Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata patut;

Puisi
 

Pisang awak jatuh berlerai,
     Jatuh sebiji ke sarung kain;
Patut tuan hendak bercerai,
     Sudah berjanji dengan yang lain.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Memberi barang kepada kera.

Bermaksud :

Mempercayai orang yang tiada patut dipercayai.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
orang patut-patutorang baik-baik;Kamus Dewan Edisi Keempat
patut II; akar ~ tuan sj tumbuhan (pokok memanjat), Thunbergia grandiflora.Kamus Dewan Edisi Keempat
berpatut-patutada had atau batasnya yg patut, berpada-pada;Kamus Dewan Edisi Keempat
berpatut-patutada had atau ada batas yg patut; berpada-pada: Kalau meminta, biarlah ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
patut1 baik lagi elok (bkn perangai dll); senonoh: Tidak ~ engkau berbuat kasar begitu kpdnya. 2 sesuai benar; layak; padan: Dia memang sudah ~ menerima penghormatan itu. 3 sudah seharusnya atau selayaknya: Penjahat itu ~ dihukum bunuh. 4 sebenarnya; sesungguhnya; tentu saja: Dialah yg ~ menjadi raja kerana dia yg tua. berpatut-patut ada had atau ada batas yg patut; berpada-pada: Kalau meminta, biarlah ~. berpatutan tidak lebih dan tidak kurang; cocok benar; berpadanan: Gajinya ~ dgn jawatannya. sepatutnya 1 apa-apa yg patut; semestinya; selayaknya: ~ engkaulah yg memegang jawatan itu. 2 tentu saja; sebenarnya; sudah seharusnya: ~lah ibunya meminta pertolongan drpdnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bajak Ialat utk menggemburkan tanah, tenggala, luku; ~ batas bajak utk membuat batas; ~ selalu di tanah yg lembut prb yg selalu menderita ialah orang yg lemah; ~ sudah terdorong ke bencah prb sudah terlanjur; dahulu ~ drpd jawi prb yg patut dahulu dikemudiankan, yg patut kemudian didahulukan;membajak menggemburkan tanah dgn bajak, menenggala, meluku: ~ sawah; ~ balas membajak utk kali yg kedua, pugar kedua;pembajakan perbuatan (kerja, proses, usaha) membajak, penenggalaan;pembajak 1. orang yg kerjanya membajak, penenggala; 2. alat utk membajak, tenggala: jentera ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
patut I1. baik atau elok (perangai, perbuatan, dll), senonoh: jangan kamu ingin akan yg tiada ~, dan jangan kamu bersalahan dua bersaudara; orang ~-~ orang baik-baik; 2. layak, sesuai (utk melakukan sesuatu dll):guru hendaklah tahu bila ia ~ bercakap dan bila ia ~ diam; aku periksa erti-erti perkataan itu dan bagaimana ~ dipakai; 3. tidak berlebihan atau berkurangan, padan, sesuai: harga barang itu sudah ~; 4. sl sepadan (dgn), sesuai benar (dgn), setuju: maka menjadi ~lah Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan spt saudara sejalan tadi; 5. berpadanan, seimbang, setimbal: belum ~ dosanya Hang Tuah ini dibunuh; kalau begitu ~ benar kaya-kaya orang Lampung itu; 6. tidak boleh tidak, mesti, wajib: ukuran dada ~ bertambah kira-kira tujuh setengah sentimeter apabila dikembangkan; 7. perlu, penting: ~ juga diberitahu di sini bahawa ...; 8. sudah seharusnya, selayaknya: jika orang bergelar itu ~ bergajah, dibawakan gajah; tetapi Menteri Muda bukan orang yg ~ dilupakan; 9. sebenarnya, sesungguhnya: pd ~nya, dialah yg menjadi raja kerana dia yg tuanya; 10. tidak dihairankan, padan benar: ~lah beria-ia benar dia memandang ke mari tadi; 11. Kl boleh jadi, mungkin; sepatutnya 1. semestinya, selayaknya, sepantasnya: kasihan, ~ engkau duduk bersenang-senang di rumah gedang di rumah batu berlangkan; 2. sudah selayaknya, sudah tentunya, sebenarnya: polis ialah pegawai keamanan yg ~ menjadi tempat orang mencari perlindungan; 3. = dgn ~ dgn selayak­nya, dgn baik-baik, tidak dipermudah-mudah atau dipermain-mainkan: ia akan menghukum orang yg didapati bersalah dgn ~; berpatut-patut ada had atau batasnya yg patut, berpada-pada; berpatutan 1. tidak lebih dan tidak kurang, padan benar (dgn), sesuai: kita sendiri juga sedang memerlukan pertahanan yg ~ utk mempertahankan diri kita; 2. setimbal, se­cocok, sepadan: jikalau negara mesti mengambil harta itu utk kebajikan umum harga yg ~ haruslah diberi; 3. tidak keterlaluan, sederhana, sedang: bagi melaksanakan percubaan ini kita mesti mengeluarkan udara terlebih dahulu dr satu bikar yg ~ besarnya; 4. sl baik (kelakuan, perangai, dll), elok, se­nonoh: maka adat itu meluluskan yg boleh sahaya menegurkan kelakuan raja-raja yg tiada ~; 5. sl kena, cocok, sesuai: jikalau barang satu perkataan itu dipakaikan ~ dgn tempatnya, nescaya sedaplah bunyinya; 6. perlu, cukup: mereka memikirkan bahawa Bangsa-Bangsa Bersatu itu ialah suatu pertubuhan yg terlalu jauh utk diberi perhatian yg ~ dlm rancangan pelajaran kebangsaan; mematut 1. mengatur atau mengenakan sesuatu supaya elok, memperbaik, memper­elok: ia berdiri di hadapan cermin besar sambil ~ ikatan sampingnya; 2. = mematut-matut; ~ diri menghias diri supaya kelihatan tampan, bersolek, berdandan: bujang itu mundur selangkah ke belakang, demi dilihatnya Rijnhaard mematut-matut dirinya; mematut-matut 1. Mn melihat (menye­lidiki, memandang, dll) utk mengetahui buruk baiknya; 2. mengira-ngira (utk mengetahui berapa banyaknya dll), mengagak-agak, menimbang-nimbangkan: dia lantas ~ dan menduga-duga keadaan masa depannya; kalau saya bersuamikan Kamal nanti, demikian dia ~, dapatlah saya menolong meringankan penderitaan mereka nanti; mematutkan 1. mengatur (menyusun dll) supaya elok, membaikkan lagi, mengelokkan; 2. sl menganggap patut (padan, sesuai): maka Tengku Mansor pun hendak menjadi Raja, kerana banyak orang tua-tua ~ dia, kerana ia pangkat tua; 3. = mematut-matutkan; ~ diri mencantikkan diri (supaya kelihatan sajak, segak, tampan) dgn bersolek, berdandan, dsb: di hadapan cermin muka, ia ~ diri; 4. menjadikan patut (padan, sesuai, dll): kepatutan 1. = patutan pendapat (baik buruk dll); pertimbangan; 2. perihal patut, kelayakan, kesesuaian, kecocokan.Kamus Dewan Edisi Keempat
harus1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib: kita mempunyai kepen­tingan sendiri yg ~ dijaga; engkau ~ berlaku adil dan saksama; 2. boleh jadi, mungkin: padinya ~ tidak menjadi disebabkan ke­kurangan air; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb), mungkin: ~ seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan; 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan, jaiz, mubah: mandi tiga kali sehari adalah ~ hukumnya di sisi agama Islam; seharusnya sepatutnya, semestinya: sudah ~lah kita memelihara diri drpd kekejian; mengharuskan 1. memandang mustahak, (perlu, patut), memestikan, mewajibkan: penuntut-penuntut sekolah diharuskan me­ma­kai pakaian seragam; 2. membolehkan, membenarkan, mengizinkan: pd bait ketiga ulangan suara itu kurang sesuai, tah di­haruskan bersajak dgn ta; agama Islam ~ perceraian; keharusan 1. sesuatu yg harus (patut dll) dilakukan atau sesuatu yg mesti terjadi, ke­mestian, kewajiban: membela maruah orang tuanya memang suatu ~; 2. sesuatu yg boleh berlaku atau mungkin berlaku (ter­jadi), ke­mung­kinan.Kamus Dewan Edisi Keempat
patut1 baik lagi elok (bkn perangai dll); senonoh: Tidak ~ engkau berbuat kasar begitu kpdnya. 2 sesuai benar; layak; padan: Dia memang sudah ~ menerima penghormatan itu. 3 sudah seharusnya atau selayaknya: Penjahat itu ~ dihukum bunuh. 4 sebenarnya; sesungguhnya; tentu saja: Dialah yg ~ menjadi raja kerana dia yg tua. berpatutan tidak lebih dan tidak kurang; cocok benar; berpadanan: Gajinya ~ dgn jawatannya. sepatutnya 1 apa-apa yg patut; semestinya; selayaknya: ~ engkaulah yg memegang jawatan itu. 2 tentu saja; sebenarnya; sudah seharusnya: ~lah ibunya meminta pertolongan drpdnya.Kamus Pelajar
harus1 boleh dilakukan dan boleh juga ditinggalkan (kedua-duanya tidak berdosa); jaiz. 2 boleh jadi; mungkin: Dia ~ tidak datang, kerana hari hujan. 3 berkemungkinan besar; patut: Kita ~ menjaga nama baik keluarga kita. mengharuskan 1 menjadikan boleh dilakukan atau ditinggalkan; membolehkan; membenarkan: Allah mengharamkan riba dan ~ jual beli. 2 menjadikan patut atau elok: Kita diharuskan berpakaian kemas dan bersih. keharusan 1 keadaan atau sifat harus: ~ berkhatan lewat (dlm syariat Nabi Noh) telah dibatalkan dan diharamkan (dlm syariat Nabi Musa). 2 keadaan mungkin; kemungkinan: ~ berlakunya rusuhan di negara itu adalah besar. 3 sesuatu yg harus atau patut dibuat (dilakukan): Menjaga ketertiban tingkah laku ialah satu ~ bagi kita. seharus­nya sepatutnya; selayaknya: Dia tidak ~ bertindak terburu-buru begitu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas