pedih | 1 (be)rasa sakit spt rasa ketika luka terkena air limau. 2 = ~ hati a. sangat sedih. b. sakit hati. memedihkan 1 menyebabkan berasa pedih; menjadikan pedih: Air sabun ~ mata. 2 menyedihkan hati; menyakiti hati: Dia telah mengeluarkan kata-kata yg ~. kepedihan 1 berasa pedih (sakit hati): Dia menangis ~ apabila dicubit oleh ibunya. 2 keadaan atau hal pedih (sedih atau sakit hati): ~ di hatinya tidak dpt dibendung lagi. pemedih sesuatu yg digunakan utk memedihkan (mata dll): gas ~ mata. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepedihan | 1. perihal pedih, rasa pedih; 2. menderita pedih: anak itu menangis ~ apa-bila lukanya dicuci; 3. kesedihan, kesakitan dlm hati: apa yg bagi mereka merupakan keriaan, baginya merupakan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pedih | 1. rasa sakit spt apabila luka kena air limau (mata kena asap dll): kulit mukanya terasa ~ kena matahari; 2. = ~ hati a) sangat pilu atau sedih; b) sakit hati: ia berasa ~ mendengar ucapan itu; 3. menyakitkan: azab yg amat ~; ~ hulu hati rasa pedih pd hulu hati yg menaik hingga ke leher dan tekak, kadangkala disertai dgn rasa masam di tekak, disebabkan penyongsangan aliran asid dr perut ke atas; memedihkan menjadikan pedih: asapnya ~ mata; ia mengeluarkan kata-kata yg ~ telinga; kepedihan 1. perihal pedih, rasa pedih; 2. menderita pedih: anak itu menangis ~ apa-bila lukanya dicuci; 3. kesedihan, kesakitan dlm hati: apa yg bagi mereka merupakan keriaan, baginya merupakan ~; pemedih sesuatu yg memedihkan: gas ~ mata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pedih | 1 (be)rasa sakit spt rasa ketika luka terkena air limau. 2 = ~ hati a. sangat sedih. b. sakit hati. memedihkan 1 menyebabkan berasa pedih; menjadikan pedih: Air sabun ~ mata. 2 menyedihkan hati; menyakiti hati: Dia telah mengeluarkan kata-kata yg ~ telinga kepedihan 1 berasa pedih (sakit hati): Dia menangis ~ apabila dicubit oleh ibunya. 2 keadaan atau hal pedih (sedih atau sakit hati). pemedih sesuatu yg digunakan utk memedihkan (mata dll): gas ~ mata. | Kamus Pelajar |
memedihkan | 1 menyebabkan berasa pedih; menjadikan pedih: Air sabun ~ mata. 2 menyedihkan hati; menyakiti hati: Dia telah mengeluarkan kata-kata yg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memedihkan | 1 menyebabkan berasa pedih; menjadikan pedih: Air sabun ~ mata. 2 menyedihkan hati; menyakiti hati: Dia telah mengeluarkan kata-kata yg ~ telinga. | Kamus Pelajar |
kepedihan | 1 berasa pedih (sakit hati): Dia menangis ~ apabila dicubit oleh ibunya. 2 keadaan atau hal pedih (sedih atau sakit hati): ~ di hatinya tidak dpt dibendung lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perih | Jw 1. pedih: masing-masing berasa ~ perut kerana belum makan lagi; 2. ki payah, susah, tidak senang: kalau engkau lama di kampung engkau akan mengetahui baga-mana ~nya kehidupan petani-petani di kampung ini; jerih ~ susah payah; memerihkan menyusahkan, tidak menyenangkan; keperihan 1. kepedihan, kesakitan: setitik air sabun yg masuk ke matanya menyebabkan ~; 2. ki perasaan tidak senang (tidak gembira dll), kepahitan, kepedihan (perasaan): dia sendiri dapat berasa ~ yg mencengkam hatinya itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepedihan | 1 berasa pedih (sakit hati): Dia menangis ~ apabila dicubit oleh ibunya. 2 keadaan atau hal pedih (sedih atau sakit hati). | Kamus Pelajar |
perit I | 1. rasa sakit (spt luka kena ubat dll), pedih, perih: luka di mukanya masih pedih dan ~; 2. ki sangat dukacita (kecewa dll), sakit hati, pilu: ia berasa amat pahit dituduh demikian, ~ dan sayu; 3. susah payah, sukar: penulis cuba menggambarkan bagaimana ~nya hidup seorang pengemis; memeritkan menyebabkan (sesuatu) perit: cahaya matahari yg ~ kulit badan; keperitan perihal perit, kepedihan, kesusahan, kesukaran: ia menghadapi segala ~ hidup dgn sabar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |