Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pecah;

Puisi
 

Pokok nangka pohon cempedak,
     Pecah-pecah bunga senduduk;
Kecil jangan disangka budak,
     Gajah tersungkur oleh pelanduk.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Seperti telur dua sebandung,
     pecah satu pecah keduanya.

Bermaksud :

Bersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Telur sesangkak, pecah satu pecah semua). sebandung = serangkai.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
perpecahanperihal berpecah; keadaan pecah-pecah atau berpecah-pecah: Janganlah saudara cuba menimbulkan ~ di kalangan umat Islam. Kamus Pelajar
memecahmenjadi pecah-pecah: Ombak ~ di pantai. Kamus Pelajar
bercekahmerekah atau pecah-pecah (ttg kulit, buah-buahan dsb).Kamus Pelajar
rosak1 sudah tidak baik atau tidak sempurna lagi; sudah binasa atau pecah-pecah (bkn rumah dll): Rumahnya masih baru tetapi sudah ~ dimakan anai-anai. 2 ki busuk atau buruk (bkn buah-buahan dll): Buah-buahan itu banyak yg ~ dimakan ulat. 3 ki tidak dpt berjalan lagi (bkn kereta, enjin dll): Keretanya ~ lagi pagi ini. ~ binasa rosak sama sekali. ~ moral buruk tingkah laku. ~ nama mendapat nama yg tidak baik. merosakkan menjadikan atau menyebabkan rosak: Angin ribut yg kencang itu telah ~ beberapa banyak bangunan dan tanaman. kerosakan keadaan atau hal rosak: Kalau ada ~ pd alat-alat elektrik itu, beritahulah juruelektrik utk membetulkannya. perosak 1 alat yg merosakkan atau yg membinasakan. 2 orang, binatang dll yg merosakkan: binatang ~.Kamus Pelajar
cekahrekahan atau retak pd kulit, buah-buahan dsb. bercekah merekah atau pecah-pecah (ttg kulit, buah-buahan dsb). mencekah 1. memecahkan sesuatu dgn mengapitnya dgn kedua-dua belah tangan:~ manggis. 2. membuka sudut (kangkang dsb); menguakkan: ~ pangsa durian. 3. menarik kuda-kuda senapang atau pistol supaya dpt menembak.Kamus Pelajar
pecah I 1 menjadi berbelah atau kecil-kecil: Pinggannya jatuh ke lantai lalu ~. 2 menjadi retak atau merekah kulitnya: Bibirnya ~ - ~. 3 terbelah kulitnya dan terkeluar isinya: Telur itu jangan dipegang kuat-kuat, nanti ~. 4 tidak bersatu lagi; terbahagi kpd beberapa golongan atau kelompok: Sampai di suatu simpang, pasukan askar itu ~ dua. 5 bermula (perang, darurat dll): Sebelum ~ perang Pasifik, Malaya diiktiraf sbg negeri Melayu. berpecah mengikut haluan masing-masing; berpisah: Di persimpangan itu mereka ~ ke arah masing-masing. berpecah-pecah bercerai-cerai menjadi beberapa kelompok (golongan). memecah menjadi pecah-pecah: Ombak ~ di pantai. memecahkan 1 menjadikan pecah; merosakkan dll hingga pecah: Siapa yg ~ piring itu? 2 menjadikan berpisah-pisah atau bercerai-cerai: Mereka telah ~ harta itu kpd tiga bahagian. 3 membuat keputusan atau kepastian ttg sesuatu masalah; menyelesaikan: Bagaimana caranya hendak ~ soal pemogokan ini? pecahan 1 benda yg sudah pecah atau yg sudah dipecahkan: ~ kaca. 2 angka yg bukan angka bulat spt ½, ¼, ¾, dll. ~ wajar pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya spt 1/3, 2/3 dsb. perpecahan perihal berpecah; keadaan pecah-pecah atau berpecah-pecah: Janganlah saudara cuba menimbulkan ~ di kalangan umat Islam. pemecahan perbuatan atau hal memecahkan (sesuatu). pemecah 1 orang yg memecahkan sesuatu: ~ amanah; ~ rahsia. 2 alat atau bahan yg digunakan utk memecahkan sesuatu: ~ batu; ~ lemak. pecah belah 1 tidak bersatu lagi: Kita sekampung hendaklah bermuafakat, jangan ~. 2 tidak teratur atau tidak terjaga baik-baik; kucar-kacir; porak-peranda: Sejak kedua-dua orang tua mereka meninggal, rumah tangga mereka ~. berpecah belah menjadi pecah belah; bercerai-berai. memecahbelahkan menyebabkan pecah belah; menjadikan bercerai-berai: Mereka bertujuan hendak ~ perpaduan orang-orang Melayu.Kamus Pelajar
memecahkan1 menjadikan pecah; merosakkan dll hingga pecah: Siapa yg ~ piring itu? 2 menjadikan berpisah-pisah atau bercerai-cerai: Mereka telah ~ harta itu kpd tiga bahagian. 3 membuat keputusan atau kepastian ttg sesuatu masalah; menyelesaikan: Bagaimana caranya hendak ~ soal pemogokan ini?Kamus Pelajar
belah1. celah yg besar dan panjang (spt pd sesuatu benda yg akan pecah). 2. pecah menjadi dua bahagian: Biar retak asalkan jangan ~. 3. bahagian drpd sesuatu yg berpasangan spt kaki, mata dsb: Dia memejamkan kedua-dua ~ matanya. 4. satu drpd golongan yg berlawanan atau bertentangan: Perkara itu telah disetujui oleh kedua-dua ~ pihak. berbelah 1. ada belahnya; mempunyai belah: Bajunya ~ di belakang. 2. terbahagi menjadi dua: Cintanya ~. ~ bagi tidak tetap (perasaan pendirian dsb). membelah 1. memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2. mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3. memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah. terbelah terbahagi dua atau terpecah: Bahtera itu ~ akibat terlanggar batu karang. belahan 1. retak yg panjang: ~ pd tembok itu masih belum bertampal lagi. 2. bahagian sesuatu yg sudah dibelah:~ betik itu disimpan dlm peti ais. ~ diri (jiwa) a. orang yg dikasihi; kekasih. b. isteri. pembelahan perbuatan atau hal membelah:Bahagian yg paling bersih di rumah sakit ialah bilik tempat melakukan ~. pembelah 1. alat utk membelah. 2. orang yg membelah: ~ kayu. sebelah 1. sebahagian atau salah satu benda yg berpasangan;setengah; separuh: Beri aku buah limau itu ~. 2. arah yg menunjukkan tempat; jurusan; bahagian: Taman Negara terletak di ~ utara negeri Pahang. 3. tempat yg hampir dgn; dekat; samping: Dia duduk di ~ saya. sebelah-menyebelah pd kedua-dua bahagian atau pd arah yg bertentangan; seberang-menyeberang letaknya: Kedai-kedai besar berbanjar di ~ jalan raya itu. bersebelahan berada di sebelah; di samping atau di sebelah sesuatu yg lain letaknya. menyebelahi menyokong atau membantu sesuatu pihak; berpihak kpd:Ketua badan itu sentiasa ~ orang-orang yg sealiran dgnnya.Kamus Pelajar
pecah II;~ periuk nama sj pokok renek atau bunganya, Ixora spp..Kamus Pelajar
pecah belah1 tidak bersatu lagi: Kita sekampung hendaklah bermuafakat, jangan ~. 2 tidak teratur atau tidak terjaga baik-baik; kucar-kacir; porak-peranda: Sejak kedua-dua orang tua mereka meninggal, rumah tangga mereka ~.Kamus Pelajar
123456

Kembali ke atas