Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pasar (kata nama)
Bersinonim dengan pekan, pekan sari, pasar raya, pasar mini, pasar malam, pasar kering, pasar basah, pasar tani, pasar besar, pesara, pasara;,
Kata Terbitan : memasarkan, pasaran, pemasaran,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pasaran1. kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli); 2. lingkungan (keluasan, kemungkinan, dsb) perniagaan yg memberi kesempatan utk penjualan barang-barang atau perkhidmatan: kita harus bekerja keras utk mencari ~ di luar negeri; 3. permintaan pembeli atau penawaran penjual: bukunya mendapat ~ baik selama beberapa minggu di Amerika; pegawai ~ orang yg bertugas memperluas (mencari dll) pasaran utk barang-barang; 4. kualiti kurang baik (barang dagangan); ~ bebas (Eko) kawasan tempat orang berjual beli dgn bebas tanpa sekatan harga (banyak­nya); ~ bersama (Eko) beberapa negara yg meniadakan (menghapuskan) cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yg sama terhadap negara lain; ~ buruh pasaran yg berkaitan dgn penawaran dan permintaan tenaga manusia; ~ dlm negeri pasaran terhad di dlm negeri; ~ dunia pasaran di negara­negara di dunia (antarabangsa); ~ saham tempat berjual beli saham; ~ terbuka pasaran yg tidak dikenakan sekatan atau rintangan (terbuka kpd semua peniaga) dgn harga barang bergantung pd penawaran dan permintaan; ~ wang (Eko) pusat (tempat) berjual beli mata wang luar (emas dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
pasar1 tempat orang berjual beli; pekan: Saya hendak ke ~ membeli sayur. 2 perdagangan mengenai barang-barang tertentu saja: ~ getah; ~ wang. ~ amal (derma) pasar yg diadakan utk mengutip derma. ~ besar pasar yg terbesar di sesuatu kawasan tempat barang makanan spt ikan, sayur, dan buah-buahan dijual. ~ borong pasar tempat barang-barang dijual secara borong. ~ gelap a. tempat barang-barang yg terlarang di sisi undang-undang dijual. b. jual beli secara haram atau melanggar undang-undang. ~ malam a. pasar yg diadakan pd waktu malam: berniaga di ~ malam. b. tempat berbagai-bagai pertunjukan dll diadakan utk beberapa malam saja. ~ minggu pasar yg diadakan seminggu sekali saja (pd hari minggu). memasarkan menjual barang-barang dagangan; memperdagangkan: Pihak MARA telah berusaha ~ kain batik ke luar negara. pasaran 1 permintaan atau pembelian atas sesuatu barang: Kasut buatan tempatan mendapat ~ yg baik di luar negara. 2 peluang perdagangan atau penjualan: ~ luar negara. pemasaran perbuatan atau hal memasarkan (sesuatu).Kamus Pelajar Edisi Kedua
pasaran1 permintaan atau pembelian atas sesuatu barang: Kasut buatan tempatan mendapat ~ yg baik di luar negara. 2 peluang perdagangan atau penjualan: ~ luar negara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bulis(Eko) 1. mengalami kenaikan harga saham (bkn pasaran saham): empat drpd lima petunjuk teknikal beralih ~; 2. pelabur yg percaya bahawa harga pasaran saham sedang meningkat.Kamus Dewan Edisi Keempat
pasaran1 permintaan atau pembelian atas sesuatu barang: Kasut buatan tempatan mendapat ~ yg baik di luar negeri. 2 peluang perdagangan atau penjualan: ~ luar negeri. Kamus Pelajar
rali1. perlumbaan kenderaan bermotor di tempat tertentu, spt di estet, jalan raya dsb: dia pernah menyertai ~ kereta klasik antara­bangsa Bejing-Paris; 2. (Eko) kenaikan harga saham dsb secara keseluruhan selepas meng­alami suatu kejatuhan; ~ teknikal kenaik­an secara menyeluruh sesuatu saham atau sekumpulan saham utk jangka masa pendek dlm pasaran semasa pasaran menurun; 3. (Suk) pertukaran pukulan antara pemain dlm beberapa siri sehingga satu mata diperoleh spt dlm permainan badminton dan skuasy.Kamus Dewan Edisi Keempat
pasar Ibangunan atau kelompok gerai dsb tempat menjual (biasanya) barang-barang makanan keperluan sehari-hari, tempat (la­pangan dsb utk) orang berjual beli: ~ Chow Kit di Kuala Lumpur; lebuh pekan ~ pun penuh dgn kedai; ~ amal (derma, ria) pasar yg diadakan oleh badan amal dll utk mengutip derma; ~ besar pasar (tempat menjual ikan, sayur, dll) yg terbesar di sesuatu tempat; ~ borong pasar tempat menjual barang-barang dagangan secara borong atau banyak-banyak kpd pe­niaga runcit; ~ gelap tempat berjual beli yg tidak dibenarkan menurut undang-undang (barang-barang yg diharamkan dll); ~ lambak tempat menjual barang-barang murah yg dilambakkan (spt di tepi jalan dll); ~ malam a) pasar pd waktu malam; b) tempat diadakan bermacam-macam pertunjukan (tempat makan dll) yg dibuka utk beberapa hari pd waktu malam; ~ mini kedai moden yg tidak berapa besar yg menjual barang-barang makanan (biasanya dlm tin, bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan sehari-harian secara layan diri; ~ modal = pasaran modal (Eko) badan (lembaga) kewangan yg meminjamkan wang (bank dll); ~ raya kedai moden yg besar yg menjual berbagai-bagai barang makanan (biasanya dlm tin, bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan lain secara layan diri; ~ tahunan pasar yg ada bermacam­-macam pertunjukan dll yg diadakan tiap-tiap tahun; ~ tani pasar yg khusus utk para petani memasarkan terus hasil-hasil pertanian mereka kpd orang ramai; memasarkan 1. menjual sesuatu di pasar; 2. memperdagangkan: ~ barang-barang pengeluaran; pasaran 1. kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli); 2. lingkungan (keluasan, kemungkinan, dsb) perniagaan yg memberi kesempatan utk penjualan barang-barang atau perkhidmatan: kita harus bekerja keras utk mencari ~ di luar negeri; 3. permintaan pembeli atau penawaran penjual: bukunya mendapat ~ baik selama beberapa minggu di Amerika; pegawai ~ orang yg bertugas memperluas (mencari dll) pasaran utk barang-barang; 4. kualiti kurang baik (barang dagangan); ~ bebas (Eko) kawasan tempat orang berjual beli dgn bebas tanpa sekatan harga (banyak­nya); ~ bersama (Eko) beberapa negara yg meniadakan (menghapuskan) cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yg sama terhadap negara lain; ~ buruh pasaran yg berkaitan dgn penawaran dan permintaan tenaga manusia; ~ dlm negeri pasaran terhad di dlm negeri; ~ dunia pasaran di negara­negara di dunia (antarabangsa); ~ saham tempat berjual beli saham; ~ terbuka pasaran yg tidak dikenakan sekatan atau rintangan (terbuka kpd semua peniaga) dgn harga barang bergantung pd penawaran dan permintaan; ~ wang (Eko) pusat (tempat) berjual beli mata wang luar (emas dll); pemasaran perihal atau perbuatan mema­sarkan: rancangan ~ utk pekebun-pekebun kecil; Lembaga P~ Pertanian Persekutuan badan yg membantu (menguruskan dll) pen­jualan hasil-hasil pertanian; pemasar pihak (orang, firma dsb) yg memasarkan sesuatu produk, perkhidmatan dsb: ~ utama benih kayu jati tempatan; ~ pakaian berjenama itu sanggup membiayai kos pengiklanan yg agak besar.Kamus Dewan Edisi Keempat
menembusi1 masuk terus ke sebelah; menusuk sampai tembus: Besi paku sebesar ini tidak dpt ~ papan yg begitu tebal. 2 meresap terus ke sebelah; melantasi: Ada jenis cahaya yg dpt ~ benda-benda keras, spt batu. 3 (dpt) melantasi pertahanan, pasaran dll: Teh jenis itu dpt ~ pasaran antarabangsa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
indeks(indéks) 1. daftar kata penting menurut abjad berserta nombor halaman terdapatnya kata tersebut, biasanya diletakkan di bahagian akhir sesebuah buku; 2. senarai tajuk buku, nama pengarang dsb yg disusun secara sistematik pd kad di perpustakaan, faharasat, katalog; 3. (Eko) laporan secara statistik yg digunakan sbg petunjuk utk mengukur prestasi harga, jumlah atau perkembangan sesuatu kumpulan barang atau aset, atau keadaan ekonomi pd suatu masa atau tempoh masa tertentu: ~ kewangan; ~ emas; ~ emas (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd semua kaunter yg tersenarai di papan utama dan merupakan salah satu indeks yg menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ harga (Eko) penunjuk purata harga sekumpulan barang bagi satu tempoh berbanding dgn purata harga bagi barang yg sama pd satu tahun asas; ~ harga pengguna (Eko) indeks harga yg menggambarkan perubahan harga runcit barang pengguna yg menjadi penunjuk penting bagi sesebuah negara dan digunakan utk mengira kadar inflasi dan kos sara hidup; ~ industri (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd 30 syarikat yg disenaraikan bagi sektor industri sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~ kewangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg tersenarai bagi sektor kewangan sahaja, termasuklah syarikat insurans di bank, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~ komposit (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat berkualiti tinggi dlm pelbagai sektor pasaran saham yg menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ komposit BSKL (Eko) indeks pasaran yg terdiri drpd 100 kaunter drpd kesemua sektor saham yg diurusniagakan di BSKL; ~ kualiti udara (Geog) indeks bagi bahan cemar yg diperoleh secara arbitrari yg memberikan satu nombor utk menilai aras kualiti udara; ~ perladangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg disenaraikan bagi sektor perladangan sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; mengindeks memasukkan (menyenaraikan) sesuatu dlm bentuk indeks: nama yg diindeks di sini mengikut nama yg sering digunakan; pengindeksan perihal, proses atau perbuatan mengindeks: perpustakaan digital perlu meneruskan fungsi pembangunan koleksi, pengkatalogan dan ~, peminjaman, pengedaran, rujukan, selain perkongsian maklumat.Kamus Dewan Edisi Keempat
cergas1. bertenaga dan giat (bkn orang, tubuh, otak, dsb), aktif: Aminah kanak-kanak yg ~; 2. pantas, cepat: mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah; 3. banyak men­jalankan atau terlibat dlm kegiatan dsb, giat, aktif: mengambil bahagian ~ dlm aktiviti sukan sekolahnya; sebuah jawatankuasa yg ~; 4. banyak kegiatannya menjual dan mem­beli (bkn pasaran saham); 5. (masih) menge­luarkan wap dan lahar (bkn gunung berapi), aktif: gunung berapi Etna masih ~; mencergaskan 1. menjadikan cergas (tubuh, otak, dsb): senaman boleh ~ otak; 2. menjadi­kan cergas (pantas, cepat), memantaskan, mencepatkan: mereka ~ pergerakan kaki dan tangan dlm latihan itu; 3. menjadikan cergas (giat, aktif), menggiatkan, mengaktifkan: ~ kembali pergerakan Persatuan Belia di kampungnya; 4. menjadikan cergas (pasaran saham), membanyakkan kegiatan menjual dan membeli saham; kecergasan 1. perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb): menjaga ~ fikiran dan badan setiap hari; 2. perihal cergas (pantas, cepat), kepantasan, kecepatan: ~ kanak-kanak cacat itu membuat kerja-kerja tangan mengagumkan pengunjung-pengunjung ke pusat itu; 3. perihal cergas (giat, aktif), kegiatan, keaktifan: ~nya dlm pergerakan persatuan itu mendapat perhatian pihak atasan; 4. perihal cergas (pasaran saham); 5. perihal cergas (bkn gunung berapi), keaktifan.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456789

Kembali ke atas