pecut | cambuk, cemeti; memecut 1. mencambuk, melecut: kerbau itu berjalan sendiri menarik bajak dgn tak payah dipecut; 2. ki menggiatkan, merangsang, menggalakkan; 3. bergerak dgn jauh lebih laju drpd sebelumnya: sebuah kereta yg mempunyai lebih kuasa boleh mula bergerak dan ~ lebih cepat drpd kereta yg mempunyai kuasa kurang; 4. menyebabkan bergerak dgn jauh lebih laju drpd sebelumnya: dia lalu ~ keretanya dgn perasaan geram; pecutan hasil memecut: dgn sekali ~, dia sudah berdiri; kepecutan kepantasan memecut; pemecutan perihal (perbuatan dsb) memecut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pecut | alat yg biasanya dibuat drpd tali yg diberi bertangkai dan digunakan utk menyebat; cemeti; cambuk. memecut 1 menyebat dgn pecut: ~ kuda. 2 ki menggiatkan; menggalakkan: tidak mahu bekerja jika tidak dipecut. 3 ki memandu kenderaan (kereta, motosikal dsb) dgn laju: Tiba-tiba sahaja dia ~. memecutkan menambah kelajuan sesuatu gerakan (spt kereta); menjadikan sesuatu lebih laju gerakannya: Dia ~ keretanya utk mengejar penjahat itu. pecutan 1 kadar perubahan halaju (sesuatu gerakan) dlm satu unit masa tertentu. 2 gerakan memecut: ~ yg tiba-tiba itu telah memeranjatkan penumpang keretanya. pemecutan perbuatan atau hal memecut: Sebarang benda yg mempunyai halaju yg bertambah mengikut masa dikatakan mengalami ~. pemecut ist perkakasan atau perisian tambahan yg mempercepat pemprosesan sedia ada. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pecut | alat yg biasanya dibuat drpd tali yg diberi bertangkai dan digunakan utk menyebat; cemeti; cambuk. memecut 1 menyebat dgn pecut: ~ kuda. 2 ki menggiatkan; menggalakkan: tidak mahu bekerja jika tidak dipecut. 3 ki memandu kenderaan (spt kereta, motosikal dsb) dgn laju. 4 menambah kelajuan sesuatu gerakan (spt kereta dsb); menjadikan lebih laju gerakannya. pecutan kadar perubahan halaju (sesuatu gerakan) dlm satu unit masa tertentu. pemecutan perbuatan atau hal memecut: Sebarang benda yg mempunyai halaju yg bertambah mengikut masa dikatakan mengalami ~. | Kamus Pelajar |
lari pecut | larian pd jarak dekat dgn kadar yg terpantas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cemeti | cambuk, pecut, penyebat (kuda dll); ~ dewa (malaikat) petir; mencemeti menyebat dgn cemeti, mencambuk, memecut: maka oleh Patan itu dicemetinya kuda itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memecut | 1 menyebat dgn pecut: ~ kuda. 2 ki menggiatkan; menggalakkan: tidak mahu bekerja jika tidak dipecut. 3 ki memandu kenderaan (kereta, motosikal dsb) dgn laju: Tiba-tiba sahaja dia ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cetar-cetir | bunyi cemeti (sambuk, pecut, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cetar | ; ~-cetir bunyi cemeti (sambuk, pecut, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memecut | 1 menyebat dgn pecut: ~ kuda. 2 ki menggiatkan; menggalakkan: tidak mahu bekerja jika tidak dipecut. 3 ki memandu kenderaan (spt kereta, motosikal dsb) dgn laju. 4 menambah kelajuan sesuatu gerakan (spt kereta dsb); menjadikan lebih laju gerakannya. | Kamus Pelajar |
cemeti | tali yg diberi bertangkai utk menyebat sesuatu; cambuk; pecut. ~ malaikat petir. mencemeti menyebat dgn cemeti; mencambuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |