Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pecah sedikit

Peribahasa

Penyu itu bertelur beribu-ribu,
     seorang pun tidak tahu;
ayam bertelur sebiji,
     pecah khabar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
serpih1. sumbing atau pecah sedikit (pinggan mangkuk, batu, dll): tiang batu itu kelihatan ~ sedikit; 2. = serpihan; menyerpih 1. menyerupai serpih; 2. menjadi serpih, pecah-pecah; 3. menjadikan serpih, memecahkan kecil-kecil; serpihan kepingan-kepingan kecil (drpd sesuatu spt batu, kayu, dll), sobekan: di samping novel itu, kelihatan sekeping ~ cermin muka; jangan dimasukkan ~-~ kaca ke dlm laci kamu.Kamus Dewan Edisi Keempat
rompeng(rompéng) pecah sedikit atau sumbing di tepi atau di luar (gigi, buah yg dimakan burung, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
menyumbingkanmenyebabkan sumbing (pecah sedikit di bibir pinggan, mata parang dsb): cara membasuh yg kasar boleh ~ pinggan dan cawan kaca yg dibasuh itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
rompes(rompés) sumbing atau pecah sedikit pd tepinya (telinga dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
utuh1. tidak rosak (kemik, retak, sompek, dll), sempurna: meja yg masih ~; 2. tidak ber-pecah-pecah, bulat, lengkap: negara masih tetap ~, ekonomi kita berkembang terus; seutuh lengkap dan tidak kurang sedikit pun (tidak berpecah-pecah); keseutuhan kesatuan; mengutuhkan menjadikan utuh (lengkap, sempurna); keutuhan perihal (sifat, keadaan) utuh, ke-bulatan, kesempurnaan: menjaga ~ negara Malaysia; ~ bahasa Melayu sbg bahasa pengantar pendidikan memang jelas ke-lihatan pd hari ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
sumbing1. serpih pd tepi (pinggan mangkuk dll), rompes sedikit pd bahagian yg tajam (mata pisau dll), sompek: pahat itu hendaklah cukup keras supaya tidak mudah ~ matanya; 2. cabik yg dalam (bibir dll), terbelah: alangkah baik berbini ~, sungguh marah tertawa juga; 3. ki dibuat-buat (ketawa, senyum, dll): kemudian ia tertawa ~ meng­ejek; ~ melalui, retak melampaui garis prb ke­salahan yg amat besar; ~ menitik patah mengimpal prb barang yg dipinjam kalau rosak hendaklah dibaiki; menyumbingkan menyebabkan sumbing (pecah sedikit di bibir pinggan, mata parang dsb): cara membasuh yg kasar boleh ~ pinggan dan cawan kaca yg dibasuh itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
serpih1 pecah atau sumbing sedikit bahagian tepinya: Pinggannya ~ sedikit. 2 = serpihan bahagian yg terpecah atau tersobek sedikit dr sesuatu benda; pecahan atau sobekan kecil-kecil dr sesuatu: ~-~ kayu itu dikumpulkan dan dibakar. menyerpih menjadi serpih: Perubahan cuaca yg ketara menyebabkan batu-batan ~. menyerpihkan men­jadikan sesuatu dlm bentuk serpih; memecahkan sesuatu kecil-kecil atau sedikit-sedikit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
serpih1 pecah atau sumbing sedikit bahagian tepinya: Pinggannya ~ sedikit.Kamus Pelajar
relahKd, Pn 1. putus (jahitan): kain engkau tu dah ~, jaga baik-baik sedikit; 2. pecah atau terkoyak (kain, kulit, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
cebeh (cébéh)pecah atau terpotong sedikit, serpih.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas