meremajakan pegawai negeri | menggantikan pegawai-pegawai tua dgn pegawai-pegawai muda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kolonial | bersifat jajahan (penjajah, penjajahan); golongan ~ golongan yg bertalian dgn pihak penjajah; pegawai-pegawai ~ pegawai pemerintah kerajaan penjajah; pemerintah ~ pemerintah penjajah (di tanah jajahan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
birokrasi | 1. sistem pemerintahan atau pentadbiran yg dikendalikan atau dijalankan oleh pegawai-pegawai kerajaan (yg tidak dipilih oleh rakyat); 2. cara pemerintahan atau pentadbiran dgn pegawai-pegawai kerajaan yg mempunyai kuasa yg besar; 3. cara pentadbiran yg melibatkan berbagai-bagai peringkat atau proses pengurusan dan banyak peraturan; membirokrasikan 1. mengamalkan sistem pemerintahan yg dijalankan oleh para pentadbir; 2. ki mengamalkan cara pentadbiran atau pengurusan yg banyak peraturan (kerenah dll): tindakan ~ urusan permohonan tender baru ini mengakibatkan ramai kontraktor mengeluh kehampaan;pembirokrasian perihal membirokrasikan sesuatu: ~ ini banyak mempengaruhi perkembangan universiti di Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
turus | 3 pegawai-pegawai kanan tentera yg mengurus hal-hal perancangan dsb: ketua ~ pegawai yg tertinggi dlm tentera (angkatan darat, angkatan laut, angkatan udara) ; pegawai ~ pegawai tentera yg membantu pegawai pemerintahnya. | Kamus Pelajar |
turus | 1 tiang drpd kayu dll utk mengukuhkan sesuatu. 2 kayu atau buluh tempat kacang, sirih dll melilit; junjung. 3 pegawai-pegawai kanan tentera yg mengurus hal-hal perancangan dsb: ketua ~ pegawai yg tertinggi dlm tentera (angkatan darat, angkatan laut, angkatan udara); pegawai ~ pegawai tentera yg membantu pegawai pemerintahnya. ~ belat tiang atau tonggak yg menahan belat. ~ empang tiang yg menahan empang supaya kukuh. ~ tulang belakang rentetan tulang belakang yg menyangga badan dan di dlmnya terdapat saraf tunjang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pegawai kanan | pegawai yg lebih tinggi drpd pegawai-pegawai lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pegawai-pegawai kolonial | pegawai pemerintah kerajaan penjajah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
birokrasi | 1 sistem pemerintahan yg dijalankan oleh pegawai-pegawai yg tidak dipilih oleh rakyat. 2 cara pemerintahan yg sangat-sangat dikuasai oleh pegawai kerajaan. 3 cara pentadbiran yg banyak melibatkan peringkat dan peraturan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kelola | ; mengelola mengarah dan mengawal (supaya sempurna perjalanan sesuatu, spt perusahaan, pejabat, dll), mengurus, menyelenggara: pegawai-pegawai yg mengikuti kursus itu diajar cara-cara merancang, ~ dll supaya mereka menjadi pengurus yg cekap; mengelolakan mengarah dan mengawal perjalanan sesuatu (spt perusahaan, pejabat, dll), menyelenggarakan: kursus tersebut dikelolakan oleh setiausaha kesatuan itu; diperlukan seorang yg berpengalaman utk ~ perusahaan baru itu; kelolaan arahan dan kawalan, selenggaraan: susunan pentadbiran diatur semula di bawah ~ pegawai-pegawai kanan; pengelolaan perihal mengelola(kan), pengarahan dan pengawalan, pengurusan, penyelenggaraan: beliau bertanggungjawab tentang perancangan dan ~ siaran agama melalui radio; ~ ladang pengurusan (penyelenggaraan) ladang; pengelola orang yg mengarah dan mengawal, pengurus, penyelenggara, pentadbir: ~ sekolah-sekolah kebangsaan; ~ syarikat perniagaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seranta | ; pegawai ~ pegawai yg tugasnya mewujudkan dan memelihara hubungan baik antara organisasi (institusi dsb) yg dianggotai-nya dgn orang ramai serta meningkatkan dan memelihara imej organisasi (institusi dsb) yg berkenaan (dgn menyebarkan maklumat dll); penulis ~ penulis yg memberitahukan (hal-hal yg tertentu spt iklan dll) kpd orang ramai; menyerantakan memberitahukan kpd khalayak ramai, memaklumkan, mengumumkan: maka bentara pun menyuruh orang ~ mak-lumat supaya orang bersuka-sukaan empat puluh hari empat malam kpd segala daerah Acheh; serantaan yg berkaitan dgn hubungan antara organisasi (institusi dsb) dgn orang ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |