pasar besar | pasar yg terbesar di sesuatu kawasan tempat barang makanan spt ikan, sayur, dan buah-buahan dijual. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pasar besar | pasar (tempat menjual ikan, sayur, dll) yg terbesar di sesuatu tempat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berangkai | dirangkaikan (antara satu dgn yg lain), bersambung: Pasar Besar mempunyai kedai-kedai ~ yg menjual pelbagai jenis barangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rangkai | beberapa benda yg dihubungkan (dikaitkan, dipautkan): lampu tiga se~; bentuk-bentuk penambah yg ditulis se~ dgn kata-kata dasar; se~ pantun serangkap pantun; ~ hati Mn kekasih; ~ kata kelompok beberapa kata; berangkai dirangkaikan (antara satu dgn yg lain), bersambung: Pasar Besar mempunyai kedai-kedai ~ yg menjual pelbagai jenis barangan; berangkai-rangkai bersambung-sambung, berkait-kait, berpaut-paut: huruf Rumi dituliskan ~; banjaran gunung yg ~; merangkaikan menghubungkan berangkai-rangkai, memautkan, mengaitkan: tulang belakang terjadi drpd beberapa kerat tulang yg dirangkaikan oleh urat tendon; Indonesia sedang ~ kerjasama dgn dua lagi anggota OPEC; menyerangkaikan menjadikan serangkai; rangkaian 1. hubungan, kaitan: tiap katanya mempunyai tugas penuh di dlm ~nya masing-masing; 2. sesuatu yg bersambung-sambung (berkait-kait): nyonya presiden dgn penuh rasa kasih sayang mengalungkan ~ puspa wangi pd ibu bapa; 3. untaian (kejadian dll), kumpulan (berbagai-bagai karangan dll), siri: orang Melayu menganggap bahawa sejarah atau ~ peristiwa sejarah lebih menghibur; ~ cerita James Bond; 4. hubungan susunan (huruf, kata, ayat): setiap kata mempunyai tugas penuh dlm ~nya masing-masing; ~ kata ungkapan; 5. (Mat) kumpulan atau untaian lambang atau angka yg menyatakan suatu jumlah, spt a(p + 2q) + 3b(4x + 2y); 6. sebilangan benda, peristiwa, dll yg bertalian: se~ harapan; Pulau Thursday terletak di se~ pulau di Selat Torres; 7. kumpulan atau sistem yg berhubungan antara satu sama lain: satu ~ kedai; satu ~ pemasaran yg dapat menyelaraskan keluaran; berangkaian mempunyai rangkaian: misi yg dimaksudkan itu menawarkan rumusan perniagaan ~ bersama rakan niaga yg lain; perangkaian perihal (proses, perbuatan dsb) merangkaikan sesuatu (spt sistem dsb); perangkai yg merangkaikan (menghubungkan); kata ~ (Lin) kata depan, mis dari, di dan ke. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pasar | 1 tempat orang berjual beli; pekan: Saya hendak ke ~ membeli sayur. 2 perdagangan mengenai barang-barang tertentu saja: ~ getah; ~ wang. ~ amal (derma) pasar yg diadakan utk mengutip derma. ~ besar pasar yg terbesar di sesuatu kawasan tempat barang makanan spt ikan, sayur, dan buah-buahan dijual. ~ borong pasar tempat barang-barang dijual secara borong. ~ gelap a. tempat barang-barang yg terlarang di sisi undang-undang dijual. b. jual beli secara haram atau melanggar undang-undang. ~ malam a. pasar yg diadakan pd waktu malam: berniaga di ~ malam. b. tempat berbagai-bagai pertunjukan dll diadakan utk beberapa malam saja. ~ minggu pasar yg diadakan seminggu sekali saja (pd hari minggu). memasarkan menjual barang-barang dagangan; memperdagangkan: Pihak MARA telah berusaha ~ kain batik ke luar negara. pasaran 1 permintaan atau pembelian atas sesuatu barang: Kasut buatan tempatan mendapat ~ yg baik di luar negara. 2 peluang perdagangan atau penjualan: ~ luar negara. pemasaran perbuatan atau hal memasarkan (sesuatu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pasar I | bangunan atau kelompok gerai dsb tempat menjual (biasanya) barang-barang makanan keperluan sehari-hari, tempat (lapangan dsb utk) orang berjual beli: ~ Chow Kit di Kuala Lumpur; lebuh pekan ~ pun penuh dgn kedai; ~ amal (derma, ria) pasar yg diadakan oleh badan amal dll utk mengutip derma; ~ besar pasar (tempat menjual ikan, sayur, dll) yg terbesar di sesuatu tempat; ~ borong pasar tempat menjual barang-barang dagangan secara borong atau banyak-banyak kpd peniaga runcit; ~ gelap tempat berjual beli yg tidak dibenarkan menurut undang-undang (barang-barang yg diharamkan dll); ~ lambak tempat menjual barang-barang murah yg dilambakkan (spt di tepi jalan dll); ~ malam a) pasar pd waktu malam; b) tempat diadakan bermacam-macam pertunjukan (tempat makan dll) yg dibuka utk beberapa hari pd waktu malam; ~ mini kedai moden yg tidak berapa besar yg menjual barang-barang makanan (biasanya dlm tin, bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan sehari-harian secara layan diri; ~ modal = pasaran modal (Eko) badan (lembaga) kewangan yg meminjamkan wang (bank dll); ~ raya kedai moden yg besar yg menjual berbagai-bagai barang makanan (biasanya dlm tin, bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan lain secara layan diri; ~ tahunan pasar yg ada bermacam-macam pertunjukan dll yg diadakan tiap-tiap tahun; ~ tani pasar yg khusus utk para petani memasarkan terus hasil-hasil pertanian mereka kpd orang ramai; memasarkan 1. menjual sesuatu di pasar; 2. memperdagangkan: ~ barang-barang pengeluaran; pasaran 1. kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli); 2. lingkungan (keluasan, kemungkinan, dsb) perniagaan yg memberi kesempatan utk penjualan barang-barang atau perkhidmatan: kita harus bekerja keras utk mencari ~ di luar negeri; 3. permintaan pembeli atau penawaran penjual: bukunya mendapat ~ baik selama beberapa minggu di Amerika; pegawai ~ orang yg bertugas memperluas (mencari dll) pasaran utk barang-barang; 4. kualiti kurang baik (barang dagangan); ~ bebas (Eko) kawasan tempat orang berjual beli dgn bebas tanpa sekatan harga (banyaknya); ~ bersama (Eko) beberapa negara yg meniadakan (menghapuskan) cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yg sama terhadap negara lain; ~ buruh pasaran yg berkaitan dgn penawaran dan permintaan tenaga manusia; ~ dlm negeri pasaran terhad di dlm negeri; ~ dunia pasaran di negaranegara di dunia (antarabangsa); ~ saham tempat berjual beli saham; ~ terbuka pasaran yg tidak dikenakan sekatan atau rintangan (terbuka kpd semua peniaga) dgn harga barang bergantung pd penawaran dan permintaan; ~ wang (Eko) pusat (tempat) berjual beli mata wang luar (emas dll); pemasaran perihal atau perbuatan memasarkan: rancangan ~ utk pekebun-pekebun kecil; Lembaga P~ Pertanian Persekutuan badan yg membantu (menguruskan dll) penjualan hasil-hasil pertanian; pemasar pihak (orang, firma dsb) yg memasarkan sesuatu produk, perkhidmatan dsb: ~ utama benih kayu jati tempatan; ~ pakaian berjenama itu sanggup membiayai kos pengiklanan yg agak besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pasar | 1 tempat orang berjual beli; pekan: Saya hendak ke ~ membeli sayur. 2 perdagangan mengenai barang-barang tertentu saja: ~ getah; ~ wang. ~ amal (derma) pasar yg diadakan utk mengutip derma. ~ besar pasar yg terbesar di sesuatu kawasan tempat barang makanan spt ikan, sayur, buah-buahan dll dijual. ~ borong pasar tempat barang-barang dijual secara borong. ~ gelap a. tempat barang-barang yg terlarang di sisi undang-undang dijual. b. jual beli secara haram atau melanggar undang-undang. ~ malam a. pasar yg diadakan pd waktu malam: berniaga di ~ malam. b. tempat berbagai-bagai pertunjukan dll yg diadakan utk beberapa malam saja. ~ minggu pasar yg diadakan seminggu sekali saja (pd hari minggu). memasarkan menjual barang-barang dagangan; memperdagangkan: Pihak MARA telah berusaha ~ kain batik ke luar negeri. pasaran 1 permintaan atau pembelian atas sesuatu barang: Kasut buatan tempatan mendapat ~ yg baik di luar negeri. 2 peluang perdagangan atau penjualan: ~ luar negeri. pemasaran perbuatan atau hal memasarkan (sesuatu). | Kamus Pelajar |
belanja | 1 wang yg digunakan utk sesuatu tujuan: Perayaan menyambut Hari Kebangsaan itu telah memakan ~ yg besar. 2 = ~ pasar, = wang ~ wang yg digunakan utk keperluan sehari-hari: Saya menggunakan sepuluh ringgit saja utk ~ sehari. berbelanja 1 membeli barang-barang di kedai atau di pasar: Mereka ~ besar utk menyambut Hari Raya Puasa. 2 mengeluarkan wang utk membayar: Kerajaan telah ~ dgn banyaknya utk membina sekolah-sekolah. membelanjai mengeluarkan belanja utk seseorang; membiayai: Sewaktu saya bersekolah dahulu, abang sayalah yg ~ saya. membelanjakan mengeluarkan atau menggunakan wang utk sesuatu tujuan: Dia ~ wangnya utk pendidikan anak-anaknya. perbelanjaan 1 cara atau kaedah mengeluarkan wang; hal berbelanja. 2 apa-apa yg dibelanjakan: ~nya tiap-tiap bulan cuma dua ratus ringgit saja. pembelanjaan perbuatan, hal dsb membelanjai atau membelanjakan. pembelanja orang yg suka berbelanja. belanjawan anggaran pendapatan dan perbelanjaan utk sesuatu jangka waktu (terutama yg dibuat oleh pemerintah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbelanja | 1 membeli barang-barang di kedai atau di pasar: Mereka ~ besar utk menyambut Hari Raya Puasa. 2 mengeluarkan wang utk membayar: Kerajaan telah ~ dgn banyaknya utk membina sekolah-sekolah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbelanja | 1. membeli barang-barang di kedai atau di pasar: Mereka ~ besar utk menyambut Hari Raya Puasa. 2. mengeluarkan wang utk membayar: Kerajaan telah ~ dgn banyaknya utk membina sekolah-sekolah. | Kamus Pelajar |