patut II | ; akar ~ tuan sj tumbuhan (pokok memanjat), Thunbergia grandiflora. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pantas II | Jw 1. patut, baik, layak: beberapa mingguan dan harian memberikan honorarium yg ~; katanya tak ~ aku memanggil tukang lawak masuk ke rumah; 2. kena benar (dgn), sesuai (dgn), sepadan (dgn): gaun itu ~ dgn potongan tubuhnya; 3. tampan, segak: kita harus berpakaian yg ~; sebarang kelakuannya ~ manis semuanya; 4. patutlah, padanlah, sudah selayaknya: ~ Sopian mengatakan ia punya adik yg bodoh sekali; ~ tiap-tiap pegawai yg pulang ke negeri Belanda kaya-kaya belaka; sepantasnya selayaknya, sepatutnya: “Tidak tuan,” jawabku dgn suara rendah sambil memandang spt orang yg berdosa, hal mana ~ bagi orang yg sudah berkahwin; memantas mengemasi (menghiasi dll) supaya pantas (elok dll), mematut; pemantas perhiasan dll yg dipakai supaya pantas (elok dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pada II | 1 tidak kurang dan juga tidak lebih drpd yg patut; cukup: Asal ada, kecil pun ~. 2 berasa senang kerana sudah sampai hajatnya; puas: Dgn harta yg sebanyak itu, hatinya masih belum ~ juga. berpada-pada 1 tidak berlebih-lebihan melakukan sesuatu; berbuat sesuatu dgn seada-adanya: Buat baik ~, buat jahat jangan sekali. 2 cukup juga walaupun tidak banyak. memadai dpt mengisi atau dpt memenuhi kehendak dll; mencukupi: Segelen minyak petrol tidak ~ keperluan utk menghidupkan enjin kapal terbang yg besar. memadakan 1 menjadikan pada; menganggap cukup; mencukupkan: Dia ~ gajinya yg kecil itu dgn berjimat-jimat. 2 menjadikan puas; memuaskan: Dia berbuat begitu utk ~ hatinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pada II | 1 tidak kurang dan juga tidak lebih drpd yg patut; cukup: Asal ada kecil pun ~. 2 berasa senang kerana sudah sampai hajatnya; puas: Dgn harta yg sebanyak itu, hatinya masih belum ~ juga. berpada-pada 1 tidak berlebih-lebihan melakukan sesuatu; berbuat sesuatu dgn seada-adanya: Buat baik ~, buat jahat jangan sekali. 2 cukup juga walaupun tidak banyak. memadai dpt mengisi atau dpt memenuhi kehendak dll; mencukupi: Segelen minyak petrol tidak ~ keperluan utk menghidupkan enjin kapal terbang yg besar. memadakan 1 menjadikan pada; menganggap cukup; mencukupkan: Dia ~ gajinya yg kecil itu dgn berjimat-jimat. 2 menjadikan puas; memuaskan: Dia berbuat begitu utk ~ hatinya. | Kamus Pelajar |
sendi II | 1. = batu ~ batu pengalas tiang rumah dll, batu pengganjal; 2. ki dasar, asas, lunas, pegangan; bersendi memakai batu sendi (alas, peng-ganjal); bersendikan 1. memakai (menggunakan) sesuatu sbg batu sendi; 2. berdasarkan, berasaskan, berpegang pd (sbg pedoman): tuntutan adat yg ~ hukum; kita patut insaf bahawa masing-masing bahasa moden di dunia ini ~ suatu sistem yg tertentu; menyendi membubuh batu sendi (di bawah tiang dll); menyendikan, mempersendikan mendasar-kan sesuatu pd, mengasaskan; persendian asas, dasar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |