Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.du.li] | ڤدولي

Definisi : menghiraukan, meng­ambil perhatian akan, endah akan: dia sedar ramai orang memerhatikannya tetapi dia tidak ~; ~ apa dgn benda-benda yg tidak menguntungkan; ambil ~ a) mengendahkan; b) turut campur (hal orang lain); mempedulikan 1. mengambil perhatian akan, mengendahkan: nasihat kawan-kawannya tidak dipedulikannya; 2. turut campur (dlm hal orang dll): aku memang tak mahu ~ hal orang lain; kepedulian perihal atau sikap ambil peduli (ter­hadap seseorang atau sesuatu), perhatian, ke­prihatinan: badan korporat turut memperlihatkan ~ yg besar apabila mereka turut menganjurkan teater atau apa jua acara kebudayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.du.li] | ڤدولي

Definisi : menaruh minat atau perhatian terhadap sesuatu: Dia tidak ~ akan nasihat orang tuanya. mempedulikan memberikan perhatian terhadap; menghiraukan; mengendahkan: Setelah masuk ke lubang, penyu itu tidak ~ apa-apa lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peduli
Kata Terbitan : mempedulikan,

Puisi
 

Cik Ali main guli,
     Main guli masuk lubang;
Apa peduli cincin di jari,
     Cincin di jari diberi abang.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Berbenak ke empu kaki.

Bermaksud :

Tidak peduli baik atau jahat.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
endah(éndah) peduli (akan), acuh: sedikit pun dia tidak ~ akan nasihat kawan-kawannya; ~ tak ~ tidak peduli langsung; tak ~ tidak peduli, tidak acuh;mengendahkan memberi perhatian kpd, memandang penting (mustahak, berharga, dll), mempedulikan, mengacuhkan: dia tidak ~ larangan orang tuanya;perendahan perhatian, penghargaan: segala adat lembaga bangsa Timur dapat ~ di kalbunya;pengendahan perihal atau perbuatan mengendahkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
acuhpeduli; mengendahkan: tak ~ tidak peduli; tidak mengendahkan; ~ tak ~ tidak mengambil berat; tidak memberikan perhatian. mengacuhkan menaruh minat atau mengambil berat terhadap sesuatu; mempedulikan: Kerana bongkak, dia tidak ~ nasihat orang lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
acuhpeduli, mengambil berat, mengendahkan; tak ~ tidak peduli; ~ tak ~ (hampir) tidak menunjukkan minat atau memberikan per­hatian (kpd sesuatu), kurang peduli, endah tak endah: sikap ~ tak ~ ini merugikan per­juangan kebangsaan; mengacuhkan mempedulikan, mengendah­kan, menghiraukan: tidak ~ larangan orang tua-tua; acuhan sesuatu yg diendahkan, sesuatu yg menarik minat atau perhatian; ketidakacuhan sikap tidak mengendahkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
pedulimenaruh minat atau perhatian terhadap sesuatu: Dia tidak ~ akan nasihat orang tuanya. mempedulikan memberikan perhatian terhadap; menghiraukan; mengendahkan: Setelah masuk ke lubang, penyu itu tidak ~ apa-apa lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
peduli akan (dgn)menghiraukan, meng­ambil perhatian akan, endah akan: dia sedar ramai orang memerhatikannya tetapi dia tidak ~; ~ apa dgn benda-benda yg tidak menguntungkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
peduli halal haramtidak mengendah­kan hukum;Kamus Dewan Edisi Keempat
pedulimenaruh minat atau perhatian terhadap sesuatu: Dia tidak ~ akan nasihat orang tuanya. mempedulikan memberikan perhatian terhadap; menghiraukan; mengendahkan: Setelah masuk ke lubang, penyu itu tidak ~ apa-apa lagi.Kamus Pelajar
acuhpeduli; mengendahkan: tak ~ tidak peduli; tidak mengendahkan; ~ tak ~ tidak mengambil berat; tidak memberikan perhatian. mengacuhkan menaruh minat atau mengambil berat terhadap sesuatu; mempedulikan: Kerana bongkak, dia tidak ~ nasihat orang lain.Kamus Pelajar
pukul tidak tahu (peduli)bp buat tidak tahu (peduli) saja;Kamus Dewan Edisi Keempat
lok IIIKl tidak peduli (hirau); dilok tidak diambil peduli, dibiarkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910

Kembali ke atas