pateri | sj perekat drpd aloi timah dan timah hitam (utk melekatkan perkakas ayan dll); berpateri berlekat (bersambung) dgn pateri, mempunyai pateri; mematerikan 1. melekatkan dgn pateri: udaranya telah dikeluarkan sebelum tin itu dipaterikan; 2. ki melekatkan, menyambungkan (menyatukan dll) erat-erat: ~ perjanjian dgn sumpah; terpateri 1. sudah dipaterikan, sudah dilekatkan; 2. ki sudah dilekatkan (diperkukuh dll) erat-erat: sukar utk melupakan cinta yg telah ~ sekian lama; pematerian perihal (proses atau perbuatan) mematerikan: ~ kekisi besi yg patah; pemateri alat utk mematerikan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpateri | berlekat (bersambung) dgn pateri, mempunyai pateri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyalut pateri | melapis logam dll dgn pateri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pateri | perekat barang logam yg dibuat drpd timah dll. memateri 1 melekatkan dgn pateri. 2 ki menghubungkan atau menyatukan erat-erat: ~ perjanjian. 3 menjadikan melekat; melekatkan. pematerian perbuatan atau proses memateri. pemateri alat utk memateri sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyalut | ~ pateri melapis logam dll dgn pateri. | Kamus Pelajar |
salut | ~ pateri melapis logam dll dgn pateri. | Kamus Pelajar |
pateri | perekat barang-barang ayan yg dibuat drpd timah dll. memateri 1 melekatkan dgn pateri. 2 ki menghubungkan atau menyatukan erat-erat: ~ perjanjian. 3 menjadikan melekat; melekatkan. | Kamus Pelajar |
menyalut | memberi bersalut; membalut; membungkus: Dia ~ barang-barang tembaganya dgn kain. ~ pateri melapis logam dll dgn pateri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
solder | (soldér) IB pateri; menyolder memateri, mematerikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pati III | Mn pateri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |