ~ penuh air pasang yg penuh atau besar (sebelum surut); ~ purnama air pasang tatkala bulan purnama; ~ surut a) = ~ turun air laut (sungai) surut atau turun; b) banyak atau sedikitnya, baik atau buruknya dll (bkn hasil, keadaan, dll); adat ~ berturun naik = air pun ada ~ surutnya = takkan ~ selalu, di mana surut sentiasa prb keadaan (kekayaan, pangkat, dll) itu tiada tetap; ibarat ~ masuk muara prb perkataan (celaan) yg tiada ditahan-tahan keluarnya; kalau takut dilimbur ~, jangan berumah di tepi pantai prb kalau takutkan kesusahan, jangan buat sesuatu pekerjaan; tidak mengenang ~ surut prb tidak memikirkan kesusahan yg mungkin terjadi pada kemudian hari; berpasang; ~ surut ada pasang surutnya: hidup tanpa jadual ini mengakibatkan pendapatan kami ~ surut.Kamus Dewan Edisi Keempat
pasang I1. jodoh, kelamin (laki-laki dan perempuan atau jantan dan betina); 2. dua benda yg melengkapi satu sama lain: tiga ~ selipar, dua ~ stoking; 3. selengkap, sepe­rangkat, satu set: dua ~ pakaian; sepasang 1. satu pasang, sejodoh, sekelamin, selengkap: ~ pengantin; ~ baju Melayu; ~ merpati a) sekelamin burung merpati jantan dan betina; b) ki sekelamin lelaki dan perem­puan; 2. sesuai (dgn), sepadan (dgn): tali lehernya ~ dgn bajunya; 3. = ~ dgn merupa­kan pasang (dgn), selengkapan (dgn): barang ini ~ dgn yg di atas meja; berpasang = berpasangan; berpasang-pasang 1. banyak pasang, bebe­rapa pasang: ~ kasut yg dibelinya; 2. berdua­-dua, sepasang-sepasang: kasut itu disusun ~; mereka datang ke kelab malam itu ~; memasangkan menjadikan sepasang (dgn), menjodohkan; pasangan 1. barang apa yg merupakan pa-sang (jodoh dll): ~ dr Malaysia itu telah berjaya memenangi set pertama; 2. jodoh (imbangan, lengkapan): ~ hidup; benda ini mana ~nya? berpasangan 1. merupakan pasangan kpd: gelas ini ~ dgn yg itu; 2. = berpasang-pa­sangan berpasang, berdua-dua (sepasang-sepasang): para tamu sama ~ mengikuti irama muzik.Kamus Dewan Edisi Keempat
sakit1. menderita sesuatu (spt demam, pening, dll) yg menyebabkan seluruh tubuh atau se-suatu bahagiannya tidak segar, (berada dlm keadaan) tidak sihat, uzur: tekaknya ~; adikku ~; 2. ki menderita kesusahan (kesengsaraan, kesedihan, dll), sedih: kalau engkau terlalu boros begini alamat ~lah hidup engkau nanti; ~ akal gila; ~ angau rindu akan kekasih (bkn orang dlm percintaan); ~ angin pasang-pasang sj sakit angin pasang-pasang yg menyebabkan buah zakar laki-laki bengkak; ~ angin se-lenyap sj sakit angin pasang-pasang yg menyebabkan kemaluan laki-laki tidak nampak; ~ angin taufan = ~ (maha)raja singa penyakit yg berpunca drpd perhubungan seks (perhu-bungan kelamin) secara liar, sifilis; ~ asabat sakit pd urat saraf; ~ baka beguk; ~ berat = ~ lasat = ~ payah sakit yg teruk; ~ fikiran = ~ ingatan = ~ otak gila; ~ gajah = ~ gajah-gajahan elefantiasis, untut; ~ hati berasa sangat tersinggung dan marah (kerana dihina dll); ~ jantung apa sahaja penyakit yg ada kaitan dgn jantung; ~ jiwa a) sakit mental; b) bp tidak tenteram fikiran kerana ada unsur-unsur yg menekan jiwa; ~ kepala pening kepala; ~ kuning sakit yg menyebabkan tubuh menjadi kuning; ~ mental tidak siuman fikiran-nya, sakit otak, gila; ~ menimpa sesal terlambat prb perbuatan yg terlanjur dan tidak dapat diubah lagi; ~ perut, baharu tahu di liang lantai prb sesudah men-dapat kesusahan baru teringat akan yg perlu; ~ sama mengaduh, luka sama menyiuk prb sama-sama bertanggungjawab; apa boleh buat, biar ~ dahulu senang kemudian prb biarlah bersusah-susah dahulu asalkan senang kemudiannya; lain ~, lain diubat, lain luka, lain dibebat prb jawab yg bersalahan dgn soalan (lain yg diminta, lain yg diberikan); tiada ~ makan ubat prb menyusahkan diri sendiri; bersakit, bersakit-sakit 1. berusaha benar-benar (utk memperoleh sesuatu), bersusah payah: tidak akan dapat mencapai sesuatu dgn tidak ~; 2. selalu sakit: sudah beberapa lama dia ~ sahaja; 3. menderita kesusahan (kesukaran, kesulitan, dll): bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian; menyakit mendatangkan sakit (sengsara, sedih dll): segala maki hamun tidak ~ pada-nya; menyakiti 1. menyebabkan berasa sakit (sengsara, sedih, pilu, dll): janganlah kamu suka mengganggu dan ~ orang lain; aku tidak sanggup ~ hatimu; 2. ark sakit ketika melahirkan anak: ketika itu bininya sedang ~; menyakitkan menjadikan sakit (susah, risau, sedih, tidak senang, dll), menyebabkan berasa sakit: hulu kikir yg bujur atau runcing boleh ~ tangan ketika menggunakannya; ~ hati menyebabkan (seseorang) berasa sangat tersinggung dan marah (kerana telah dihina dsb): Zarina ketawa seolah-olah me­ngejek-nya, ini ~ hatinya; ~ mata merupakan sesuatu yg sangat buruk, tidak menyenangkan sesiapa yg melihatnya; kesakitan 1. perihal sakit, menderita sakit (susah dll): raja itu pun terlentang selaku orang ~ sangat; 2. sengsara, kesusahan hidup; penyakitan, berpenyakitan selalu sakit-sakit, selalu menghidap penyakit, sentiasa dihinggapi penyakit: anak yg berpenyakitan dan tidak cerdas dan cerdik; penyakit 1. sesuatu yg menyebabkan badan menjadi sakit (atau yg mengganggu kesihatan): dia sudah sihat drpd ~ lelah; ~ berjangkit penyakit yg mudah berjangkit (spt kurap, malaria, dll); ~ kelamin penyakit berjangkit yg lazimnya tersebar melalui hubungan seks; ~ mental (Ubat) gangguan mental; ~ organik (Ubat) penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh; ~ tidur (Ubat) penyakit yg ditularkan kpd manusia melalui gigitan lalat tsetse (terutamanya di Afrika), dan dicirikan dgn demam yg berulang, pening, mengantuk, dan bengkak pd bahagian tertentu tubuh; 2. ki sesuatu yg menyebabkan keburukan, kepincangan hidup dll yg merebak (spt pelacuran, rasuah, dll), sesuatu yg me­nyusahkan: pengangguran menjadi ~ dlm negeri itu; ~ sosial amalan atau perlakuan yg tidak baik yg berlaku dlm masyarakat, mis penagihan dadah dan tabiat melepak; 3. ki, Id bangsat, sial (makian); berpenyakit menghidap penyakit, selalu menghidap sesuatu penyakit; pesakitan Id 1. orang yg didakwa (dlm mahkamah): polis telah menyilakan ~ masuk menerima hukumannya; 2. orang tahanan; pesakit orang yg sakit, si sakit; ~ dalam pesakit yg dimasukkan ke dlm wad utk menjalani rawatan penyakitnya; ~ luar pesakit yg hanya menerima rawatan di hospital atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke dlm wad.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas